Skip to content

Kanser Ovari: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser ovari merupakan salah satu kanser dalam kategori sakit puan yang selalunya menyebabkan kematian kepada pesakit tersebut.

Pada awal tahapan kanser ovari, ia tidak menghasilkan simptom yang spesifik menyebabkan pesakit tidak berjumpa dengan doktor ataupun doktor tidak dapat kesan masalah tersebut. Ini menyebabkan pesakit selalunya dikesan mempunyai masalah tersebut ketika mana kanser sudah pun merebak ke tempat lain.

Pada ketika itu, rawatan untuk kanser tersebut menjadi sukar dan selalunya berakhir dengan kematian.



Ovari merupakan salah satu organ pembiakan bagi perempuan yang berfungsi untuk menghasilkan hormon serta telur(Ovum/Oocyte skunder)

Bagaimana Kanser ovari berlaku?

Bukti terbaharu menunjukkan bahawa kebanyakan kanser ini sebenarnya berasal daripada fimbria pada tiub fallopio.

Kanser ovari selalunya akan merebak pada permukaan di dalam bahagian abdomen dan juga pada omentum. Cara dia merebak boleh berlaku melalui darah, melalui saluran limfa, merebak disekitar ovari tersebut dan juga boleh masuk terus ke permukaan dalam abdomen.

Ia masih tidak diketahui apakah penyebab sebenar kanser ovari. Secara amnya, kanser bermula apabila terdapatnya mutasi pada bahan genetik di dalam sel. Ini menyebabkan sel tersebut membahagi dan membesar dengan lebih cepat menghasilkan ketulan kanser. Sel tersebut boleh merebak ke kawasan sekeliling dan juga pergi tempat lain yang akan menyebabkan rawatan kepada kanser tersebut menjadi semakin sukar

Punca dan Faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan anda berisiko untuk mengalami kanser ini. Ianya adalah:

  • Umur yang meningkat. Kanser ovari selalunya berlaku pada wanita yang berusia 50 hingga 60 tahun
  • Keturunan. Sebahagian kecil kanser ini berlaku disebabkan mutasi pada genetik yang diturunkan oleh ibubapa sendiri. Gene yang meningkatkan risiko untuk terkena kanser ini dipanggil sebagai ‘Breast Cancer Gene 1‘(BRCA1) dan juga ‘Breast Cancer Gene 2‘(BRCA2)
  • Tidak pernah mengandung. Mereka yang pernah beberapa kali mengandung merupakan salah satu faktor pelindung daripada terkena kanser ini
  • Sejarah keluarga yang mempunyai kanser ovari
  • Penggunaan ubat hormon estrogen untuk mengelakkan masalah menopause
  • Mengalami haid di awal usia ataupun berhenti haid di usia yang lewat daripada biasa

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenis-jenis kanser ovari



Jenis sel kanser akan menentukan jenis kanser ovari manakah yang seseorang pesakit itu ada. Beberapa jenis kanser ovari adalah:

  • Epithelial Tumor: 90% kanser ovari adalah jenis epithelial tumor. Ia dikatakan berasal daripada lapisan dinding pada kawasan fimbria. Ia membahagi disitu kemudian melekat pada kawasan ovari
  • Stromal tumor: Ia bermula pada tisu ovari yang berfungsi untuk menghasilkan hormon. Kanser jenis ini selalunya dikesan pada tahapan awal berbanding kanser yang lain. Ia merangkumi 7% bilangan kes kanser ovari.
  • Germ cell Tumor: Ia bermula pada sel yang berfungsi menghasilkan ovum. Kanser jenis ini adalah sangat jarang berlaku dan selalunya ia berlaku pada wanita di awal usia.

Simptom dan tanda-tanda kanser ovari

Terdapat beberapa tanda yang menunjukan seseorang itu mengalami kanser ovari. Ianya adalah:

  • Bahagian abdomen pesakit yang semakin membesar
  • Cepat rasa kenyang walaupun baru makan sedikit
  • Kurang berat badan walaupun perut semakin besar
  • Rasa tidak selesa pada bahagian bawah abdomen
  • Perubahan pada kekerapan buang air seperti selalu sembelit ataupun selalu cirit-birit
  • Disebabkan perut yang besar itu, pesakit akan kerap membuang air kecil
  • Asyik letih selalu
  • Haid tidak teratur

Jika abdomen sudah terlalu besar disebabkan wujudnya air di dalam abdomen tersebut, selalunya kanser ovari tersebut sudah pun merebak pada bahagian dinding abdomen.

