Skip to content

Patah Kaki: Punca, Simptom dan Rawatan

Patah kaki bermaksud patah tulang di bahagian betis atau peha. Beberapa punca yang selalu menyebabkan masalah ini adalah kemalangan jalan raya, kecederaan sukan dan juga jatuh.

Terdapat 3 tulang utama pada kaki iaitu:

  • Tulang femur: tulang ini berada di bahagian peha iaitu atas daripada lutut
  • Tulang tibia dan fibula: Tulang ini adalah berpasangan dan berada di bawah lutut iaitu pada bahagian betis

Simptom Patah Kaki

Patah tulang peha(femur) selalunya akan menyebabkan peha kelihatan tidak normal. Ini disebabkan tulang femur hanya boleh dipatahkan dengan menggunakan daya yang kuat. Patah pada bahagian tulang betis pula selalunya tidak menyebabkan bahagian tersebut kelihatan tidak normal.



Beberapa simptom penting yang lain adalah:

  • Sakit dibahagian kaki ketika bergerak
  • Bengkak kaki
  • Sakit ketika ditekan
  • Tidak boleh berjalan
  • Kaki kelihatan tidak normal seperti bengkok

Bagi kanak-kanak pula selalunya pesakit

  • Tidak menggunakan kaki yang patah.
  • Akan menangis ketika kaki tersebut disentuh atau digerakkan
  • Menangis tanpa sebab

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Patah Kaki

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

1. Jatuh



Jatuh pada sesuatu permukaan yang keras boleh menyebabkan tulang patah. Sebagai contoh jatuh terduduk boleh menyebabkan tulang pelvis patah.

2. Kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya menjadi punca utama berlakunya patah tulang kaki. Ini disebabkan pelanggaran akan menyebabkan kaki terhentak pada bahagian hadapan kereta.

3. Kecederaan sukan

Pukulan ataupun sepakan pada bahagian kaki ketika bersukan boleh menyebabkan kaki patah

4. Penderaan

Patah kaki juga boleh disebabkan penderaan kanak-kanak terutamanya jika ia berlaku ketika kanak-kanak tersebut belum lagi boleh berjalan

5. Bersenam berlebihan(overuse)



Patah disebabkan tekanan(Stress fracture) juga boleh berlaku pada tulang utama yang menampung berat badan seperti tulang kaki terutamanya jika seseorang itu bersenam secara berlebihan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi patah kaki

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku pada mereka yang mengalami masalah ini adalah:

  • Sakit lutut atau sakit tumit: Ini selalunya berlaku pada kaki yang bertentangan. Ini kerana, tekanan ketika ingin berjalan akan berpindah kepada kaki yang tidak patah menyebabkan sendi dibahagian tersebut mudah cedera.
  • Lambat baik: Ada sesetengah tulang patah yang lambat baik terutamanya jika tulang itu terkeluar daripada kulit
  • Jangkitan tulang(osteomyelitis): Jika bahagian tulang yang patah itu terdedah, kuman boleh masuk ke bahagian tulang tersebut dan menyebabkan berlaku jangkitan tulang.
  • Kecederaan pada saraf dan salur darah: Kecederaan pada saraf boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lumpuh.
  • Sakit sendi(arthritis): Patah tulang kaki yang membawa ke kawasan sendi akan mengalami sakit sendi setelah beberapa tahun kemudian.

Ujian Pemeriksaan

Untuk mengesahkan masalah ini, pesakit perlu menjalani ujian x-ray untuk mengetahui kawasan tulang yang patah.

Rawatan Patah Kaki

Rawatan untuk masalah ini adalah bergantung kepada jenis patah pada kawasan tersebut.

Patah yang terbuka(open fracture)

Bermaksud tulang tersebut patah hingga ia terkeluar daripada bahagian kulit menampakkan tulang yang patah itu. Untuk patah jenis ini, selalunya ia memerlukan rawatan pembedahan yang segera dan kawasan tersebut perlu dibersihkan dengan air yang banyak agar kuman tidak masuk ke dalam tulang pesakit.

Patah yang tertutup(Closed fracture)

Bermaksud tulang yang patah itu tidak keluar daripada kulit. Untuk patah jenis ini selalunya tidak memerlukan pembedahan jika tidak terlalu teruk.



Jika patahnya hingga membentuk serpihan yang banyak, maka pesakit memerlukan pembedahan kerana ia berkemungkinan untuk lambat baik walaupun setelah disemen.

Jika patah tersebut tidak membentuk serpihan, maka boleh sahaja kaki itu disemen.Tetapi tulang perlulah diluruskan terlebih dahulu sebelum disemen. Selalunya kaki pesakit akan di tarik untuk meluruskan tulang tersebut sebelum kaki pesakit disemen.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Tintinalli JE, et al. Tintinalli’s Emergency Medicine: A Comprehensive Study Guide. 7th ed. New York, N.Y.: The McGraw Hill Companies; 2011.
  2. Derby R, et al. General principles of acute fracture management.
  3. Tibia (shinbone) shaft fractures. American Academy of Orthopaedic Surgeons.
  4. Mayo Clinic Staff. (2018). Broken leg.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =