Skip to content

Kanser Serviks: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser serviks juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim. Iaitu dikawasan paling bawah bahagian rahim. Kawasan ini adalah kawasan yang menghubungkan dengan kawasan vagina.

Terdapat banyak jenis human papillomavirus(HPV) yang disebarkan melalui hubungan seks menjadi punca kepada penyakit ini. Apabila terdedah dengan virus ini, terdapat sesetengah wanita yang mampu membina kekuatan imun untuk menghapuskan virus tersebut. Tetapi terdapat juga wanita yang tidak mampu melawan virus ini, menyebabkan virus tersebut menukarkan sel pada bahagian tersebut menjadi sel kanser.

Anda boleh mengurangkan risiko untuk menghadapi penyakit ini dengan melakuan ujian saringan pap smear ataupun dengan mengambil vaksin untuk melindungi daripada jangkitan HPV

Tanda Tanda kanser Serviks



Kanser serviks pada awalnya tidak menyebabkan apa-apa simptom. Simptom dan tanda selalunya berlaku apabila kanser telah menjadi lebih teruk ataupun merebak.

Tanda tanda tersebut adalah:

  • Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
  • Cecair dan bauan yang busuk keluar daripada kemaluan
  • Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.

Terdapat juga tanda-tanda umum yang lain yang menunjukkan seseorang itu mungkin sedang menghadapi kanser iaitu

  • Kurang berat badan secara mendadak
  • Kurang selera makan dengan teruk
  • Asyik merasa badan lemah
  • Pucat

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca kanser serviks

Kanser serviks bermula apabila terdapat mutasi pada genetik sel yang sihat yang menyebabkan mereka menjadi sel yang tidak normal dan membahagi dengan cepat.



Sel yang sihat membesar dan membahagi dengan kadar yang tertentu. Sel kanser pula membesar dan membahagi dengan kadar yang tidak terkawal sehingga ia merebak ke kawasan yang berdekatan dan merebak ke bahagian badan yang lain juga.

Jenis kanser serviks

Terdapat 2 jenis kanser serviks yang menentukan jenis rawatan dan juga prognosis yang pesakit akan hadapi

  • Squamous cell carcinoma‘: Jenis kanser ini berasa dari sel kawasan luar serviks iaitu sel yang nipis dan leper. Kebanyakan kanser serviks berasal daripada jenis ini.
  • Adenocarcinoma‘: Jenis kanser ini berasal dari kawasan lubang serviks iaitu sel yang berbentuk kolum dan memanjang.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor Risiko yang menyebabkan kanser serviks

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

  • Mempunyai hubungan seks dengan pasangan lebih daripada seorang. Semakin banyak pasangan, semakin tinggi kemungkinan untuk mendapat masalah ini.
  • Sistem imun yang lemah. Mereka yang mempunyai masalah sistem imun seperti pesakit kencing manis, HIV dan sebagainya lebih mudah untuk menghadapi masalah ini
  • Merokok. Dikatakan mempunyai kaitan dengan kanser serviks jenis squamous cell carcinoma

Cara untuk mengelakkan kanser serviks

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini iaitu:

  • Dapatkan pelalian/vaksin untuk mengelakkan daripada jangkitan HPV
  • Lakukan ujian Pap smear secara rutin untuk mengesan masalah ini pada awal
  • Jangan melakukan hubungan seks secara rambang atau amalkan hubungan seks yang selamat dengan menggunakan kondom.
  • Jangan merokok atau elakkan diri daripada asap rokok.

Penyiasatan

Jika pesakit disyaki mempunyai masalah ini, pesakit akan menjalani satu pemeriksaaan untuk melihat kawasan serviks tersebut. Prosedur ini dinamakan sebagai colposcopy.

Colposcope

Ketika menjalani prosedur ini, sedikit sampel akan diambil daripada kawasan serviks untuk ujian pengesahan. Dalam prosedur ini, doktor akan menggunakan alat untuk melihat kawasan serviks dengan lebih dekat bagi menentukan sama ada keadaan serviks normal ataupun tidak.

Rawatan Kanser Serviks

Rawatan kanser bergantung kepada tahapan kanser dan juga keadaan pesakit.



Pembedahan

Pada tahapan kanser awal, rawatan pembedahan mungkin akan dilakukan untuk membuang rahim. Pembedahan ini dikenali sebagai hysterectomy.

Terdapat 2 jenis hysterectomy iaitu:

  • Simple hysterectomy: Pembedahan akan melibatkan buang kawasan pangkal rahim termasuk rahim sekali. Ia dilakukan untuk tahapan kanser yang terawal
  • Radical hysterectomy: Melibatkan pembuangan kawasan rahim, pangkal rahim, sebahagian daripada kawasan atas vagina dan juga kalenjar limfa.

Radioterapi

Dalam rawatan ini, ia mungkin diberi sebelum pembedahan untuk mengecilkan saiz kanser ataupun selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser yang mungkin masih tertinggal.

Kemoterapi

Dalam rawatan ini, ia melibatkan pemberian ubat yang disuntik dalam saluran darah untuk membunuh sel kanser di dalam badan.

Rawatan paliatif(sokongan)



Rawatan paliatif adalah salah satu rawatan yang memberi fokus untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser yang tidak boleh lagi sembuh.

Apabila pesakit kanser menjalani rawatan ini berserta rawatan yang lain, ia boleh menyebabkan pesakit kanser hidup lebih lama dan rasa lebih sihat.

Rawatan ini selalunya melibatkan pelbagai jenis kepakaran termasuk pakar bius untuk pemberian ubat tahan sakit, pakar onkologi dan juga pakar bedah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. What you need to know about cervical cancer. National Cancer Institute.
  2. Feldman S, et al. Screening for cervical cancer. http://www.uptodate.com/home.
  3. Saslow D, et al. American Cancer Society, American Society for Colposcopy and Cervical Pathology and American Society for Clinical Pathology screening guidelines for the prevention and early detection of cervical cancer. American Journal of Clinical Pathology. 2012;137:516.
  4. Straughn JM, et al. Management of early-stage cervical cancer.
  5. Genital HPV infection: Fact sheet. Centers for Disease Control and Prevention

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × four =