Oleh itu, jika anda mempunyai simptom-simptom seperti ini, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor.

Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah:

Penyiasatan

Terdapat beberapa ujian dan prosedur yang boleh dilakukan untuk mengesan masalah kanser tersebut. Ianya adalah

  • Pemeriksaan pelvis: Dalam pemeriksaan ini doktor akan memasukkan tangan ke dalam vagina untuk menolak organ pembiakan seperti ovari dan rahim ke atas. Prosedur ini diperlukan supaya perawat kesihatan dapat memeriksa pada bahagian rahim mahupun ovari. Jika abdomen pesakit sudah terlalu besar, pemeriksaan ini tidak lagi relevan kerana ianya sukar untuk merasakan struktur pembiakan tersebut
  • Pengimejan: Penggunaan pengimbas ultrasound boleh memberi gambaran terhadap saiz, bentuk dan keadaan ovari. Sudah tentu kanser ovari akan menunjukkan saiznya yang besar. Selain daripada itu, ultrasound juga boleh melihat kehadiran cecair di dalam abdomen. Manakala, penggunaan CT-scan ataupun MRI adalah untuk mengesan sama ada kanser tersebut sudah merebak ke tempat lain ataupun tidak
  • Ujian darah: Ujian darah yang selalu dibuat adalah penanda tumor(Tumor marker) jenis Cancer Antigen 125(CA-125). Bacaan CA-125 selalunya tinggi bagi pesakit yang mengalami kanser ovari

Rawatan Kanser Ovari

Rawatan kanser ini merupakan kombinasi prosedur pembedahan dan juga penggunaan kemoterapi.



Pembedahan

Pembedahan akan melibatkan pembedahan untuk buang kanser tersebut. Ianya adalah:

  • Buang satu ovari sahaja. Selalunya dilakukan jika pesakit masih muda dan tahapan kanser masih awal lagi. Ini akan mengelakkan pesakit daripada mengalami menopause di awal usia
  • Buang kedua-dua belah ovari: Jika kanser tersebut adalah pada kedua-dua belah ovari ataupun pesakit sudah pun mengalami menopause, adalah lebih bagus untuk membuang kedua-dua belah ovari termasuk rahim sekali. Ini kerana organ-organ tersebut masih mempunyai risiko untuk mengalami kanser.

Kemoterapi

Dalam rawatan ini, ubat kemoterapi akan digunakan untuk membunuh sel kanser yang masih ada setelah pembedahan untuk membuang kasner dilakukan.

Rawatan Paliatif

Jika tahapan kanser adalah tinggi dan ia tidak lagi boleh disembuhkan dengan menggunakan pembedahan mahupun rawatan kemoterapi, rawatan paliatif akan diberikan pada pesakit.

Dalam rawatan ini, ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit supaya pesakit tidak mengalami simptom kanser yang teruk.

Masalah Kanser yang lain



Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Ryerson AB, Eheman C, Burton J, McCall N, Blackman D, Subramanian S, et al. Symptoms, diagnoses, and time to key diagnostic procedures among older U.S. women with ovarian cancer. Obstet Gynecol. 2007 May. 109(5):1053-61.
  2. Fleischer A. Ovarian cancer. Fleischer AC, Javitt MC, Jeffrey RB Jr, et al. Clinical Gynecologic Imaging. Philadelphia, Pa: Lippincott Williams & Wilkins; 1996. 107.
  3. Yazbek J, Raju SK, Ben-Nagi J, Holland TK, Hillaby K, Jurkovic D. Effect of quality of gynaecological ultrasonography on management of patients with suspected ovarian cancer: a randomised controlled trial. Lancet Oncol. 2008 Feb. 9(2):124-31.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − 5 =