Skip to content

Rheumatoid Arthritis: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Rheumatoid arthritis(RA) ataupun keradangan sendi rheumatoid adalah penyakit autoimmune dimana sel pertahanan badan akan menyerang sendi pada badan sendiri.

Ia disebabkan pencetus daripada luar badan sebagai contoh asap rokok, jangkitan kuman dan juga trauma pada badan. Pencetus tersebut akan menyebabkan reaksi autoimun yang menyebabkan keradangan pada bahagian sendi.

Orang lain pun terdedah dengan faktor risiko tersebut. Tetapi yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menghadapi masalah ini adalah bergantung kepada genetik.



Walaupun dalam masalah ini, sel pertahanan badan akan menyerang sendi badan, tetapi ia juga boleh sedikit sebanyak menyerang organ lain seperti mata, paru-paru, jantung dan juga saraf.

Ia tidak sama seperti osteoarthritis iaitu keradangan pada sendi disebabkan tekanan yang berulang pada sendi tersebut dan juga proses penuaan. Dalam rheumatoid arthritis, sel pertahanan badan akan menyerang lapisan yang menyelaputi sendi dinamakan sebagai lapisan ‘synovial’

Istilah perubatan

Autoimun: Masalah dimana sel pertahanan badan akan bertindak untuk menyerang tisu badan sendiri
Membran synovial: Lapisan yang menyelaputi bahagian sendi

Masalah Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada sendi secara kronik. Penyebab kepada tercetusnya perkara ini masih lagi tidak dapat diketahui. Tetapi ia dikatakan mempunyai kaitan dengan pendedahan kepada faktor luar seperti asap rokok, trauma dan jangkitan kuman

Ciri utama penyakit ini, ia akan menyerang lebih daripada 2 sendi yang melibatkan sendi jari tangan dan kaki. Ia juga boleh melibatkan tisu dan organ selain daripada sendi seperti kulit, jantung, paru-paru dan mata.



Rawatan terbaharu untuk pesakit ini selalunya melibatkan penggunaan ubat dan juga fisioterapi. Dalam penggunaan ubat ia melibat ubat jenis steroid, ubat tahan sakit dan ubat yang akan mengubah suai penyakit rheumatic(Disease-modifying antirheumatic drug/DMARD).

Penggunaan ubat jenis DMARD telah menjadi satu kemestian bagi rawatan penyakit ini. Ia bukan sahaja dapat merencat perjalanan penyakit ini, malah boleh mengelakkan lebih banyak serangan rheumatoid arthritis.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimana Rheumatoid Arhtritis Berlaku?

Proses untuk seseorang mendapat penyakit ini masih lagi tidak jelas. Pencetus luar seperti asap rokok, jangkitan kuman dan trauma akan menyebabkan reaksi autoimun bermula yang menyebabkan keradangan lapisan synovial yang kronik. Ianya dikaitkan dengan individu yang mempunyai genetik yang cenderung kepada masalah ini.

Ketika mana keradangan kronik berlaku, lapisan synovial akan semakin menebal dan membentuk satu unjuran yang dipanggil sebagai ‘pannus’. Jika tidak dirawat, unjuran ini akan menembusi lapisan tisu rawan pada sendi dan boleh memasuki tulang. Ini akan menyebabkan struktur dan integriti sendi itu sendiri rosak sedikit demi sedikit.

Sel pertahanan badan bukan sahaja menyerang lapisan synovial secara terus, sel tersebut juga akan menghasilkan antibodi untuk menyerang dan merosakkan lapisan synovial.

Punca

Punca Rheumatoid arthritis(RA) masih tidak diketahui. Tetapi genetik, faktor persekitaran, hormon dan jangkitan kuman menjadi faktor yang penting sebelum terjadinya masalah ini.

Faktor genetik

Faktor genetik membawa kepada 50% terjadinya serangan penyakit ini. Kebanyakan pesakit dikatakan membawa satu bacaan genetik yang menyebabkan mereka lebih senang terdedah dengan penyakit ini.



Mereka yang mempunyai saudara Rheumatoid arthritis akan mempunyai risiko 2-3 kali ganda untuk menghadapi masalah tersebut. Manakala, perempuan adalah 3 kali ganda mudah menghidapi penyakit ini berbanding lelaki.

Jangkitan kuman

Beberapa dekad ini, telah banyak punca jangkitan yang dikaitkan dengan penyakit RA seperti jangkitan Mycoplasma, virus Epstein-Barr dan virus rubella. Ia dikaitkan dengan penyakit ini disebabkan beberapa perkara:

  • Laporan mengatakan pesakit diserang selesema terdahulu sebelum mengalami masalah ini. Virus-virus diatas selalunya menyebabkan selesema.
  • Keradangan arhtritis telah dibukti pada haiwan menggunakan jangkitan kuman seperti kuman di atas.
  • Keberadaan genetik kuman pada sendi pesakit

Terdapat juga kajian terbaharu yang menyatakan kaitan penyakit ini dengan jangkitan kuman di bahagian mulut. Ia dibuktikan apabila terdapat antibodi di dalam sendi pesakit dimana ia sama dengan antibodi yang digunakan untuk melawan jangkitan kuman pada mulut terutamanya kuman yang bernama Porphyromonas gingivalis.

Faktor Hormon

Hormon seks mungkin memainkan peranan dalam penyakit ini. Ia dibuktikan apabila mengandung, pesakit sendi ini akan semakin baik. Tetapi apabila pesakit telah bersalin, serangan sendi itu berlaku semula.

Ia juga ditunjukkan apabila pesakit menggunakan pil perancang, serangan Rheumatoid arhtritis pun semakin berkurangan

Prognosis – Kesudahan yang akan dialami oleh pesakit

Kesudahan pesakit sendi ini selalunya menjadi lebih teruk apabila diagnosa dan rawatan lewat diberikan. Sebanyak 40% daripada pesakit yang mengalami masalah ini, akan menjadi kurang upaya setelah 10 tahun mengalami masalah sendi ini.



Tetapi ia masih bergantung kepada pesakit. Ada pesakit yang mengatakan penyakit ini boleh baik dengan sendirinya. Ada juga pesakit yang mengalami masalah ini secara kronik

Simptom dan Tanda tanda Rheumatoid arthritis

Kebanyakkan pesakit Rheumatoid arthritis akan mengalami permulaan simptom yang tidak jelas seperti demam biasa, rasa letih, rasa lemah dan sebagainya. Kemudian barulah ia akan menyebabkan bengkak pada sendi.

Simptom masalah sendi ini adalah:

  • Keradangan dan bengkak yang melibatkan lebih daripada satu sendi
  • Ia selalunya melibatkan sendi tangan dan kaki
  • Ketika bangun daripada tidur, pesakit terpaksa tunggu beberapa ketika disebabkan sakit sendi dan terasa sendi itu keras.
  • Ia juga akan mengganggu aktiviti harian pesakit
  • Rheumatoid nodules: Bonggol kecil yang selalunya berada bahagian sendi. Ia dikaitkan dengan masalah sendi ini.
  • Kecacatan Boutonniere di jari
  • Kacacatan leher angsa(Swan neck deformity) di jari

Untuk mengatakan seseorang itu mempunyai masalah Rheumatoid arthritis, Ia perlulah memenuhi kriteria daripada segi simptom dan juga ujian daripada makmal.

Selain daripada itu, ia juga boleh menyebabkan simptom tangan kebas disebabkan himpitan saraf

Periksa Simptom anda Di Sini

Komplikasi

Penyakit ini sendiri tidak menyebabkan kematian. Tetapi komplikasi yang dihadapi oleh pesakit mungkin akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk meninggal dunia.

Secara umumnya, penyakit ini adalah progresif dan tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Tetapi ada sesetengah pesakit yang mengatakan penyakit ini boleh menjadi kurang agresif dan simptom semakin kurang.



Akan tetapi, jika telah berlaku kerosakkan pada tulang, ligamen dan melibatkan struktur sendi, kesan tersebut adalah kekal.

