Jangkitan Paru paru: Punca, Simptom dan Rawatan

Home » Artikel Terbaru » Perubatan » Jangkitan Paru paru: Punca, Simptom dan Rawatan

Jangkitan paru paru merupakan salah satu penyakit yang selalu dihadapi oleh kanak-kanak. Penyakit ini kerap kali menyebabkan seseorang kanak- kanak ataupun orang dewasa itu dimasukkan ke dalam hospital. Perkara ini juga boleh menyebabkan kematian jika seseorang itu lambat mendapatkan rawatan.

Perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini. Ia boleh disebabkan virus mahupun jangkitan bakteria.

Artikel Berkaitan: Simptom COVID-19 dan Punca-puncanya


Isi Kandungan bagi artikel Jangkitan Paru-paru
1. Pengenalan
2. Simptom dan Tanda-Tanda
3. Punca
4. Faktor Risiko
5. Penyakit lain yang berkaitan
6. Ujian pengesahan
7. Rawatan
8. Tanya Soalan

Masalah Jangkitan Paru-Paru


Dalam istilah perubatan, masalah ini dikenali sebagai pneumonia dan jangkitan ini sering berlaku di dalam masyarakat bahkan ia menjadi salah satu punca kematian di dalam komuniti.

Masalah ini akan menyebabkan struktur alveoli yang berfungsi sebagai kawasan pertukaran gas oksigen mengalami keradangan. Keradangan tersebut pula akan menyebabkan cecair dihasilkan dan terkumpul di dalam alveoli tersebut. Ini akan menyebabkan pertukaran oksigen di kawasan tersebut terganggu.

Alveoli merupakan struktur seperti kantung yang terletak pada paru-paru. Ia berfungsi untuk pertukaran oksigen dengan darah

Semakin besar kawasan jangkitan kuman tersebut, semakin besar kawasan yang mengalami masalah pertukaran oksigen. Jika ia terlalu teruk, pesakit akan mengalami masalah sesak nafas disebabkan kekurangan oksigen di dalam badan.

Simptom dan tanda jangkitan paru paru


Pesakit yang mempunyai masalah ini akan mengalami kekurangan oksigen di dalam badan. Ini adalah disebabkan keradangan yang berlaku pada bahagian alveoli menyebabkan terhasilnya cecair di dalam alveoli tersebut. Perkara ini akan menyebabkan pertukaran oksigen di kawasan tersebut terganggu.

Oleh itu, pesakit akan mengalami beberapa simptom. Ia adalah:


Perkhidmatan The Diagnosa:

Anda boleh bertanyakan soalan berkenaan masalah yang anda hadapi. Disamping itu, anda juga boleh membuat temujanji dengan klinik yang berdekatan dengan anda


  • Sesak nafas ataupun bernafas laju. Ia adalah disebabkan pesakit tersebuit sedang mengalami kekerungan oksigen di dalam badan
  • Batuk yang teruk
  • Demam yang tinggi
  • Sakit dada. Ini disebabkan batuk yang terlalu kerap menyebabkan otot dikawasan dada tercedera dan menyebabkan rasa sakit ketika batuk ataupun ketika tarik nafas.

Punca Jangkitan paru paru


Terdapat beberapa jenis jangkitan kuman yang boleh menyebabkan masalah pneumonia. Ia boleh disebabkan jangkitan bakteria, virus, dan juga kulat.

Pada tahun 2020 ini, jangkitan virus yang menyebabkan wabak adalah virus COVID-19. Terdapat virus lain juga yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang seperti SARS, MERS, influenza dan lain-lain lagi.

Manakala, untuk jangkitan bakteria terdapat beberapa ogranisma yang berbahaya seperti Streptococcus pneumoniae , Haemophilus influenza dan beberapa bakteria yang lain.

Bagi pembacaan yang lebih, pneumonia ini boleh dibahagikan kepada pembahagian yang lain iaitu jangkitan yang berlaku di dalam komuniti sahaja(Community Acquired Pneumonia). dan jangkitan kuman paru-paru yang berlaku di dalam hospital (Hospital Acquired Pneumonia).

Bagi masalah jangkitan paru-paru yang berasal daripada komuniti(Community Acquired Pneumonia), ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu jangkitan yang tipikal dan yang tidak tipikal.


1. Jangkitan paru-paru tipikal

Jangkitan jenis ini adalah jangkitan kuman yang selalu berlaku di dalam komuniti dan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit tersebut adalah jelas seperti demam, batuk dan sesak nafas.

Oleh itu, untuk mengesan seseorang yang mengalami masalah ini adalah lebih mudah. Bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru jenis ini adalah:

  • Streptococcus pneumoniae
  • Moraxella catarrhalis
  • Haemophilus influenza

Kajian menunjukkan majoriti daripada pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru yang teruk adalah disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae.

Oleh disebabkan itu, saintis telah mencipta satu vaksin yang dikenali sebagai pneumococcal vaksin yang berfungsi untuk melindungi seseorang itu daripada dijangkiti kuman Strep pneumoniae.

Setelah vaksin ini diperkenalkan di eropah, jumlah kematian disebabkan jangkitan paru-paru semakin merudum.

2. Jangkitan paru-paru tidak tipikal

Jangkitan jenis ini tidak selalu berlaku dan ia tidak menghasilkan simptom pneumonia yang biasa. Selalunya pesakit hanya mengadu batuk yang berpanjangan tanpa mengalami masalah sesak nafas ataupun demam yang berpanjangan.

Ada juga pesakit yang terus mengalami masalah sesak nafas tanpa mengalami simptom batuk-batuk terlebih dahulu.

Mudah kata, Jangkitan paru-paru tidak tipikal ini menghasilkan simptom yang tidak seperti biasa dan terkadang pesakit itu sendiri merasakan ianya satu simptom yang biasa.

Terdapat beberapa jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman jenis ini. Ianya adalah:

  • Chlamydia pneumoniae
  • Mycoplasma pneumoniae
  • Chlamydia psittaci
  • Legionella spesies

Terdapat juga beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru jenis ini. Ia adalah:

  • Adenovirus
  • Rhinovirus
  • Coxsackievirus
  • Virus Influenza
  • Coronavirus(MERS-CoV)

Faktor Risiko


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah dengan jangkitan kuman paru-paru. Faktor tersebut adalah:

  • Bersentuhan dengan individu yang sedang mengalami jangkitan paru-paru
  • Bersentuhan dengan individu yang sedang mengalami batuk dan selsema
  • Pergi ke tempak berisiko seperti di kawasan timur tengah, baru balik haji atau umrah kerana risiko dijangkiti Kuman MersCoV
  • Melawat kandang unta ataupun meminum susu unta ketika melakukan Haji atau Umrah

Komplikasi jangkitan paru paru


Jarang untuk seorang yang menghadapi jangkitan paru-paru akan mengalami komplikasi. Terdapat beberapa komplikasi yang perlu diketahui oleh anda jika anda menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Pembentukan nanah di dalam paru-paru(Empyema)
  • Ruang kosong terbentuk di dalam paru-paru disebabkan sel dikawasan tersebut mati dan merosakkan struktur di dalam paru-paru. Jika ujian x-ray dilakukan, akan ternampak kawasan hitam pada paru-paru seolah-olah terdapat lubang dikawasan itu.

Apakah faktor risiko yang menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk?


Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk. Jika pesakit mempunyai faktor risiko ini, maka ia lebih senang mengalami jangkitan paru-paru yang teruk

  • Limpa(spleen) yang telah dibuang. Selalunya limpa ini dibuang disebabkan seseorang itu menghidap penyakit talasemia ataupun pecah disebabkan trauma.
  • Mengalami masalah paru-paru yang kronik sebelum ini(Selalunya disebabkan hisap rokok)
  • Masalah jantung
  • Usia yang terlalu tua ataupun bayi pada awal usia
  • Jangkitan yang melibatkan satu lobar(bahagian) paru-paru

Penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama


Terdapat juga beberapa penyakit lain yang akan mempunyai simptom yang sama dengan masalah ini. Ianya amat penting bagi seorang perawat perubatan untuk membezakan penyakit-penyakit ini kerana rawatannya berbeza. Penyakit-penyakit tersebut adalah:

Ujian untuk mengesan jangkitan paru-paru


Sebenarnya melalui pemeriksaan klinikal sudah boleh mengesahkan seseorang itu mengalami jangkitan paru-paru ataupun tidak. Ujian yang perlu dibuat hanyalah untuk mengesahkan diagnosa yang telah disyaki oleh doktor.

1. X-ray Dada

Ujian x-ray merupakan ujian yang paling mudah untuk mengesan seseorang sama ada mengalami jangkitan paru-paru ataupun tidak.

Bagi x-ray dada yang normal, paru-paru selalunya akan kelihatan gelap. Ini kerana, di dalam x-ray, kawasan yang dipenuhi udara akan lebih gelap berbanding kawasan yang dipenuhi dengan tisu badan, tulang ataupun cecair.

Bagi pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru, kawasan paru-paru yang dijangkiti kuman akan kelihatan tompok tompok berwarna putih. Perkara ini berlaku disebabkan cecair yang terbentuk di dalam alveoli paru-paru tersebut.

2. Pembiakan bakteria daripada kahak dan darah pesakit

Bagi pesakit yang batuk terlalu lama ataupun dimasukkan ke dalam wad, sampel kahak dan darah perlulah diambil untuk melihat jenis bakteria di dalam badan pesakit tersebut.

Ini penting kerana dengan mengenalpasti bakteria tersebut, jenis antibiotik yang sesuai dapat ditentukan untuk membunuh bakteria tersebut.

3. Ujian darah

Ada juga ujian darah lain yang digunakan untuk menunjukkan sama ada pesakit sedang mengalami jangkitan kuman ataupun tidak. Ujian tersebut adalah

  • Full Blood Count(FBC)|: Ujian ini akan melihat bilangan sel darah. Bagi pesakit yang mengalami jangkitan kuman, ianya penting untuk mengetahui bilangan sel darah putih. Pesakit yang mengalami jangkitan bakteria akan mempunyai bilangan sel darah putih yang lebih tinggi daripada biasa
  • C-reactive Protein(CRP); Protein jenis ini akan meningkat jika jangkitan paru-paru itu adalah jenis akut dan disebabkan jangkitan bakteria.

Rawatan


Bagi pesakit yang mengalami masalah ini boleh dirawat di rumah ataupun di hospital. Jika pesakit stabil tersebut stabil, selalunya dia masih boleh dirawat di rumah. Tetapi jika pesakit tidak stabil ataupun usianya terlalu tua, pesakit akan dirawat di wad hospital.

Beberapa kriteria yang memerlukan rawatan di dalam hospital adalah:

  • Bayi berusia kurang daripada 1 tahun
  • Mereka yang berusia lebih daripada 65 tahun
  • Sesak nafas
  • Pengsan atapun rasa nak pengsan
  • Tekanan darah rendah ataupun kadar denyutan nadi yang laju
  • Kurang makan ataupun minum
  • Sakit dada yang melampau
  • Bernafas laju

Manakala rawatan untuk masalah ini pula boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Ia adalah:

1. Rawatan Sokongan

Diberikan kepada pesakit dengan tujuan untuk memberi sokongan kepada pesakit sebelum jangkitan kuman tersebut baik dengan sepenuhnya. Rawatan sokongan yang selalunya diberikan adalah:

  • Penggunaan oksigen: Pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru ini selalunya akan mengalami sesak nafas disebabkan kandungan oksigen dalam badan yang berkurangan. Dengan penggunaan oksigen, pesakit tidak perlu bernafas dengan laju untuk meningkatkan oksigen dalam badan.
  • Pemberian air ke dalam salur darah: Pesakit juga mungkin akan kurang minum air disebabkan sesak nafas dan kurang selera makan. Oleh itu, untuk mengelakkan pesakit mengalami dehidrasi dan menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk, air diberi terus ke dalam saluran darah dan memudahkan pesakit.

2. Penggunaan antibiotik

Bagi pesakit yang stabil dan tidak teruk, pesakit boleh dirawat di rumah dan antibiotik boleh diberikan kepada pesakit.

Jenis antibiotik yang diberikan kepada pesakit selalunya bernama ‘Amoxycillin’. Jika penggunaan antibiotik tersebut tidak berkesan, doktor akan memberi antibiotik yang lebih kuat seperti ‘Augmentin’.

Bagi pesakit yang tidak stabil, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad dan antibiotik akan diberikan secara suntikan. Selepas pesakit menunjukkan simptom sembuh dan sudah stabil, pesakit akan dibenarkan balik dan menghabiskan antibiotik pil/sirap dirumah.

Rujukan:

  1. Dunbar LM, Khashab MM, Kahn JB, Zadeikis N, Xiang JX, Tennenberg AM. Efficacy of 750-mg, 5-day levofloxacin in the treatment of community-acquired pneumonia caused by atypical pathogens. Curr Med Res Opin. 2004 Apr. 20(4):555-63.
  2. Musher DM, Thorner AR. Community-acquired pneumonia. N Engl J Med. 2014 Oct 23. 371 (17):1619-28
  3. Cunha BA. Swine Influenza (H1N1) Pneumonia: Clinical Considerations. Infect Dis Clin N Am. 2010. 24:203-228.
  4. Blasi F, Tarsia P. Value of short-course antimicrobial therapy in community-acquired pneumonia. Int J Antimicrob Agents. 2005 Dec. 26 Suppl 3:S148-55.
  5. Nakanishi M, Yoshida Y, Takeda N, Hirana H, Horita T, Shimizu K, et al. Significance of the progression of respiratory symptoms for predicting community-acquired pneumonia in general practice. Respirology. 2010 Aug. 15(6):969-74

0 0 vote
Article Rating
Ikut perbincangan ini
Hantar notifikasi jika
guest
4 Comments
Komen Terdahulu
Komen Terbaru Undian Terbanyak
Inline Feedbacks
View all comments
Rizal
Rizal
19 Hari lalu

Assalamualaikum doktor. Jika saya mengalami sesak nafas berserta sakit di uluhati pula macam mana ye doktor? Lepas makan sahaja sesak nafas tu akan hipang.

Darwin
Darwin
3 Hari lalu

Bolehkah penyakit ini kembali pada pesakit yang pernah mengalami penyakit ini??