Skip to content

Difteria: Punca, Simptom dan Rawatan

Punca | Simptom | Diagnosa Lain | Ujian Pengesahan | Rawatan

Apakah itu Penyakit Difteria?

Difteria adalah penyakit yang akan melibatkan jangkitan pada saluran pernafasan atau jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria bernama Corynebacterium diphtheria. Individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini adalah mereka yang tidak diberi imunisasi ataupun tidak cukup diberi imunisasi.

Punca difteria

Ia disebabkan bakteria bernama Corynebacterium diphtheria. Kuman ini ada beberapa jenis, tetapi jenis yang berbahaya akan menyebabkan jangkitan saluran pernafasan dan juga kulit.



Toksin yang mereka hasilkan adalah jenis exotoksin iaitu toksin yang dirembeskan daripada bakteria itu sendiri. 3 jenis C diphthteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada manusia adalah gravis, intermedius dan juga mitis

Bakteria ini akan melekat pada dinding saluran pernafasan dimana ia akan menghasilkan exotoksin. Disini, exotoksin itu akan menyebabkan keradangan dan kematian tisu dikawasan tersebut menghasilkan kawasan berwarna putih di tekak.

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan menyebabkan kenaikan kes diphtheria. Ia adalah:

  • Rumah yang mempunyai banyak penghuni
  • Tinggal di kawasan yang kurang bersih
  • Tidak mendapatkan immunisasi
  • Pesakit yang mengalami masalah imun
  • Kawasan penduduk yang terlalu padat
  • Pergi ke kawasan wabak

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Jangkitan

Bakteria ini merebak melalui titisan air yang terhasil daripada batuk ataupun bersin pesakit yang mengalami penyakit ini. Ia juga boleh merebak melalui lelehan ataupun hingus pesakit.

Simptom dan Tanda tanda difteria

Terdapat beberapa tanda yang pesakit akan dapat iaitu:

  • Demam yang tidak terlalu tinggi
  • Rasa letih
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Bengkak di bahagian leher (Bull’s neck)
  • Nanah yang keluar daripada tekak ataupun cebisan berwarna putih
  • Suara yang serak
  • Susah menelah
  • Susah bernafas
  • Batuk


Ketika pemeriksaan oleh pihak doktor, tekak pesakit akan dilihat. Membran putih ataupun kawasan putih akan kelihatan di kawasan tekak menunjukkan kematian sel dikawasan tersebut. Sebarang membran yang keluar daripada tekak pesakit mempunyai jumlah bakteria C diphtheria yang tinggi dan boleh menjangkiti individu yang lain

Periksa Simptom anda Di Sini

Penyakit lain yang Berkaitan

Terdapat beberapa diagnosa lain yang boleh menghasilkan simptom dan tanda yang sama iaitu:

  • Angioedema: alahan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi bengkak dan susah bernafas
  • Epiglotitis
  • Myocarditis: Keradangan pada otot jantung
  • Jangkitan tekak biasa
  • Nanah pada bahagian retropharyngeal
  • Nanah pada bahagian peritonsillar
  • Endocarditis: Jangkitan pada bahagian dalam jantung

Ujian Pemeriksaan

Ujian makmal yang dilakukan untuk mengesahkan penyakit ini adalah dengan membiakkan bakteria C diphtheria daripada sampel pesakit sebagai contoh daripada sapuan tekak ataupun hidung. Jika terdapat bakteria C diphtheria daripada sampel tersebut, pesakit akan disahkan mengalami jangkitan difteria.

Rawatan difteria

Rawatan berdasarkan keadaan pesakit perlu dilakukan. Selalunya jika membran di dalam saluran pernafasan terlalu banyak, ia akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan pesakit akan mengalami sesak nafas.

Oleh itu, satu tiub akan dimasukkan terus ke dalam paru-paru melalui tekak bagi membantu pesakit bernafas. Selain itu, ada beberapa rawatan spesifik yang lain akan diberikan kepada pesakit

1. Antitoksin

Seperti yang dijelaskan di atas, pesakit mengalami keadaan ini disebabkan exotoksin yang dihasilkan oleh bakteria C diphtheria. Oleh itu, Exotoksin ini mestilah dineutralkan supaya keadaan pesakit tidak menjadi semakin teruk



2. Antibiotik

Penggunaan antibiotik adalah untuk membunuh bakteria C diphthteria supaya dia tidak lagi menghasilkan exotoksin

Pesakit juga perlulah menjalani isolasi (pengasingan) supaya tidak menjangkiti orang lain

Selain daripada itu, untuk mengelakkan jangkitan ini setiap daripada ahli dalam masyarakat terutamanya kanak-kanak perlulah mendapatkan suntikan immunisasi daripada klinik berdekatan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Lai J, Fay KE, Bocchini JA. Update on childhood and adolescent immunizations: selected review of US recommendations and literature: part 2. Curr Opin Pediatr. 2011 Aug. 23(4):470-81.
  2. Golaz A, Hardy IR, Strebel P, et al. Epidemic diphtheria in the Newly Independent States of the Former Soviet Union: implications for diphtheria control in the United States. J Infect Dis. 2000 Feb. 181 Suppl 1:S237-43.
  3. Long SS. Diphtheria. Behrman RE, Kliegman R, Jenson HB, eds. Nelson Textbook of Pediatrics. 16th ed. WB Saunders Co; 2000. 817-20.
  4. Long SS, Pickering LK, Prober CG. Corynebacterium diphtheriae. Principles and Practice of Pediatric Infectious Diseases. Churchill Livingstone; 1997. 861.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + five =