Sebagai tambahan, Penyakit ini juga boleh melibatkan bahagian badan dan organ yang lain. Oleh itu ia boleh menyebabkan komplikasi seperti

  • Anemia
  • Jangkitan kuman – Pesakit akan lebih senang untuk dijangkiti kuman disebabkan rawatan yang diberikan akan mengurangkan kekuatan sistem imun
  • Masalah penghadapaman
  • Osteoporosis
  • Masalah paru-paru – Terdapat sebilangan kecil pesakit rheumatoid arthritis mempunyai masalah paru-paru disebabkan terhasilnya parut(fibrosis)
  • Masalah jantung – Penyakit ini boleh memberi kesan kepada saluran darah. Oleh itu, ia menyebabkan risiko untuk terkena serangan sakit jantung adalah lebih tinggi
  • Sjorgen syndrome
  • Felty syndrome

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama. Ianya adalah:

Penyiasatan

Beberapa penyiasatan boleh dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang itu berkemungkinan mempunyai masalah rheumatoid arthritis ini ataupun tidak

Penyiasatan boleh dibahagikan kepada penyiasatan makmal dan juga pengimejan

Penyiasatan makmal

Beberapa penyiasatan makmal yang selalu dilakukan adalah:

  • Erythrocyte Sedimentation Rate(ESR) :Kadar pemendapan sel darah merah
  • C-Reactive protein(CRP)
  • Full blood count(FBC): Pengiraan semua jenis sel darah
  • Faktor Rheumatoid – Selalunya faktor ini tinggi jika seseorang itu mempunyai penyakit sendi jenis ini
  • Antinuclear antibody: Jika tinggi, berkemungkinan besar penyakit sendi tersebut bukanlah rheumatoid arthritis. Tetapi penyakit yang menyebabkan keradangan sendi tersebut adalah Systemic Lupus Erythematosus
  • Anti-cyclic citrullinated peptide(Anti-CCP): Selalunya ia tinggi dalam penyakit sendi ini

Pengimejan



Pengimejan yang bagus untuk pesakit RA adalah x-ray. Ini kerana sendi pesakit boleh dilihat dari semasa ke semasa. Sama ada ia sama ataupun semakin teruk. Jika ia semakin teruk, mungkin doktor akan menukarkan cara rawatan untuk pesakit sebegini.

Rawatan

Rawatan bagi pesakit Rheumatoid Arthritis(RA) adalah bersepadu hasil gabungan rawatan yang menggunakan ubat dan juga yang tidak menggunakan ubat seperti senaman, fisioterapi, alat bantu dan sebagainya

Rawatan menggunakan ubat

Rawatan RA adalah dengan menggunakan ubat penahan sakit dan juga ubat yang boleh mengubah suai penyakit RA ini. Ia perlulah diberi kepada pesakit seawal yang boleh untuk mengelakkan pesakit mempunyai kerosakkan sendi yang lebih teruk. Beberapa jenis ubat RA adalah

  • Ubat tahan sakit: Selalunya daripada kumpulan nSAIDS(non-steroidal antiinflammatory drug)
  • Ubat anti-keradangan seperti steroid
  • Ubat untuk ubahsuai penyakit rheumatoid(Disease-modifying antirheumatic drug/DMARD)

Rawatan yang tidak menggunakan ubat(non-pharmacological) ataupun rehabilitasi

Tujuan untuk rehabilitasi pada pesakit RA adalah:

  • Untuk mengurangkan rasa sakit
  • Untuk menambahkan pergerakkan sendi
  • Menguatkan lagi kekuatan otot
  • Untuk membetulkan struktur sendi

Berapa cara untuk membantu pesakit RA adalah

  • Penggunaan anduh dan juga alat sokongan
  • Program sukan terapeutik
  • Teknik untuk melindungi sendi
  • Terapi sejuk ataupun panas pada sendi yang terlibat
  • Terapi cara kerja

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan:

  1. Aletaha D, Neogi T, Silman AJ, et al. 2010 Rheumatoid arthritis classification criteria: an American College of Rheumatology/European League Against Rheumatism collaborative initiative. Arthritis Rheum. 2010 Sep. 62(9):2569-81.
  2. Carlens C, Hergens MP, Grunewald J, et al. Smoking, use of moist snuff, and risk of chronic inflammatory diseases. Am J Respir Crit Care Med. 2010 Jun 1. 181(11):1217-22
  3. Routsias JG, Goules JD, Goules A, Charalampakis G, Pikazis D. Autopathogenic correlation of periodontitis and rheumatoid arthritis. Rheumatology (Oxford). 2011 Jul. 50(7):1189-93
  4. Guthrie KA, Dugowson CE, Voigt LF, Koepsell TD, Nelson JL. Does pregnancy provide vaccine-like protection against rheumatoid arthritis?. Arthritis Rheum. 2010 Jul. 62(7):1842-8.
  5. sumber featured image: wholesomeone.com
Advertisements
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × two =