Skip to content

Kanser Kulit: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser kulit merupakan salah satu kanser yang kerap dialami oleh manusia terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang cerah. Tiga jenis kanser kulit yang selalu berlaku adalah

  • Basal cell carcinoma
  • Squamous cell carcinoma
  • Melanoma: Berbanding dengan 2 kanser di atas, kanser melanoma adalah kanser yang paling berbahaya dan mempunyai jumlah kematian yang lebih tinggi.

Simptom dan Tanda Kanser Kulit

Perubahan pada permukaan kulit adalah salah satu tanda kanser kulit. Ia boleh ditunjukkan dengan ketulan pada permukaan kulit, ulser yang tidak sembuh-sembuh ataupun perubahan pada tahi lalat.

Untuk kanser melanoma secara spesifik, terdapat cara untuk membezakannya dengan tahi lalat biasa iaitu dengan mengingati ABCDE

  • A bermaksud Asymmetrical. Bermaksud tahi lalat itu tidak simetri dan tidak sekata
  • B bermaksud border iaitu sempadan tahi lalat. Selalunya ia tidak sekata berbanding tahi lalat yang normal
  • C bermaksud colour iaitu warna tahi lalat. Warna melanoma selalunya tidak sekata. Ada yang cerah dan ada yang gelap.
  • D bermaksud diameter . Diameter melanoma selalunya lebih besar daripada tahi lalat biasa
  • E bermaksud evolving iaitu saiz tahi lalat tersebut semakin besar dari hari ke hari.


Sila berjumpa dengan doktor jika anda menghadapi simptom dan tanda-tanda seperti ini.

Periksa Simptom anda Di Sini

Gelombang Ultraviolet(UV)

Gelombang UV merupakan gelombang radiasi yang terhasil daripada matahari. Gelombang UV boleh menembusi kulit dan merosakkan genetik dalam sel kulit.

Terdapat 3 jenis gelombang UV iaitu jenis A(UVA), B(UVB) dan C(UVC).

  • Kebanyakan gelombang UV yang sampai pada permukaan bumi adalah jenis UVA. Gelombanga ini boleh menembusi kulit manusia dan menyebabkan kerosakkan pada genetik kulit manusia
  • Bagi UVB pula, kebanyakkan akan diserap pada lapisan ozon dan hanya sedikit sahaja yang sampai ke permukaan bumi. Gelombang ini tidak menembusi jauh lapisan kulit berbanding UVA. Tetapi ia boleh menyebabkan ‘sunburn’ dan kerosakan genetik
  • UVC adalah gelombang UV yang paling berbahanya. Semuanya diserap secara keseluruhan pada lapisan ozon dan tidak sampai ke permukaan bumi.

Sebagai tambahan, pendedahan pada gelombang UV ini iaitu cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Ia juga dikatakan boleh menyebabkan masalah katarak pada manusia.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Kanser dan Individu Berisiko



Sesiapa sahaja mempunyai risiko dan boleh terkena kanser. Tetapi terdapat faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu lebih berisiko berbanding orang lain. Faktor-faktor tersebut adalah:

  • Berkulit cerah
  • Mempunyai anak mata berwarna biru atau hijau
  • Mempunyai rambut berwarna perang
  • Tahi lalat yang banyak pada badan
  • Sejarah kanser kulit dalam keluarga
  • Kulit yang sensitif pada cahaya matahari
  • Selalu berjemur dibawah cahaya matahari

Pendedahan pada gelombang UV

Jika anda mengelakkan diri anda daripada terdedah dengan gelombang UV walaupun anda mempunyai faktor risiko seperti di atas, maka peratusan anda untuk terkena penyakit ini akan semakin kurang.

Mereka yang sentiasa melakukan aktiviti diluar rumah boleh meningkatkan risiko untuk menghadapi masalah ini terutamanya mereka yang berkulit cerah.

Ini kerana mereka yang berkulit cerah mempunyai pigment melanin yang rendah dalam kulit mereka. Salah satu fungsi melanin ini adalah menyerap gelombang UV dan boleh mengelakkan kerosakan pada sel kulit.

Jika melanin kurang, maka lebih banyak gelombang UV yang masuk ke dalam kulit dan merosakkan genetik pada sel kulit tersebut.

Cara Mengelakkan Kanser Kulit

Perlindungan daripada gelombang UV adalah penting untuk menggurangkan kebarangkalian untuk menghadapi kanser kulit. Gelombang UV boleh sampai ke kulit anda walaupun dalam keadaan berkabus ataupun jerebu.

Masa yang mempunyai sinaran UV yang tinggi adalah bermula dari pukul 10pagi hinggalah sampai pukul 4 petang. Oleh itu, kurangkan aktiviti luar ketika pada waktu tersebut. Tetapi jika anda terpaksa berada diluar dalam jangka waktu yang lama ketika itu, anda dinasihatkan untuk pakai krim perlindungan UV.

Centers for Disease Control and Prevention(CDC) mengesyorkan beberapa perkara untuk mengelakkan diri daripada sinaran UV



  • Pakai pakaian yang menutupi bahagian kaki dan tangan
  • Gunakan topi supaya bayang-bayang menutupi bahagian kepala termasuk muka
  • Gunakan cermin mata yang melindungi mata daripada sinaran UV

Ujian Pemeriksaan

Terdapat beberapa jenis ujian yang perlu dilakukan

Ujian biopsi

Ujian yang selalu dilakukan untuk mengesahkan masalah ini adalah dengan melakukan ujian biopsi.

Dalam ujian biopsi ini, sedikit sampel daripada bahagian kulit yang disyaki mempunyai kanser akan diambil dan diperiksa di bawah mikroskop.

Ia penting untuk mengetahui sama ada terdapat sel kanser di kawasan kulit tersebut ataupun tidak.

MRI, CT-scan dan x-ray

Kesemua ujian ini mungkin akan dilakukan jika pesakit telah disahkan mengalami kanser kulit. Ujian ini penting untuk mengetahui sama ada kanser tersebut telah merebak ketempat lain ataupun tidak.

Rawatan Kanser Kulit

Rawatan kanser kulit ini bergantung kepada tahapan kanser tersebut. Jika ia masih lagi berada di bahagian kulit sahaja, maka pembedahan sudah cukup untuk membuang kanser tersebut



Beberapa rawatan kanser ini adalah:

  • Pembedahan: Selalunya dilakukan untuk membuang kawasan kulit yang disyaki mempunyai kanser
  • Radioterapi: Rawatan ini menggunakan radiasi untuk membunuh sel kanser yang tinggal
  • Kemoterapi: Digunakan untuk membunuh sel kanser yang masih tinggal selepas melakukan pembedahan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Habif TP. Premalignant and malignant nonmelanoma skin tumors. In: Clinical Dermatology: A Color Guide to Diagnosis and Therapy. 6th ed. St. Louis, Mo.: Saunders Elsevier; 2016.
  2. Jameson JL, et al., eds. Cancer of the skin. In: Harrison’s Principles of Internal Medicine. 20th ed. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2018.
  3. Niederhuber JE, et al., eds. Melanoma. In: Abeloff’s Clinical Oncology. 5th ed. Philadelphia, Pa.: Churchill Livingstone Elsevier; 2014.
  4. Sarcoma-Kaposi. American Society of Clinical Oncology.
  5. Sebaceous carcinoma: Signs and symptoms. American Academy of Dermatology.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + six =