Skip to content

Kanser Hati: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser hati merupakan salah satu kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal kerana selalunya ia tidak mempunyai simptom. Apabila kanser tersebut menjadi besar ataupun merebak ke organ lain, barulah kanser ini menghasilkan simptom.

Hati merupakan salah satu organ yang berfungsi untuk menguraikan toksin di dalam badan. Hati juga boleh menghasilkan pelbagai jenis protein yang mempunyai pelbagai fungsi.

Punca

Kebanyakan dari pengkaji tidak mengetahui bagaimana kanser hati ini berlaku. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor atau punca yang meningkatkan kebarangkalian masalah ini berlaku. Faktor risiko tersebut adalah:



1. Umur

Mereka yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding orang lain

2. Jangkitan Hepatitis

Jangkitan virus yang menyebabkan hepatitis boleh merosakkan sel hati. Ketika jangkitan ini berlaku secara kronik, ia boleh menyebabkan sel hati yang rosak ini bertukar menjadi sel kanser

3. Minum alkohol



Pengambilan alkohol yang banyak boleh menyebabkan sel hati mati. Jika pengambilan alkohol ini berlaku dengan masa yang lama, majoriti daripada sel hati akan mati dan menyebabkan hati mempunyai parut.

Hati yang mempunyai banyak parut ini dikenali sebagai Cirrhosis dan iamempunyai risiko yang tinggi untuk bertukar menjadi kanser

4. Kencing manis dan obes

Mereka yang kencing manis dan obes sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian hati. Ini menyebabkan risiko kanser hati pada golongan ini adalah lebih tinggi berbanding orang lain.

Simptom dan Tanda kanser hati

Kebanyakan daripada pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom pada tahapan awal sehinggalah ia merebak ke kawasan yang lain. Beberapa simptom yang akan berlaku adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenis Kanser Hati

Terdapat beberapa jenis kanser hati bergantung kepada jenis sel dan juga lokasi kanser tersebut

1. Hepatocellular carcinoma



Kanser ini juga dikenali sebagai hepatoma dan kanser ini merupakan kanser yang selalu berlaku dalam organ hati iaitu melibatkan 75%.

Ia melibatkan sel hepatocyte iaitu salah satu sel yang dominan di dalam hati.

Kanser ini selalunya berlaku dalam pesakit yang mengalami kecederaan hati yang teruk seperti dalam pesakit yang mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak ataupun mempunyai penyakit hepatitis.

2. Cholangiocarcinoma

Kanser jenis ini melibatkan saluran hempedu di dalam bahagian hati. Ia melibatkan 10-20% jenis kanser ini.

3. Liver Angiosarcoma

Kanser ini sangat jarang berlaku dan ia melibatkan saluran darah di dalam bahagian hati. Kanser ini sangat mudah merebak dan membesar

4. Hepatoblastoma



Kanser ini adalah kanser yang paling jarang berlaku berbanding jenis kanser yang lain.

Ia selalunya berlaku pada kanak-kanak terutamanya mereka yang berusia kurang 3 tahun.

Kanser jenis ini sangat mudah dirawat. Jika ia dirawat pada tahapan awal, kadar untuk dia sembuh sepenuhnya adalah pada 90%.

Ujian pengesahan

Ujian yang paling tepat untuk mengesahkan penyakit ini adalah dengan melakukan biopsi

1. Biopsi hati

Prosedur ini melibatkan pengambilan sampel daripada kawasan yang disyaki mempunyai kanser tersebut.

2. Ujian yang lain

Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk melihat fungsi hati:



  • Liver function test
  • Alpha-fetoprotein(AFP): Kuantiti AFP yang tinggi boleh menjadi salah satu tanda kanser ini.
  • CT-scan: Pengimbas CT-scan boleh digunakan untuk melihat ketumbuhan di dalam hati

Rawatan

Rawatan kepada penyakit ini bergantung kepada:

  • Saiz dan lokasi kanser tersebut
  • Fungsi hati
  • Sama ada kanser tersebut sudah merebak ke organ lain ataupun tidak.

1. Hepatectomy

Rawatan ini melibatkan pembuangan sebahagian atau kesemua organ hati. Pembedahan ini selalunya dibuat apabila kanser ini hanya melibatkan bahagian hati sahaja,

2. Pemindahan hati

Liver transplant atau pemindahan hati hanya akan dibuat ketika hati secara keseluruhan perlu dibuang daripada pesakit.

3. Kemoterapi

Kemoterapi adalah rawatan agresif yang digunakan untuk membunuh sel kanser. Ia melibatkan penggunaan ubat yang disuntik ke dalam saluran darah.

4. Terapi radiasi



Dalam terapi ini ia melibatkan penggunaan gelombang radiasi yang digunakan untuk membunuh sel kanser.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Liver cancer overview. (2016, January 15) – Cancer.org
  2. Liver cancer types. (n.d.). cancercenter.com
  3. Mayo Clinic Staff. (2013, July 24). Liver cancer.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − 3 =