Skip to content

Muntah Darah: Punca dan Rawatan

Muntah darah dalam istilah perubatan dikenali sebagai hematemesis. Ia disebabkan pengeluaran kandungan isi dalam perut yang telah bercampur dengan darah. Darah tersebut boleh berpunca pendarahan daripada dalam perut, esosfagus ataupun daripada hidung.

Muntah darah boleh menjadi suatu yang menakutkan. Akan tetapi ada sesetengah perkara dimana ia disebabkan perkara yang tidak berbahaya. Sebagai contoh ia disebabkan menelan darah yang keluar daripada hidung yang sedang berdarah ataupun penderahan daripada mulut

Tetapi ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius seperti trauma yang menyebabkan kecederaan organ dalaman dan pendarahan daripada perut.



Muntah mempunyai beberapa jenis warna dan ia menggambarkan samada ia disebabkan perkara yang berbahaya ataupun tidak. Warna-warna tersebut adalah:

  • Warna hitam seperti kopi: Selalunya disebabkan pendarahan yang lama dan tidak terlalu laju
  • Warna merah terang: Selalunya disebabkan pendarahan yang teruk dan pesakit boleh kehilangan darah dengan cepatnya dan boleh mengancam nyawa pesakit pada ketika itu

Punca Muntah Darah

Terdapat banyak punca yang menyebabkan muntah darah berlaku.

Punca muntah darah yang tidak berbahaya

  • Pendarahan dari hidung
  • Muntah yang kerap hingga menyebabkan luka pada bahagian esofagus
  • Iritasi pada esofagus disebabkan masalah gastrik
  • Pendarahan daripada mulut disebabkan trauma ataupun gigi berdarah

Punca muntah darah yang selalu berlaku adalah:

Punca serius yang menyebabkan muntah darah:

  • Kegagalan hati
  • Kanser esofagus
  • Kanser pankreas
  • Kanser perut


ARTIKEL BERKAITAN: MASALAH GASTRIK

Simptom dan tanda tanda yang berlaku jika anda mengalami muntah darah

Terdapat beberapa simptom dan tanda yang akan anda hadapi jika anda mengalami muntah darah iaitu:

  • Rasa loya
  • Sakit perut
  • Rasa tidak selesa pada perut

Dan jika pendarahan tersebut teruk, ia juga akan menyebabkan kekurangan darah merah di dalam badan yang menyebabkan simptom yang lain pula iaitu:

  • Pening kepala
  • Mata jadi kabur
  • Berdebar-debar
  • Sesak nafas
  • Kulit menjadi sejuk
  • Muka pucat
  • Pengesan

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyiasatan

Untuk mengesan punca muntah darah, beberapa penyiasatan perlu dilakukan. Jika masalah ini berpunca daripada perkara yang tidak serius, selalunya doktor akan memerhatikan terlebih dahulu dan melihat samada simptom tersebut berterusan ataupun tidak. Jika ia masih berterusan barulah penyiasatan akan dijalankan. Itupun bergantung kepada penilaian seorang doktor

1) Fungsi hati

Pengambilan darah untuk menguji fungsi hati diperlukan. Ini kerana terdapat satu penyakit yang dinamakan ‘Esophageal varices‘ dimana saluran darah dibahagian hujung esofagus menjadi kembang dan bengkak. Ini berlaku disebabkan hati menjadi rosak

Apabila ia salur darah tersebut terlalu besar, ia boleh pecah dan memancutkan darah dengan banyaknya.



2) Prosedur Eosophagogastroduodenoscopy

Dalam prosedur ini, kamera akan dimasukkan ke dalam kawasan perut untuk melihat keadaan dinding kawasan perut dan juga esofagus. Jika ia sedang berderah beberapa ubat ataupun prosedur dapat dilakukan ketika itu juga untuk memberhentikan pendarahan tersebut.

Rawatan Muntah Darah

Rawatan muntah darah adalah bergantung kepada puncanya. Akan tetapi rawatan pertama yang perlu diberikan pada mereka adalah dengan

1) Memasukkan Jarum dan membekalkan air terus ke dalam salur darah

Perkara ini adalah penting untuk menggantikan isipadu darah yang telah dimuntahkan keluar daripada badan. Ini boleh mengelakkan pesakit tersebut daripada pengsan disebabkan tekanan darah yang rendah

2) Memasukkan darah daripada Jarum yang dimasukkan ke dalam badan

Jika muntah darah terlalu teruk, ia akan menyebabkan darah di dalam badan menjadi semakin kurang. Keadaan ini dinamakan sebagai anemia dan pesakit akan mempunyai pelbagai simptom disebabkan perkara ini.

Jika darah yang keluar tidak digantikan, ia menyebabkan pesakit mati. Oleh disebabkan itu, jika bacaan haemoglobin di dalam darah terlalu rendah, pesakit perlu menerima transfusi darah



3) Prosedur Oesophagastroduodenoscopy

Dalam prosedur ini, keadaan dinding esofagus dan perut akan dilihat. Jika pendarahan sedang berlaku, terdapat beberapa bahan akan diberikan terus ke kawasan tersebut untuk memberhentikan pendarahan.

Setelah pendarahan berhenti, barulah rawatan yang lebih spesifik kepada punca muntah darah tersebut dilakukan.

Sebagai contoh:

  • Masalah gastrik disebabkan jangkitan bakteria H pylori: Rawat guna antibiotik dan ubat untuk mengurangkan keasidan perut
  • Masalah gastrik disebabkan ubat tahan sakit: Berhentikan ubat tahan sakit tersebut ataupun gantikan ia dengan ubat tahan sakit yang tidak menyebabkan masalah gastrik. Pesakit juga perlu mengambil ubat untuk mengurangkan keasidan perut
  • Kanser esofagus, perut ataupun pankreas: Pembedahan perlu dibuat untuk membuang kanser tersebut.
  • Esophageal varices: Menggunakan getah untuk mengikat salur darah yang bengkak di esofagus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2014, September 3).Vomiting Blood
  2. Upper gastrointestinal bleeding. (n.d.) Summit Medical Group
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − 1 =