Skip to content

Tombong: Punca, Simptom dan Rawatan

Tombong dalam istilah perubatan dipanggil sebagai uterine prolapse. Ia merupakan salah satu masalah sakit puan dimana rahim pesakit telah turun dari tempatnya dan masuk ke dalam vagina.

Ia disebabkan otot dan ligament lantai pelvik yang semakin lemah dan tidak mampu menampung rahim menyebabkan ia terkeluar daripada bahagian pelvis dan masuk ke dalam vagina.

Simptom Tombong

Tombong yang tidak begitu teruk, tidak akan menghasilkan sebarang simptom. Tetapi jika rahim itu keluar dengan banyak, maka akan terdapat beberapa simptom seperti:

  • Pendarahan dari vagina
  • Masalah ketika seks
  • Rahim yang terkeluar dari vagina
  • Sembelit
  • Kencing tidak lawas
  • Cecair yang banyak dari vagina
  • Seolah-olah duduk di atas bola
  • Terasa sesuatu yang berat pada kawasan pelvis


Pesakit boleh mengalami sembelit disebabkan rahim telah menekan bahagian rektum yang terletak di belakang saluran vagina. Ini menyebabkan pesakit susah untuk membuang air besar.

Ia juga menyebabkan kencing tidak lawas kerana ia menekan bahagian pundi kencing yang terletak dibahagian hadapan vagina.

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Tombong

Seperti yang dikatakan sebelum ini, masalah ini berlaku disebabkan lantai pelvik yang lemah. Oleh itu, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan lantai pelvik ini menjadi lemah. Ia adalah:

  • Trauma ketika melahirkan anak yang besar
  • Umur yang semakin meningkat
  • Sentiasa mengangkat benda berat
  • Batuk yang berpanjangan
  • Sembelit yang kronik

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian pengesahan

Pemeriksaan fizikal dengan menggunakan spekulum boleh mengesahkan penyakit ini. Spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina untuk melihat kawasan tersebut.



Pemeriksaan tombong ini juga akan dibuat oleh doktor dengan memasukkan jari ke dalam vagina.

Selain dari itu, pengimbas ultrasound juga boleh digunakan untuk mengenalpasti lokasi rahim tersebut.

Rawatan

Tombong yang tidak terlalu teruk selalunya tidak memerlukan rawatan dan tidak menghasilkan sebarang simptom. Jika ia sampai mengganggu kehidupan, maka pesakit memerlukan rawatan.

1. Pesari vagina

Vaginal pessary merupakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj bagi menyokong rahim supaya sentiasa berada dalam lokasi yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun, terdapat pesakit yang mengalami kesan sampingan daripada penggunaan alat ini iaitu ia boleh menyebabkan keradangan dan ulser pada kawasan pesari tersebut.

Bahkan ia juga boleh menyebabkan masalah seks pada pesakit dan pasangannya

2. Pembedahan



Pembedahan ini boleh dilakukan melalui faraj ataupun melalui pembelahan bahagian abdomen. Pembedahan ini bertujuan untuk mengekalkan kedudukan rahim di dalam kawasan pelvis.

Jika pesakit sudah berumur bahkan mempunyai risiko kanser rahim, maka pembedahan untuk membuang rahim(hysterectomy) adalah lebih digalakkan.

Cara dan langkah untuk mengelakkan tombong

Disini terdapat beberapa strategi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

  • Sentiasa mengamalkan senaman Kegel(Kegel exercise)
  • Merawat masalah sembelit
  • Mengelakkan sentiasa mengangkat benda berat
  • Merawat batuk yang berpanjangan
  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Terapi gantian hormone apabila menopause

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Uterine prolapse. (2017, August 2) – Mayoclinic
  2. 2011 Women’s Health Stats and Facts. (n.d.) – ACOG
  3. Maher C, et al. (2013). Surgical management of pelvic organ prolapse in women [Abstract]. DOI: 10.1002/14651858.CD004014.pub5
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four − four =