Kanser Tiroid: Punca, Simptom dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Kanser tiroid berpunca daripada sel di kawasan tiroid yang membahagi secara tidak terkawal. Kalenjar tiroid merupakan kalenjar yang menghasilkan hormon tiroid di dalam badan kita. Organ ini berbentuk rama-rama dan ia berada di bahagian leher.

Hormon tiroid yang dihasilkan oleh kalenjar ini berfungsi untuk mengawal

  • Metabolisma
  • Tekanan darah
  • Denyutan nadi
  • Suhu Badan
  • Berat badan
  • Tumbesaran tubuh badan

Tiroid kanser merupakan salah satu jenis kanser endokrin(Endokrin adalah yang berkaitan dengan hormon) yang selalu di alami oleh manusia.

Apakah simptom kanser tiroid?

Pada awalnya, kanser ini tidak mendatangkan apa-apa jenis simptom. Tetapi apabila ia sudah besar, ia boleh menyebabkan:

  • Ketulan dibahagian leher
  • Perubahan dalam suara atau suara menjadi serak
  • Susah menelan
  • Sakit dibahagian leher atau tekak
  • Bengkak kalenjar limfa di bahagian leher

Apakah punca kanser tiroid dan faktor yang meningkatkan risiko?

Saintis masih tidak mengetahui punca kepada masalah ini. Tetapi ia adalah disebabkan mutasi yang berlaku pada genetik sel di dalam kalenjar tiroid.

Ini menyebabkan sel tersebut membahagi secara tidak terkawal

Faktor risiko

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu lebih mudah menghadapi masalah ini. Faktor tersebut adalah:

  • Golongan wanita
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser tiroid
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser payudara
  • Selalu terdedah dengan gelombang radiasi
  • Umur meningkat

Jenis kanser tiroid

Terdapat beberapa jenis kanser tiroid yang boleh berlaku pada seseorang dan setiap jenis kanser itu dibezakan dengan sel yang telah berubah menjadi kanser.

Jenis kanser tersebut adalah:

Papillary thyroid cancer

Merupakan jenis kanser tiroid yang paling tinggi berbanding yang lain. Kanser ini berasal daripada sel folikular tiroid yang berfungsi untuk menghasilkan dan menyimpan hormon tiroid. Ia selalunya berlaku pada mereka yang berumur diantara 30-50 tahun

Ia kurang berbahaya berbanding jenis kanser yang lain. Selain dari itu, ia tidak mudah merebak ke kawasan lain dan lebih mudah untuk dirawat.

Follicular thyroid cancer

Kanser ini juga berasal daripada sel folikular dalam kalenjar tiroid. Selalunya ia berlaku pada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Ia sangat mudah untuk merebak ke tempat lain

Medullary thyroid cancer

Kanser ini berasal daripada sel C di dalam kalenjar tiroid yang berfungsi untuk menghasilkan hormon calcitonin. Hormon calcitonin pula berfungsi untuk mengawal kuantiti kalsium di dalam darah.

Anaplastic thyroid cancer

Kanser tiroid jenis ini adalah jenis kanser yang jarang berlaku, ianya membesar dengan lebih cepat dan susah untuk dirawat. Ia selalu berlaku pada mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Apakah ujian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan penyakit ini?

Terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan masalah ini. Ia adalah:

  • Pemeriksaan fizikal: Kawasan leher anda akan diperiksa oleh doktor untuk mengesan sebarang ketulan di kawasan tersebut.
  • Ujian darah: Untuk mengesan hormon tiroid sama ada kalenjar tiroid tersebut berfungsi seperti biasa ataupun tidak.
  • Pengambilan sampel tiroid: Proses ini dinamakan sebagai biopsi. Dengan menggunakan ultrasound, pengambilan sampel daripada tiroid diambil dan sampel ini akan diperiksa sama ada mempunyai sel kanser ataupun tidak.
  • Pengimejan: Selalunya pesakit akan menjalani CT-scan ataupun MRI untuk mengetahui sama ada kanser tersebut sudah merebak ke kawasan lain ataupun tidak

Apakah rawatan untuk kanser ini?

Rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser dan juga tahapan kanser. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dengan rawatan

Pembedahan

Kebanyakan pesakit kanser tiroid akan menjalani pembedahan bagi membuang kalenjar tersebut.

Bergantung kepada keadaan kanser, ada doktor bedah yang membuang keseluruhan kelanjer tiroid berserta kalenjar parathyroid yang melekat dibahagian belakang kalenjar tiroid.

Tetapi jika kalenjar parathyroid itu boleh diselamatkan, maka doktor bedah tidak akan membuang kalenjar tersebut.

Selain dari itu, kalenjar limfa yang berdekatan juga akan dibuang kerana mungkin mengandungi sel kanser daripada tiroid tersebut.

Disebabkan kawasan tiroid ini berdekatan dengan satu saraf yang mengawal peti suara, ia boleh menyebabkan kecederaan pada saraf tersebut dan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami suara serak selepas pembedahan. Tetapi perkara ini jarang berlaku

Ubat hormon tiroid

Setelah pembedahan, hormon tiroid di dalam badan akan menurun. Oleh itu, ia perlu digantikan dengan ubat hormon daripada luar

Ubat yang selalu diberikan adalah levothyroxine.

Terapi radioaktif iodin

Dalam rawatan ini, ia menggunakan unsur iodine yang boleh mengeluarkan sinaran radioactive

Rawatan ini digunakan selepas menjalani pembedahan dengan tujuan membunuh sel kanser tiroid yang mungkin masih ada dalam badan.

Rawatan iodin mudah sahaja dimana pesakit akan mengambil kapsul ataupun larutan yang mengandungi bahan tersebut. Iodin ini akan diserap oleh sel tiroid dan sel kanser tiroid sahaja menyebabkan risikonya sangat rendah.

Beberapa kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh pesakit adalah:

Kemoterapi

Kemoterapi adalah rawatan yang digunakan untuk membunuh kanser. Ia melibatkan suntikan ubat tersebut ke dalam saluran darah supaya ubat ini dapat pergi ke kawasan kanser dan membunuh sel tersebut.

Rawatan Paliatif

Pesakit yang mempunyai kanser tahapan terakhir akan diberikan rawatan jenis ini. Ia lebih kepada rawatan sokongan dan juga rawatan simptom pesakit.

Ia bertujuan untuk memberikan keselesaan pada pesakit jika mempunyai kesan sampingan daripada kanser tersebut.

Rujukan:

  1. Melmed S, et al. Nontoxic diffuse goiter, nodular thyroid disorders and thyroid malignancies. In: Williams Textbook of Endocrinology. 13th ed. Philadelphia, Pa.: Elsevier; 2016. https://www.clinicalkey.com.
  2. Thyroid carcinoma. Fort Washington, Pa.: National Comprehensive Cancer Network. http://www.nccn.org/professionals/physician_gls/f_guidelines.asp.
  3. Niederhuber JE, et al., eds. Cancer of the endocrine system. In: Abeloff’s Clinical Oncology. 5th ed. Philadelphia, Pa.: Churchill Livingstone Elsevier; 2014. http://www.clinicalkey.com.
  4. Fact sheet: Guidelines for patients receiving radioiodine I-131 treatment. Society for Nuclear Medicine and Molecular Imaging. http://www.snmmi.org/IssuesAdvocacy/content.aspx?ItemNumber=5609.
  5. Mayo Clinic Staff. (2014, April 14). Thyroid cancer mayoclinic.com/health/thyroid-cancer/DS00492
  6. Thyroid cancer. (n.d.)
    cancer.org/cancer/thyroidcancer/detailedguide/thyroid-cancer
  7. Thyroid cancer. (n.d.) ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002193/
  8. Thyroid cancer survival by type and stage. (2016, April 15)
    cancer.org/cancer/thyroidcancer/detailedguide/thyroid-cancer-survival-rates
Categories: Pembedahan

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Tinggalkan Komen Anda

avatar
  Ikut perbincangan ini  
Hantar notifikasi jika