Kulit Kepala Gatal: Punca, Simptom dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Kulit kepala gatal merupakan masalah yang selalu berlaku dan ia akan menyebabkan seseorang itu asyik menggaru kepalanya dan merasa tidak selesa.

Sesetengah masalah kulit kepala gatal boleh disebabkan kelemumur dan juga beberapa jenis masalah kulit kepala yang lain.

Apakah punca kulit kepala gatal?

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

Kelemumur

Punca utama yang menyebabkan masalah kepala gatal adalah kelemumur. Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Masalah kulit kepala seperti dermatitis seborrheic yang menyebabkan penghasilan kelemumur yang lebih banyak daripada biasa
  • Tidak menggunakan syampo dengan cara yang betul
  • Jangkitan kulat pada kulit kepala
  • Pengambilan produk pembersih yang tidak sesuai

ARTIKEL BERKAITAN: Kelemumur

Punca-punca lain

Terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

Apakah simptom lain untuk masalah ini?

Masalah ini juga boleh menyebabkan anda rasa sakit terutamanya jika anda mengalami luka pada kawasan yang anda garu.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengalami simptom

  • Keguguran rambut
  • Kulit kepala kering
  • Nanah dibahagian kepala
  • Benjolan disebabkan nanah yang terbentuk

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Jika kegatalan tersebut masih tidak hilang selepas beberapa hari dan ia diikuti dengan keguguran rambut, sakit, ataupun kegatalan yang melampau, sila berjumpa dengan doktor

Ini disebabkan sesetengah kulit kepala gatal adalah disebabkan jangkitan kulat, kutu rambut dan beberapa jenis penyakit lain yang tidak akan sembuh tanpa mendapatkan rawatan.

Cara untuk mengelakkan kulit kepala gatal

Beberapa tips yang anda boleh ikut untuk mengurangkan masalah kepala gatal

1. Kulit kepala perlulah lembab

Kulit kepala perlulah sentiasa dalam keadaan lembab untuk mengelakkan ia daripada merekah dan menjadi kelemumur. Jika ia kering, maka kulit ini menjadi mudah tertanggal dan menyebabkan rasa gatal dibahagian tersebut.

Terdapat beberapa jenis pelembap kulit kepala yang boleh digunakan untuk memastikan kulit kepala sentiasa lembab.

2. Gunakan syampo yang sesuai

Anda boleh dapatkan syampoo khas daripada farmasi untuk masalah kepala anda. Jika ia disebabkan jangkitan kulat, anda boleh belik syampoo yang mengandungi anti-kulat.

Selain dari itu, anda juga boleh mencuba syampoo yang mengandungi zink pyrithione atau selenium sulfid yang berfungsi untuk mengelakkan penghasilan bahagian lapisan kulit kepala secara berlebihan

3. Hentikan sikap menggaru kepala

Elakkan dari sikap suka menggaru kepala kerana ia akan mencederakan kawasan kulit kepala dan menghasilkan lebih banyak sel kulit mati. Ini akan menyebabkan lebih banyak kelemumur terhasil dan kulit kepala akan menjadi lebih gatal

4. Elakkan stress dan belajar untuk menenangkan diri

Sesetengah orang akan menghasilkan kelemumur dengan lebih banyak ketika dalam keadaan stress. Elakkan masalah ini ataupun belajar cara untuk menangani stress supaya diri anda sentiasa dalam keadaan tenang

Syampoo yang dicadangkan untuk masalah kelemumur:

Apakah rawatan untuk masalah kulit kepala gatal?

Rawatan adalah bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Sebagai contoh kelemumur dirawat dengan cara kerap membasuh kepala dan juga rawatan sapuan agen pelembab. Setiap ubat ini mempunyai cara yang unik untuk mengurangkan penghasilan minyak dan juga membunuh kulat di bahagian kepala

Terdapat beberapa ubat yang mungkin digunakan untuk rawatan kelemumur seperti:

  • Krim anti-kulat
  • Agen keratolytic seperti asid salisilik untuk membuang kulit yang mati
  • Pyrithione zinc

Kutu rambut juga memerlukan rawatan dengan menggunakan ubat yang dapat membunuh kutu tersebut. Penggunaan sikat khas juga perlu untuk membuang telur kutu pada rambut

Jika kulit kepala anda gatal disebabkan alahan pula, anda perlu mengelakkan bahan-bahan ataupun syampo yang menyebabkan kepala anda alah.

Ini merupakan beberapa cara sahaja untuk menangani masalah ini. Oleh itu, untuk mengetahui punca sebenar kepad masalah kulit kepala gatal, anda perlulah berjumpa dengan doktor.

Rujukan:

  1. Bin Saif GA, et al. (2011). The itchy scalp — scratching for an explanation. DOI: 10.1111/j.1600-0625.2011.01389.x
  2. Gupta RC. (2015). Head lice.
    kidshealth.org/en/parents/head-lice.html
  3. Mayo Clinic Staff. (2018). Seborrheic dermatitis.
    mayoclinic.org/diseases-conditions/seborrheic-dermatitis/symptoms-causes/syc-20352710
Categories: Kulit

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Tinggalkan Komen Anda

avatar
  Ikut perbincangan ini  
Hantar notifikasi jika