Skip to content

Gigi Rapuh: Punca, Simptom Dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah gigi rapuh dan rawatannya?

Artikel ini akan menceritakan secara lengkap berkenaan masalah gigi rapuh dan rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Gigi Rapuh
  3. Simptom
  4. Rawatan
  5. Tips Pencegahan
  6. Pesanan

PENGENALAN


Enamel ialah lapisan luar gigi merupakan antara struktur yang paling kuat dalam badan manusia. Malahan, ia mampu mengalahkan kekuatan tulang.



Walaubagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, gigi boleh menjadi sangat rapuh dan mudah pecah terutamanya ketika mengunyah makanan.

‘Gigi rapuh’ adalah suatu keadaan dimana struktur enamel (lapisan luar gigi) dan dentin (lapisan dalam gigi) menjadi lemah dan mudah pecah apabila berhadapan dengan sebarang tekanan.

PUNCA GIGI RAPUH


Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk:

  1. Gigi berlubang yang tidak dirawat (untreated caries)
  2. Gigi yang mempunyai tampalan lama yang besar
  3. Tabiat suka mengetap dan mengisar gigi terutama ketika tidur (bruxism)
  4. Pengambilan makanan atau minuman berasid secara berlebihan seperti minuman berkarbonat dan jus boleh melemahkan lapisan enamel dalam jangka masa yang panjang.
  5. Penyakit yang berkaitan dengan saluran pencernaan seperti asid refluks (GERD).
  6. Faktor usia ; lapisan enamel menjadi semakin nipis dan lemah apabila menginjak usia tua (50 tahun dan keatas).

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

SIMPTOM GIGI RAPUH


Gigi yang telah rapuh kebiasaannya tidak akan menunjukkan tanda-tanda yang jelas bagi mereka yang mengalaminya, sehingga gigi tersebut mula pecah.

Gigi rapuh yang telah pecah juga tidak akan membawa kesakitan kepada pesakit melainkan retakan itu melibatkan bahagian akar dan saraf gigi. Beberapa tanda yang mungkin terjadi boleh dikategorikan sebagai ‘alarming sign’ atau tanda amaran seperti;

  1. Permukaan gigi yang kasar dan tidak licin menunjukkan bahawa gigi tersebut telah haus.
  2. Gigi menjadi mudah pecah terutama bila makan makanan yang agak keras seperti kekacang.


Periksa Simptom anda Di Sini

RAWATAN GIGI RAPUH


Jika tanda-tanda amaran seperti di atas terjadi pada gigi anda, sila hadirkan diri anda ke klinik gigi berdekatan sesegera mungkin. Rawatan yang akan ditawarkan adalah berdasarkan diagnosa atau punca gigi rapuh terjadi pada anda.

Kebiasaannya, ramai yang akan menemui doktor gigi hanya apabila gigi sudah pecah atau terserpih. Beberapa pilihan rawatan yang asas bagi gigi yang telah pecah dan terserpih adalah seperti berikut ;

  1. Tampalan semula serpihan gigi
  2. Tampalan composite
  3. Veneer / crown
  4. Jika melibatkan akar gigi, rawatan akar perlu dibuat sebelum menjalankan pilihan rawatan diatas.

TIPS PENCEGAHAN


Rutin harian penjagaan gigi dan pemakanan memberi impak yang besar kepada kekuatan gigi kita. Sudah tentu kita mahukan kehidupan yang lebih selesa tanpa kebimbangan akan gigi yang mudah patah ketika makan makanan yang agak keras.

Langkah-langkah dibawah perlu diambil oleh setiap lapisan masyarakat bagi yang mempunyai atau tidak mempunyai gejala gigi rapuh atau rosak

  1. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan asid. Kerap mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan asid seperti minuman berkarbonat dan jus boleh menghakis lapisan enamel dan melemahkan gigi dalam jangka masa yang panjang.
  2. Ambil makanan yang tinggi kalsium seperti susu dan keju. Kalsium adalah antara kandungan utama bagi lapisan enamel dan ia mampu menguatkan struktur dalaman gigi.
  3. Elakkan memberus gigi dengan terlalu kuat. Tabiat overbrushing atau berlebihan ketika memberus gigi boleh memberi kesan trauma kepada gigi dan gusi.
  4. Gunakan ubat gigi berfluorida Fluorida mampu menguatkan struktur enamel dan mengelakkan gigi berlubang yang mampu melemahkan lapisan enamel.
  5. Jika anda dikesan mempunyai masalah gastrousus (sering muntah dan sebagainya), dapatkan rawatan segera. Apabila kita muntah, kandungan asid daripada perut akan keluar bersama isi perut dan sampai ke mulut dan gigi. Kerap muntah boleh menghakis lapisan
    enamel dan melemahkan gigi.
  6. Elakkan tabiat suka mengetap dan mengisar gigi. Bruxism adalah satu tabiat sering mengetap dan mengisar gigi dalam keadaan sedar mahupun tidak. Tabiat ini boleh menghakis permukaan gigi. Jika anda menyedari tabiat ini sering terjadi ketika tidur, dapatkan alat pelindung gigi (night guard) daripada klinik gigi berdekatan.
  7. Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala Pemeriksaan gigi yang ideal adalah setiap 6 bulan sekali. Pemeriksaan berkala penting bagi mengenalpasti tanda-tanda awal sebarang masalah mulut dan gigi.

PESANAN BUAT MASYARAKAT


Jika gigi anda patah atau terserpih secara tiba-tiba ataupun disebabkan oleh sebarang tekanan, jangan terus dibuang serpihan gigi tersebut. Serpihan tersebut masih boleh ditampal semula jika anda mengikuti langkah-langkah penjagaan di bawah.

Langkah-langkah ini juga boleh digunapakai jika anda atau anak kecil anda mengalami masalah gigi tercabut daripada soket gigi.

  1. Pegang gigi pada bahagian kepala atau crown gigi . Elakkan menyentuh bahagian akar gigi (jika serpihan melibatkan akar gigi).
  2. Basuh serpihan tersebut di bawah air yang mengalir dalam 1-2 saat.
  3. Kemudian, simpan dalam sebuah bekas berisi susu atau air liur pemilik gigi tersebut. Medium ini membantu gigi untuk bertahan lebih lama.
  4. Hadirkan diri ke klinik gigi secepat mungkin dengan membawa serpihan gigi dalam bekas.

Masalah Gigi dan Gusi yang lain:



Gigi BerlubangGigi Ngilu
Gigi KuningGigi Goyang
Gigi TercabutGigi Rapuh
Sakit GigiGigi Rongak
Karies GigiGigi Hitam
Plak GigiGigi Jarang
Gusi HitamGusi Bernanah
Gusi BengkakGusi Berdarah
Gigi BongsuGigi Berlapis
Gigi Jongang

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Jaret, P. (2015, September 3). How to Keep Your Tooth Enamel Strong.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 2 =