Mata Berair: Punca, Simptom dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Air mata berfungsi untuk sentiasa melembabkan bahagian mata dan membersihkan mata daripada bahan asing seperti habuk. Akan tetapi masalah mata berair akan menganggu kehidupan seseorang malah ia boleh merebak kepada orang lain jika masalah tersebut disebabkan jangkitan kuman.

Dalam istilah perubatan masalah mata berair ini dipanggil sebagai epiphora. Ia berlaku apabila penghasilan air mata adalah lebih daripada biasa.

Apakah simptom-simptom yang boleh datang sekali?

Terdapat beberapa simptom lain yang boleh datang bersama-sama dengan masalah ini. Ia adalah:

Apakah punca kepada masalah mata berair?

Terdapat pelbagai punca kepada masalah ini. Beberapa punca tersebut adalah

Benda asing ataupun kecederaan

Apabila terdapat benda asing dalam mata, ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata tersebut dan mata secara semula jadi akan lebih banyak berkedip dan penghasilan air mata akan menjadi lebih untuk mengeluarkan benda asing tersebut.

Kecederaan ketika menggunakan kanta lekap ataupun disebabkan menggaru juga boleh menyebabkan masalah mata berair ini berlaku.

Alahan

Seseorang yang mempunyai masalah alahan iaitu allergic conjunctivitis juga boleh menyebabkan masalah mata berair bila terdedah dengan bahan yang di alah.

Jangkitan kuman

Jangkitan kuman di kawasan mata boleh menyebabkan masalah mata berair berlaku. Beberapa punca kepada masalah tersebut adalah:

  • Konjunktivitis: Ia merupakan masalah yang selalu berlaku dan kebanyakannya adalah disebabkan jangkitan kuman dan mudah merebak kepada orang lain
  • Keratitis: Terkadang bahagian kornea boleh menjadi radang. Perkara ini akan menyebabkan beberapa simptom seperti mata sensitif kepada cahaya dan menghadapi masalah mata kabur
  • Jangkitan kuman pada kalenjar air mata(kalenjar lakrimal)
  • Ketumbit: Masalah ini disebabkan penyumbatan kalenjar di bahagian kelopak mata.
  • Blepharitis: adalah jangkitan kuman pada tempat keluar bulu mata. Ia disebabkan kalenjar di bahagian tersebut tersumbat

Laluan air mata tersumbat

Terdapat satu laluan yang berada di bahagian mata berdekatan dengan hidung. Laluan tersebut akan membawa air mata keluar dari kawasan mata ke dalam saluran hidung. Jika laluan ini tersumbat, maka air mata akan keluar daripad bahagian tepi mata dan masalah mata berair pun berlaku.

Sebab itu jugalah jika anda menangis, anda akan mempunyai hingus yang banyak kerana air mata itu akan lebih banyak masuk ke dalam saluran hidung anda.

Terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku iaitu:

Apakah rawatan masalah mata berair?

Rawatan masalah ini adalah bergantung kepada punca penyakit ini.

Benda asing

Di klinik, mata pesakit akan dialirkan dengan air untuk membersihkan mata tersebut daripada benda asing. Pesakit juga diminta untuk mencabut kanta lekap pesakit ketika prosedur ini dilakukan.

Alahan

Pesakit diminta untuk mengenal pasti bahan yang pesakit alah. Kemudian, pesakit perlulah mengelakkan diri daripada bahan tersebut. Jika pesakit sedang mengalami masalah tersebut, pesakit boleh mengambil ubat anti-histamin untuk mengurangkan simptom ini.

Jangkitan kuman

Kebanyakan mata merah disebabkan virus selalunya boleh sembuh dengan sendirinya. Tetapi jika pesakit menghasilkan air mata yang berwarna kekuningan, ia mungkin disebabkan jangkitan bakteria.

Jika pesakit mengalami masalah ini, pesakit perlulah diberikan ubat titis antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.

Laluan air mata tersumbat

Jika masalah ini berlaku pada kanak-kanak tanpa mempunyai simptom yang lain, selalunya ia tidak memerlukan apa-apa rawatan sehinggalah laluan air mata tersebut terbuka sendiri.

Jika sumbatan tersebut disebabkan sesuatu yang baru sebagai contoh ketumbuhan, pesakit perlulah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

Rujukan:

  1. Bernardino RC. (2015). Evaluating epiphora. reviewofophthalmology.com/article/evaluating-epiphora-nothing-to-cry-about
  2. Mayo Clinic Staff. (2018). Watery eyes. mayoclinic.org/symptoms/watery-eyes/basics/causes/sym-20050821
  3. Saleh G, et al. (2014). Tear film osmolarity in epiphora. DOI:
    10.1097/IOP.0b013e31825e6960
  4. Shin JH, et al. (2015). Impact of epiphora on vision-related quality of life. DOI: 10.1186/1471-2415-15-6
  5. Soiberman U, et al. (2012). Punctal stenosis: Definition, diagnosis, and treatment. DOI: 10.2147/OPTH.S31904
Categories: Mata

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *