Skip to content

Gusi Berdarah: Punca, Simptom dan Rawatan

Gusi berdarah adalah salah satu simptom yang selalu berlaku dalam masalah gusi. Tetapi ia juga boleh menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah yang lain.

Pendarahan yang jarang berlaku mungkin disebabkan perbuatan menggosok gigi terlalu kuat ataupun disebabkan penggunaan gigi palsu yang tidak betul. Pendarahan gusi yang kerap berlaku pula mungkin disebabkan masalah yang lebih serius seperti:

  • Periodontitis (Keradangan pada gusi)
  • Leukemia
  • Kekurangan vitamin
  • Kekurangan protein pembeku darah dan juga kekurangan platlet
  • Penggunaan ubat pencair darah seperti warfarin

Punca kepada masalah gusi berdarah

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gigi berdarah. Ia adalah:



1) Gusi bengkak (Gingivitis)

Kebanyakan mereka yang mengalami gusi bengkak adalah disebabkan plak yang terlalu lama pada gigi. Plak adalah merujuk kepada warna kekunigan yang terbentuk ada kawasan gigi anda yang berdekatan dengan gusi. Plak tersebut mempunyai bakteria yang melekat pada kawasan gigi yang terlibat.

Menggosok gigi boleh membersihkan plak yang menjadi punca kepada karies gigi. Jika plak tidak dibuang, ia boleh mengeras menjadi tartar yang boleh meningkatkan masalah gusi berdarah. Pengumpulan plak berdekatan dengan gusi juga akan menyebabkan masalah gusi bengkak.

Beberapa tanda gusi bengkak adalah:

  • Gusi yang membesar dan bengkak
  • Sakit bahagian gusi
  • Pendarahan gusi

2) Periodontitis



Masalah periodontitis boleh berlaku ketika mana masalah gusi bengkak (gingivitis) menjadi lebih teruk. Periodontitis adalah jangkitan di bahagian gusi, tulang rahang dan juga tisu yang menyambungkan gigi dan juga gusi. Jangkitan ini boleh menyebabkan gigi longgar dan gigi tercabut.

3) Kekurangan vitamin

Kekurangan vitamin C dan K juga boleh menyebabkan gusi mudah berdarah. Akan tetapi, masalah kekurangan vitamin sangat jarang dilihat di dalam negara yang sudah membangun. Pesakit hendaklah dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tinggi kedua-dua vitamin tersebut.

Makanan yanng kaya dengan vitamin C:

  • Buah oren
  • Brocolli
  • Strawberi
  • Tomato
  • Potato

Makanan yang kaya dengan vitamin D:

  • Kubis
  • Brokoli
  • Bayam
  • Salad
  • Soya
  • Minyak zaitun

Punca-punca lain gusi berdarah

Mereka yang memakai gigi palsu juga lebih terdedah kepada masalah ini kerana penggunaannya boleh menyebabkan gusi berdarah. Ia selalu berlaku apabila gigi tersebut sangat ketat apabila dipakai oleh pesakit.

Masalah darah seperti Hemofilia dan leukemia juga akan meningkatkan risiko untuk mengalami masalah ini.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan gusi berdarah

Penjagaan gigi adalah perkara pertama yang perlu dibuat untuk merawat masalah gusi berdarah ini. Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurannya sekali setahun. Cara gosok yang betul berserta penggunaan flos akan menyebabkan gigi betul-betul bersih.



Anda juga dinasihati untuk mengambil ubat kumur anti-septik yang boleh membuang plak yang terdapat pada gigi anda.

Guna berus gigi yang mempunyai bulu yang lembut untuk menggosok gigi terutamanya mereka yang mengalami gusi bengkak. Berus gigi yang mempunyai bulu yang keras mungkin akan menyebabkan pendarahan pada gusi tersebut berlaku lagi.

Lawatlah doktor gigi untuk setahun sekali.

Masalah Gigi dan Gusi yang lain:

Gigi BerlubangGigi Ngilu
Gigi KuningGigi Goyang
Gigi TercabutGigi Rapuh
Sakit GigiGigi Rongak
Karies GigiGigi Hitam
Plak GigiGigi Jarang
Gusi HitamGusi Bernanah
Gusi BengkakGusi Berdarah
Gigi BongsuGigi Berlapis
Gigi Jongang

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Disease, gum (periodontal disease). (n.d.).
  2. Higdon J. (2009) Vitamin c.l -Oregon state
  3. Sumber featured image dari absolutedental.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × three =