Skip to content

Kanser Perut: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser perut merupakan salah satu kanser yang kerap berlaku pada manusia. Ia terletak pada tempat ke-empat sebagai kanser yang kerap berlaku di seluruh dunia. Dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai Gastric cancer. Dalam bahasa latin, gastric membawa maksud organ perut.

Sebelum ini kanser perut ini pernah berada di tempat kedua terutamanya di negara yang masih sedang membangun. Tetapi kadar pesakit dengan penyakit ini semakin menurun pada beberapa dekad ini.

Penurunan ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Pengambilan garam yang semakin berkurangan
  • Kegunaan peti sejuk. Penggunaan peti sejuk telah mengurangkan penggunaan bahan yang diawet. Jesteru itu, mengurangkan pendedahan kepada pengawet yang boleh meningkatkan risiko kanser
  • Penggunaan antibiotik telah membantu untuk menghapuskan bakteria yang dikenali sebagai H. pylori. Ia merupakan salah satu bakteria yang menyebabkan penyakit gastrik dan juga kanser perut.
  • Manusia semakin banyak makan sayur


Adalah sukar untuk mengesan kanser perut di peringkat awal kerana kebanyakkannya tidak menunjukkan apa-apa tanda sehinggalah ia merebak ke kawasan lain. Ini menyebabkan kebanyakan pesakit kanser ini mempunyai peratusan sembuh yang sangat rendah kerana selalunya kanser tersebut sudahpun merebak ke tempat lain.

Tanda dan Simptom Kanser Perut

Seperti yang diterangkan di atas, majoriti daripada kanser perut tidak menyebabkan apa-apa simptom terutamanya diperingkat awal. Ia mungkin hanya didapati jika pesakit sedang melakukan pemeriksaan.

Kebanyakan tanda-tanda kanser perut hanya bermula ketika mana kanser tersebut telah mula merebak ke tempat lain. Tanda-tanda tersebut adalah:

simptom kanser perut

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kanser Perut

Terdapat beberapa punca yang dapat dikenalpasti dan boleh menyebabkan masalah ini. Ia adalah:



1. Diet

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh meningkatkan risiko untuk penyakit ini.Makanan tersebut adalah Ikan masin, makanan yang tinggi kandungan garam, daging terproses dan sayur yang dijerukkan. Makanan terproses adalah makanan yang menggunakan beberapa jenis bahan tambahan untuk membuatkan ia tahan lama.

Akan tetapi ia menyebabkan masalah lain iaitu ia boleh menyebabkan kebarangkalian untuk menghadapi kanser perut semakin meningkat. Bahkan ia juga boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kanser usus.

2. Merokok

Perbuatan merokok akan meningkatkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam badan. Malah ia juga boleh merosakkan genetik di dalam sel. Kerosakan genetik ini boleh mencetuskan permulaan kepada sel kanser.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kanser perut, tetapi ia juga boleh menyebabkan kebanyakan kanser berlaku.

3. Jangkitan Helicobacter pylori

Helicobacter pylori boleh menyebabkan keradangan perut yang kronik. Jika keradangan ini berlaku terlalu lama, ia boleh memulkan penghasilan sel kanser di dalam perut.



4. Faktor Genetik

Jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga yang mengalami kanser ini, maka kebarangkalian untuk dirinya menghadapi kanser ini adalah lebih tinggi berbanding orang lain.

Perlu diketahui 10% daripada pesakit kanser perut mempunyai sejarah keluarga dengan kanser ini.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyakit lain yang Berkaitan

Terdapat juga beberapa penyakit lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama. Tetapi pesakit perlulah menjalani pemeriksaan di klinik untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah tersebut.

Beberapa penyakit tersebut adalah:

Ujian Pemeriksaan

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan penyakit tersebut. Jika pesakit disahkan mempunyai kanser perut, terdapat ujian lain yang perlu dilakukan untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke tempat lain atau pun tidak. Ujian-ujian tersebut adalah:

Oesophagogastroduodenoscopy(OGDS)

Dalam prosedur OGDS ini, satu kamera akan dimasukkan daripada mulut. Kamera tersebut akan melalui laluan esofagus sebelum memasuki perut.



Di dalam perut, permukaan dindingnya akan diperiksa bagi melihat sebarang perkara yang tidak normal ataupun ketumbuhan. Jika terdapat ketumbuhan, sedikit sampel akan diambil daripada kawasan tersebut untuk diperiksa di makmal.

Pemeriksaan di makmal pula adalah penting untuk melihat sama ada terdapat sel kanser ataupun tidak daripada sampel perut yang diambil.

Full blood count

Dalam ujian ini, semua bilangan darah akan dapat diketahui. Ini penting kerana mereka yang menghadapi kanser perut selalunya kekurangan sel darah merah. Ini disebabkan berlakunya pendarahan yang kronik daripada kawasan kanser tersebut.

CT scan ataupun MRI

Ujian pengimejan ini selalunya digunakan untuk melihat sama ada penyakit tersebut sudah merebak ke tempat lain ataupun tidak

Rawatan Kanser Perut

Bagi tahapan awal kanser perut, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang kanser tersebut. Jika kanser tersebut tidak terlalu besar, hanya sebahagian daripada perut sahaja akan dibuang. Sebahagian lagi akan ditinggalkan supaya struktur tersebut boleh melakukan fungsi perut.

Selepas itu, pesakit akan menjalani kemoterapi dan juga radioterapi untuk membunuh sel kanser yang mungkin masih tinggal di dalam badan.



Jika kanser tersebut telah pun merebak ke tempat lain iaitu bermaksud ia berada pada tahap terakhir, maka hanya rawatan paliatif yang boleh diberikan kepada pesakit. Iaitu rawatan untuk mengurangkan simptom yang dihadapi oleh pesakit.

Pencegahan

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko bagi menghadapi kanser ini. Perkara tersebut adalah:

  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam
  • Kurangkan pengambilan makanan yang terproses kerana bahan tambahan di dalam makanan tersebut selalunya boleh meningkatkan risiko kanser
  • Mengekalkan berat badan pada tahap yang sihat
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol
  • Kerap bersenam
  • Dapatkan rawatan doktor jika anda selalu menghadapi masalah gastrik

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Surveillance, Epidemiology, and End Results Program. SEER Stat Fact Sheets: Stomach Cancer. National Cancer Institute.
  2. Avital I, Stojadinovic A, Pisters PWT, Kelsen DP, Willett CG. Cancer of the Stomach. DeVita VT, Lawrence TS, Rosenberg SA. DeVita, Hellman, and Rosenberg’s Cancer: Principles and Practice of Oncology. 10th ed. Philadelphia, PA: Wolters Kluwer; 2015. 613-42.
  3. National Comprehensive Cancer Network. NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology: Gastric Cancer. Version 3.2016.
  4. Mayo Clinic Staff. (2017). Stomach cancer: Diagnosis.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 5 =