Skip to content

Kencing Berbuih: Punca dan Apa yang perlu dibuat.

Kencing berbuih mempunyai pelbagai punca. Tidak semestinya ia disebabkan masalah buah pinggang tetapi ia sering membuatkan seseorang itu risau dengan perkara tersebut.

Isi Kandungan
  1. Simptom
  2. Punca Kencing Berbuih
  3. Ujian untuk mengetahui punca
  4. Bila perlu berjumpa doktor?

Perlu diketahui bahawa selalunya ia bukan disebabkan perkara yang serius. Tetapi jika keadaan itu berterusan, anda dinasihati untuk membuat pemeriksaan di klinik.

Simptom selain kencing berbuih yang perlu dibimbangkan


Kencing berbuih yang berlaku sekali sekala adalah sesuatu yang normal. Ia mungkin disebabkan kelajuan air kencing yang berbeza. Jika keadaan tersebut berterusan, ia mungkin menunjukkan anda sedang mengalami beberapa jenis penyakit.



Oleh itu, jika anda mengalami beberapa jenis simptom selain daripada kencing berbuih, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Simptom tersebut adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kencing berbuih


Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah kuncing berbuih. Selalunya kencing berbuih tidak mendatangkan apa-apa masalah kecuali seseorang itu berterusan mengalami simptom tersebut. Beberapa punca tersebut adalah:

1. Air kencing yang laju

Apabila seseorang itu menahan air kencingnya dalam jangka masa yang lama, isipadu air kencing tersebut akan bertambah di dalam pundi kencing.



Apabila air kencing itu dibuang, ia akan menghasilkan kelajuan yang lebih daripada biasa dan menyebabkan air kencing yang terhasil berkocak lebih daripada biasa.

Perkara ini akan menyebabkan air kencing yang terhasil menghasilkan buih yang lebih daripada biasa.

2. Kepekatan air kencing yang tinggi

Ketika seseorang itu kurang minum, ia akan menghasilkan air kencing yang lebih pekat daripada biasa. Bahan-bahan di dalam air kencing tersebut akan menyebabkan buih lebih mudah dihasilkan.

3. Protein dalam air kencing

Air kencing yang mengandungi protein akan lebih mudah membentuk buih.

Selalunya hanya penyakit yang melibatkan buah pinggang sahaja akan menyebabkan protein dilepaskan ke dalam air kencing. Penyakit-penyakit tersebut adalah:

4. Ejakulasi retrograde



Ada beberapa jenis masalah yang menyebabkan ejakulasi sperma termasuk ke dalam pundi kencing. Selalunya ia disebabkan masalah pada prostat. Ejakulasi yang normal sepatutnya tidak menyebabkan hal demikian.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian untuk mengetahui punca masalah ini


Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut. Ujian itu adalah:

1. Pemeriksaan air kencing

Air kencing pesakit boleh diambil untuk dilakukan pemeriksaan bagi mengetahui kandungannya. Kandungan seperti protein selalunya diperhatikan bagi mereka yang mengalami simptom seperti ini.

Terdapat juga kandungan lain seperti sel darah putih dan juga nitrate yang juga akan hadir jika pesakit sedang mengalami jangkitan kuman.

2. Fungsi buah pinggang(renal function)

Jika pesakit mengalami masalah protein dalam air kencing bagi masa yang lama, ujian untuk melihat fungsi buah pinggang perlulah dilakukan. Spesimen yang diperlukan daripada pesakit adalah darah bagi tujuan untuk ujian fungsi buah pinggang tersebut.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?


Kebanyakan masalah kencing berbuih adalah disebabkan kelajuan air kencing yang berbeza-beza. Bagi mereka yang secara berterusan mempunyai simptom ini, mereka dinasihatkan untuk membuatkan pemeriksaan kesihatan di klinik untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.



Ini kerana dirisaukan ia disebabkan masalah kepada buah pinggang. Bahkan, ia mungkin juga berpunca daripada masalah lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai simptom- simptom ini. Ia adalah:

  • Bengkak kaki dan tangan
  • Muntah-muntah yang berterusan
  • Kurang selera makan
  • Kencing berbuih yang berterusan
  • Mempunyai darah dalam air kencing
  • Ejakulasi yang menghasilkan air mani yang sedikit

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Proteinuria. (2014, April). – NIH
  2. Kaur, K., Shah, U., Quasim, S., Chowoo, L., & Khan, M. H. (n.d.). Why does urine froth?

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − five =