Kanser mulut boleh berlaku dimana-mana kawasan mulut seperti pada lidah, bibir, pada bahagian pipi, gusi, bahagian atas mulut, tonsil dan juga kalenjar air liur.
Kanser mulut selalunya berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan 2 kali ganda berlaku pada lelaki berbanding wanita.
Tanda dan Simptom kanser mulut
Pada peringkat awal, selalunya kanse ini tidak mempunyai sebarang simptom. Tetapi jika anda mengalami simptom seperti ini, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Simptom tersebut adalah:
- Tompok merah atau putih di dalam mulut
- Ulser mulut yang tidak baik-baik
- Bengkak kalenjar di bahagian leher ke atas
- Benjolan dibahagian mulut yang tidak sembuh
- Sakit tekak yang tidak baik
- Sakit lidah
- Bibir bengkak
Simptom-simptom ini tidak semestinya menunjukkan anda mengalami kanser. Tetapi pemeriksaan doktor boleh mengesan sama ada anda mengalaminya ataupun tidak.
Punca kanser mulut
Kanser adalah disebabkan mutasi pada genetik yang menyebabkan pembahagian sesuatu sel itu tidak dapat dikawal.
Terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghadapi kanser mulut. Ia adalah:
- Merokok: Mereka yang merokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk menghadapi kanser mulut berbanding orang yang tidak merokok
- Jangkitan Human Papilloma virus
- Kerap mengunyah buah pinang dan sireh
- Kerap terdedah dengan bahan kimia seperti asbestos, asid sulfurik dan formaldehyde
- Pernah terdedah dengan radiasi dibahagian kepala dan leher
- Penyakit GERD: Keadaan dimana asid dalam perut ternaik semula ke dalam esofagus. Ia boleh naik sehingga ke bahagian mulut dan meningkatkan risiko kanser mulut
- Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan betul
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Ujian Pemeriksaan
Ujian yang dibuat selalunya adalah dengan melakukan biopsi. Biopsi adalah prosedur dimana kita mengambil sedikit sampel pada bahagian mulut yang disyaki sebagai kanser.
Jika daripada sampel tersebut pesakit disahkan kanser, maka terdapat beberapa lagi ujian yang perlu dilakukan untuk menentukan tahapan kanser tersebut, adakah ia telah merebak kewasan lain ataupun tidak.
Rawatan Kanser Mulut
Rawatan kanser mulut adalah sama seperti rawatan kanser yang lain iaitu ia bergantung dengan tahapan kanser pesakit
Pembedahan
Pembedahan untuk membuang kanser tersebut perlu dilakukan untuk mengelakkan ia merebak ke kawasan yan lain.
Jika kanser tersebut telah merebak ke kalenjar limfa, doktor juga perlu membuang kalenjar limfa tersebut.
Jika tumor itu terlalu besar dan pembedahan menyebabkan struktur muka jadi tidak sempurna, pembedahan kosmetik perlulah dilakukan semula untuk membetulkan struktur muka pesakit.
Terapi radiasi
Kanser mulut selalunya sangat sensitif kepada terapi radiasi. Fungsinya adalah membunuh sel kanser tersebut.
Beberapa kesan sampingan terapi radiasi untuk kanser ini adalah:
- Gigi jadi rapuh
- Ulser mulut
- Gusi berdarah
- Badan lemah
Kemoterapi
Kemoterapi juga digunakan untuk rawatan masalah ini. Dalam rawatan ini ia menggunakan beberapa jenis ubat untuk membunuh sel kanser yang ada.
Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah:
- Badan menjadi lemah
- Muntah-muntah
- Loya
- Rambut Gugur
- Sistem imun menjadi lemah menyebabkan pesakit itu sedang dijangkiti kuman
Cara untuk mengelakkan kanser ini
Beberapa perkara perlulah dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan anda menghadapi penyakit ini.
Ia adalah:
- Berhenti merokok
- Kurangkan atau berhenti daripada mengambil alkohol
- elakkan daripada kerap mengambil daging terproses.
- Dapatkan rawatan jika anda mengalami simptom GERD.
Masalah Kanser yang lain
Rujukan:
- Causes of mouth cancer. (2016, October 8) – NHS UK
- Mouth cancer. (n.d.) – Dental Health
- Oral and oropharyngeal cancer: Statistics. (2016, July) – Cancer.net