Skip to content

Bayi Songsang: Punca, Tanda dan Rawatan

Bayi Songsang berlaku apabila posisi bayi dalam kandungan adalah tidak normal iaitu terbalik dimana kepala di atas dan bahagian kaki di bawah.

Ini menyebabkan risiko kelahiran berbahaya menjadi tinggi disebabkan posisi tersebut boleh menyebabkan kepala bayi tersekat di bahagian pelvis.

Sebanyak 3-4% ibu hamil mengalami masalah ini.

Punca Bayi Songsang




Terdapat berapa punca dan faktor risiko yang boleh menyebabkan kehamilan songsang berlaku. Ia adalah:

Air ketuban kurang menyebabkan bayi tidak mudah bergerak dan tidak boleh membetulkan kedudukannya kepada kedudukan yang normal


Air ketuban banyak pula menyebabkan bayi terlalu mudah bergerak menyebabkan kedudukan bayi berubah-ubah


Ujian pengesahan bayi songsang


Bayi tidak dikira sebagai kelahiran songsang jika kandungan tersebut tidak mencapai 36 minggu.

Dalam kehamilan yang normal, bayi selalunya akan berpusing pada keadaan kepala dibawah sebelum mencapai 36 minggu bagi persediaan kelahiran.

Selepas daripada itu, bayi akan mengalami kesukaran untuk berpusing kerana ruang rahim telah semakin sempit.

Pengimbas ultrasound digunakan untuk mengetahui lokasi kepala bayi bagi mengesahkan sama ada kandungan tersebut songsang ataupun tidak


Komplikasi

Kepala bayi tersekat

Secara am-nya, kandungan tersebut tidak berbahaya sehinggalah waktu bersalin. Bayi yang sonsang mempunyai risiko yang tinggi untuk kepala bayi tersekat pada saluran peranakan.

Ini menyebabkan kandungan oksigen pada bayi pun berkurangan kerana bayi tidak boleh bernafas dan bekalan oksigen dari tali pusat juga akan berkurangan.

Oleh sebab itu, jika seseorang itu baru pertama kali melahirkan anak ataupun pernah mempunyai sejarah pembedahan caesarean, selalunya tidak digalakkan melahirkan anak secara normal jika mengalami masalah bayi songsang.



Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan untuk memusing bayi




Jika anda mengalami masalah ini, terdapat satu cara untuk membuatkan posisi bayi tersebut menjadi normal semula iaitu dengan melakukan prosedur External Cephalic Version(ECV)

External Cephalic Version(ECV)

ECV adalah satu prosedur dimana doktor akan memusingkan kedudukan bayi daripada luar menggunakan tangan.

Prosedur ini akan disyorkan ketika bayi berusia 36-38 minggu ke atas. Selalunya ia akan dilakukan di hospital dan keadaan bayi dan ibu akan dipantau dengan rapi.

Prosedur ini mempunyai kebarangkalian sebanyak 50% untuk berjaya. Jika prosedur tersebut berjaya dan keadaan bayi normal, maka pesakit akan dibenarkan meneruskan kehamilannya sehinggalah pesakit bersalin.


Penggunaan Essential Oil

Terdapat ibu-ibu yang percaya penggunaan minyak ini mampu untuk menyebabkan anak mereka berubah kedudukan.

Setakat ini tiada lagi bukti yang menunjukkan penggunaan minyak ini mampu menyebabkan bayi songsang ini berubah kedudukan.

Malah terdapat kajian yang mengatakan essential oil ini mungkin tidak selamat ketika digunakan waktu hamil.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Berhan, Y., & Haileamlak, A. (2016, January). The risks of planned vaginal breech delivery versus planned caesarean section for term breech birth: a meta-analysis including observational studies. The British Journal of Obstetrics and Gynecology, 123(1), 49–57.
  2. FAQ079: If your baby is breech. (2015, April). acog.org/Patients/FAQs/If-Your-Baby-Is-Breech
  3. Hannah, M. E., Hannah, W. J., Hewson, S. A., Hodnett, E. D., Saigol, S., & Willan, A. R. (2000, October). Planned caesarean section versus planned vaginal birth for breech presentation at term: a randomised multicentre trial. The Lancet, 356(9239), 1375-1383.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × five =