Skip to content

Batuk berpanjangan: Punca dan Rawatan

Batuk berpanjangan mempunyai pelbagai punca dan perkara ini akan mengganggu urusan kerja kita dan juga urusan di rumah. Sebagai contoh jika anda pergi ke mesyuarat dan anda terpaksa batuk ketika mesyuarat, sudah tentu perkara tersebut akan mengganggu perjalanan mesyuarat tersebut

Walaupun batuk tersebut tidak mendatangkan kesan seperti sesak nafas, ia masih mengganggu urusan harian seseorang jika dia batuk teruk dan batuknya berterusan lebih daripada 2 minggu.

Batuk yang kronik didefinisikan sebagai batuk yang melebihi 8 minggu bagi orang dewasa dan lebih daripada 4 minggu bagi kanak-kanak. Tetapi bagi pesakit yang telah batuk lebih daripada 2 minggu, pesakit diminta untuk datang ke klinik bagi tujuan pemeriksaan untuk mengetahui punca kepada batuk yang lama tersebut.

batuk berpanjangan

Punca Batuk Berpanjangan

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah batuk yang lama.

1. Penyakit tibi

Selain daripada batuk yang lama pesakit Tibi juga akan mempunyai simptom yang lain seperti berat badan yang turun mendadak, berpeluh pada waktu malam dan batuk berdarah.

Penyakit tibi adalah disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis dan selalunya akan menyerang mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV dan juga kencing manis.

2. Asma

Asma adalah salah satu penyakit yang berkaitan dengan alahan. Pesakit selalunya akan batuk pada waktu malam atau awal pagi kerana cuaca yang sejuk akan menyebabkan asma tersebut menyerang pesakit.

Selain daripada itu, pesakit juga akan mengeluarkan bunyi(Wheezing) ketika menghebuskan nafas jika asma tersebut teruk. Mereka yang tidak mempunyai kawalan asma yang baguk boleh menyebabkan diri mereka mengalami batuk yang berpanjangan.

3. Gastro-esophageal reflux disease(GERD)

Gastro-esophageal reflux disease(Asid refluks) berlaku apabila asid di dalam perut refluks naik ke bahagian tekak dan menyebabkan tekak mengalami keradangan. Ini adalah disebabkan otot sfinkter yang berfungsi sebagai pintu pagar sebelum masuk ke dalam perut menjadi lemah. Oleh itu, ia membenarkan asid naik semula ke dalam esofagus.

Keadaan GERD yang tidak dirawat menyebabkan keradangan tersebut berterusan dan tekak yang radang lebih mudah menyebabkan batuk. Pesakit selalunya akan batuk ketika waktu baring pada waktu malam kerana pada ketika itu asid akan lebih mudah bergerak ke bahagian tekak mengikut graviti.

4. Resdung(allergic rhinitis)

Resdung boleh menyebabkan penghasilan hingus yang berterusan dan mengalir ke belakang tekak. Ini boleh menyebabkan kerengsaan dibahagian tekak dan pesakit akan batuk disebabkan perkara tersebut.

5. Ubat tekanan darah tinggi

Terdapat ubat tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan batu yang lama. Selalunya pesakit akan mengadu batuk yang tidak berkahak dan batuk tersebut bukan disebabkan jangkitan kuman. Jenis ubat darah tinggi yang selalu menyebabkan batuk adalah jenis Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor(ACEI).

6. Kanser paru-paru

Pesakit yang mengalami kanser paru-paru selalunya akan mempunyai simptom yang lain seperti kurang makan, penurunan berat badan yang mendadak, batuk berdarah, asyik rasa letih, sesak nafasa dan pelbagai lagi.

7. Jangkitan virus biasa

Terkadang ada juga terdapat jangkitan virus biasa yang menyebabkan batuk yang lama. Ada yang batuk hingga 4 – 8 minggu disebabkan virus ini dan selalunya batuk tersebut akan baik dengan sendiri.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?



Jika anda mengalami batuk yang lebih daripada 2 minggu, anda perlu berjumpa dengan doktor bagi memastikan punca batuk tersebut. Tetapi jika anda mengalami simptom-simptom ini sebelum sampai 2 minggu, anda perlu terus berjumpa dengan doktor. Simptom tersebut adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Apakah siasatan yang akan dilakukan?

Terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk mengetahui punca kepada masalah batuk lama bagi seseorang. Ia adalah:

1. X-ray dada

Apabila seseorang itu mengalami batuk selama 2 minggu, pesakit selalunya akan diminta membuat x-ray terlebih dahulu untuk melihat keadaan paru-paru pesakit. Dengan melakukan x-ray, kita dapat mengetahui sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru ataupun tidak. Ia juga boleh mengenalpasti terdapat ketumbuhan pada bahagian paru-paru

2. Ujian kahak

Ujian kahak selalunya dilakukan untuk mengesan kuman tibi dan juga mengesan bakteria yang lain.

3. Ujian darah (full blood count)



Dalam ujian ini, kita boleh melihat sel darah putih. Jika ia tinggi, mungkin batuk tersebut disebabkan jangkitan bakteria dan ubat antibiotik boleh diberikan kepada pesakit.

Cara hilangkan batuk

Rawatan

Rawatan untuk masalah ini adalah bergantung kepada punca masalah batuk tersebut. Oleh itu, doktor perlu terlebih dahulu menentukan punca kepada masalah tersebut melalui ujian dan juga sejarah yang diambil daripada pesakit. Disini kami hanya menyatakan rawatan secara ringkas untuk penyakit tersebut.

1. Penyakit tibi

Bagi pesakit ini, mereka memerlukan kombinasi ubat untuk membunuh kuman tibi di dalam paru-paru dan pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan setiap hari

2. Asma

Jika doktor mengesyaki pesakit mengalami asma, pesakit perlulah mengambil ubat sedut(inhaler) jenis pencegah(preventer). Ubat inhaler jenis pencegah ini selalunya mengandungi steroid.

Jangan risau, ubat ini tidak mendatangkan kesan sampingan kerana kuantitinya sangat kecil dan bertindak pada saluran paru-paru sahaja. Ia akan menormalkan balik ketebalan saluran paru-paru yang tebal disebabkan asma dan menyebabkan serangan asma dan batuk berkurangan

3. Gastro-esophageal reflux disease(GERD)

GERD ini selalunya berpunca daripada berat badan yang berlebihan. Oleh itu, pesakit perlu cuba untuk menurunkan berat badan.

Pesakit juga perlu mengambil makanan dalam jangka waktu yang kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Ubat yang selalu digunakan untuk merawat masalah GERD ini selalunya sama seperti ubat gastrik

4. Resdung

Pesakit selalunya akan diberi ubat antihistamine iaitu loratadine untuk mengelakkan dan merawat pesakit daripada mengalami resdung.

Jika simptom masih lagi teruk, selalunya pesakit akan diberi ubat sembur di dalam hidung untuk mengurangkan simptom resdung tersebut

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kesimpulan

Jika anda mengalami batuk melebih 2 minggu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit Pinggang Sebelah KananSakit Perut Berpanjangan
Sakit Kepala BerdenyutBatuk Berpanjangan
Sakit DadaSakit Bahu
Kuat BerpeluhKetiak Berbau
Muntah Hijau dan KuningSakit Kepala Berpanjangan
Selesema BerpanjanganRasa Tercekik
TercekikBernafas Laju
Buku Lali Bengkak

Artikel Berkaitan

  1. GERD juga boleh menjadi Punca Batuk Berpanjangan
  2. Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Paru-paru
Advertisements

2 thoughts on “Batuk berpanjangan: Punca dan Rawatan”

  1. Hello,Dr, anak saya batuk sudah lama,.1bulan lebih,saya ada pergi xray ,,ada jangkitan kuman tapi sedikit sahaja,lps makan antibotik batuk tk lega lagi,.tapi makin kurang lah,.dr kerajaan cakap mybe dia batuk sebabkan allergic sinus,sbb ciri2 tu semua ada,,soalan saya,berapa lama kah batuk ank saya akn sembuh kalau batuk disebabkan allergic sinus,,dr kerjaan sudah bagi ubat ,,

    1. Kalau ada allergic rhinitis(resdung), batuk memang akan berpanjangan. Jika masih ada lagi allergic rhinitis ini, boleh minta doktor rujukkan ke pakar ENT untuk rawatan yang lebih lanjut. Ada ubat jenis spray hidung yang boleh membantu untuk masalah ini. Tapi lebih baik dapat rujukan terlebih dahulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 13 =