Skip to content

Kencing manis semasa mengandung dan Rawatan

Ketika mengandung, ada sesetengah ibu yang mempunyai bacaan gula yang tinggi. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘Gestational Diabetes Mellitus‘ ataupun kencing manis semasa mengandung. Kencing manis ini selalunya bermula pada 24 hingga 28 minggu waktu kandungan. Sebab itulah selalunya ujian minum air gula dilakukan pada waktu kandungan berumur 28 minggu.

Jika ibu mempunyai faktor risiko yang pelbagai seperti sebelum ini mempunyai sejarah mengandung berserta kencing manis, sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis, sejarah melahirkan bayi yang melebihi 4kg, pesakit perlu membuat ujian minum air gula pada usia kandungan yang lebih awal iaitu pada 18 minggu.

Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung tidak semestinya anda akan mempunyai kencing manis selepas daripada itu. Tetapi risiko anda untuk mempunyai kencing manis selepas daripada itu adalah lebih tinggi berbanding dengan orang lain.



Sebab itu jugalah pesakit akan diminta untuk buat ujian minum air gula selepas daripada 6 minggu bagi melihat sama ada kencing manis semasa mengandung itu telah sembuh ataupun tidak.

Simptom dan tanda kencing manis semasa mengandung

Selalunya pesakit ini tidak mempunyai apa-apa simptom dan tanda-tanda. Tanda tanda tersebut hanya akan wujud jika kencing manis pesakit sangat tidak terkawal. Simptom tersebut adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kencing Manis semasa Mengandung

Punca sebenar bagi masalah ini masih tidak diketahui. Tetapi hormon menjadi salah satu punca yang memainkan peranan penting bagi mereka yang mengalami masalah ini dan ia berlainan dengan kencing manis yang biasa.

Hormon tersebut adalah:

  • Human Placental Lactogen(hPL)
  • Hormon yang menyebabkan kerintangan insulin meningkat


Hormon ini adalah penting untuk membantu ketika seseorang itu mengandung. Ia juga secara semula jadi akan meningkatkan gula di dalam darah supaya sumber gula tersebut dapat diberikan kepada bayi. Tetapi jika badan terlalu tinggi menghasilkan gula, ia boleh menyebabkan kencing manis semasa mengandung.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan peratusan seseorang untuk mengalami masalah ini. Faktor tersebut adalah:

  • Umur melebihi 35 tahun
  • Ada sejarah keluarga dengan kencing manis
  • Mengalami kencing manis semasa mengandung bagi kandungan yang lepas
  • Obesiti
  • Berat badan meningkat dengan mendadak ketika mengandung
  • Mempunyai sejarah bayi lahir dengan berat 4kg
  • Kandungan kembar
  • Kerap mengalami keguguran

Bagaimana untuk mengesan kencing manis semasa mengandung?

Untuk mereka yang sedang mengandung, selalunya ujian minum air gula akan dibuat pada usia kandungan 24-28 minggu.

Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko, ujian gula akan dibuat dengan lebih awal selalunya pada usia kandungan 18 minggu.

Ujian minum air gula

Pesakit akan diminta berpuasa sehinggalah hari ujian. Sebelum minum air gula, darah pesakit akan diambil untuk melihat kandungan gula dalam darah. Jenis darah yang diambil adalah terus daripada salur darah vena. Oleh itu, tiada ujian cucuk dihujung hari sahaja, tetapi darah akan diambil dari saluran darah dibahagian lengan.

Selepas itu, pesakit perlu minum air gula. Di dalam air tersebut akan dilarutkan sebanyak 75g glukosa.

Pesakit perlulah minum air gula tersebut dalam masa 10 hingga ke 15 minit. Ujian tersebut akan terbatal jika pesakit termuntah selepas daripada itu dan ujian perlu dilakukan semula. Pesakit juga tidak boleh mengambil apa-apa makanan sehinggalah ujian darah dibuat semula

Selepas daripada 2 jam, darah akan diambil semula untuk mengetahui paras gula dalam darah.



Paras gula yang tidak normal:

Ujian darah sebelum ambil air gula: 5.1mmol/l ataupun lebih
Ujian darah selepas minum air gula: 7.8mmol/l ataupun lebih

Pesakit akan disahkan mempunyai kencing manis jika mempunyai bacaan seperti di atas.

Rawatan

Pesakit selalunya diberi tempoh beberapa minggu selepas dikesan mempunyai kencing manis. Pesakit akan dirujuk kepada pakar pemakanan bagi mengajar cara dan kuantiti makan yang betul.

Disamping itu, pesakit akan diminta untuk membuat ujian ‘Blood sugar profile’ Iaitu pesakit perlu memeriksa darah 4 kali dalam sehari mungkin 2 minggu ataupun 4 minggu sekali.

Pesakit perlu memeriksa darah sebelum makan pagi, 2 jam selepas makan pagi, 2 jam selepas makan tengah hari dan 2 jam selepas makan malam. Jika bacaan gula asyik tidak terkawal, pesakit akan diminta untuk memulakan penggunaan insulin. Jika gula masih terkawal, pesakit akan meneruskan kawalan gula melalui pengawalan makanan yang telah diberitahu sebelum ini.

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin akan berlaku jika pesakit mempunyai kencing manis terutamanya kencing manis yang tidak terkawal. Komplikasi tersebut adalah:

  • Berat bayi yang berlebihan(4kg)
  • Berat bayi yang berlebihan boleh menyebabkan bahu tersangkut(shoulder dystocia) ketika kelahiran
  • Bayi juga boleh mengalami kekurangan gula(hypoglycemia) selepas kelahiran
  • Air ketuban yang banyak
  • Kematian bayi secara mengejut(Intra uterine death)

Disebabkan perkara ini, pesakit yang mempunyai kencing manis tetapi dengan kawalan diet perlu masuk ke hospital pada umur kandungan 40 minggu. Manakala, pesakit yang menggunakan insulin, perlu masuk ke dalam hsopital pada umur kandungan 38 minggu.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Management of diabetes in Pregnancy(Quick Reference), Ministry of Health, Malaysia
  2. American Diabetes Association. (2018). 2. Classification and Diagnosis of Diabetes: Standards of Medical Care in Diabetes-2018
  3. American Diabetes Association. (2018). Standards of medical care in diabetes 2018.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + four =