Skip to content

Air Ketuban Kurang: Punca, Rawatan dan Komplikasi

Ketika hamil, rahim dipenuhi dengan air ketuban dimana didalamnya terdapat bayi. Air ketuban kurang dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Oligohydroamnios. Air ketuban juga dipanggil sebagai cecair amoniotik dalam istilah perubatan. Kehadiran air ketuban yang mencukupi adalah penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Masalah air ketuban kurang boleh menyebabkan keadaan bayi menjadi lebih buruk kerana ia akan menganggu perkembangan beberapa jenis organ

Bayi yang mengalami masalah kekurangan air ketuban ini boleh menyebabkan komplikasi yang lain yang dikenali sebagai Sindrom Potter. Dalam keadaan ini, pesakit akan mempunyai masalah kaki yang kenali sebagai ‘club foot‘ dan juga masalah paru-paru yang tidak matang sepenuhnya.

Club foot‘ adalah keadaan dimana kaki bayi tersebut berada dalam posisi bengkok ke bahagian dalam. Keadaan kaki tersebut seolah-olah seperti kayu golf(golf club). Sebab itulah keadan kaki seperti ini dipanggil sebagai club foot ataupun dalam istilah perubatan ia dipanggil sebagai congenital talipes equinovarus (CTEV).



Air ketuban kurang berlaku pada 4% pada mereka yang sedang mengandung. Tidak semua kes melibatkan kekurangan air ketuban yang teruk. Kekurangan air ketuban selalunya berlaku pada 1 di dalam 4000 kelahiran mengikut Jurnal Neurologi Klinikal.

Apakah fungsi air ketuban?

Air ketuban mempunyai beberapa fungsi. Ini termasuk.

  • Membantu dalam pembentukan paru-paru bayi
  • Sebagai kusyen yang melindungi bayi daripada trauma
  • Membantu perkembangan otot dan tulang bayu
  • Mengelakkan tali pusat daripada terkena tekanan yang akan mengganggu pengaliran darah kepada bayi
  • Mengekalkan suhu di dalam rahim

Cecair amniotik juga mengandungi nutrien, hormon dan juga antibodi untuk melawan jangkitan kuman.

Punca Air Ketuban Kurang

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan air ketuban kurang. Ia adalah:

  • Masalah pada sistem pembuangan air kencing sebagai contoh dalam masalah
    • Renal Agenesis: dimana buah pinggang tidak terbentuk sempurna hingga menyebabkan air kencing tidak dihasilkan
    • Polycystic kidney: Terdapat banyak kantung yang terbentuk pada buah pinggang. Ia seperti buih. Perkara ini menyebabkan buah pinggang tidak boleh menghasilkan air kencing.
    • Saluran air kencing yang tersumbat sebagai contoh dalam masalah posterior uretheral valve.
  • Pecah air ketuban
  • Plasenta yang gagal berfungsi sepenuhnya: Salah satu fungsi placenta adalah untuk menghasilkan air ketuban. Jika plasenta mempunyai masalah terutamanya ibu yang mengalami tekanan darah tinggi waktu mengandung, Air ketuban akan kurang dihasilkan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi Air Ketuban kurang

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh bayi yang mengalami kurang air ketuban. Ia adalah:

  • Bayi lemas ketika dalam proses kelahiran. Ini menyebabkan ibunya terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi
  • Bayi tidak mampu bernafas dengan normal. Ini kerana kekurangan air ketuban menyebabkan organ paru-parunya tidak matang secara keseluruhan. Pesakit yang teruk mungkin akan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi untuk tujuan rawatan dan pemantauan
  • Bayi tersebut juga lebih mudah untuk dijangkiti kuman terutamanya kekurangan air ketuban yang disebabkan oleh pecah air ketuban

Penyiasatan



Apabila seseorang ibu itu mengalami kekurangan air ketuban, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk menyiasat punca kepada masalah tersebut.

1. Ujian untuk melihat air ketuban pecah

Selalunya pesakit akan melalui satu prosedur dimana satu alat akan dimasukkan ke dalam kawasan vagina untuk melihat kawasan pangkal rahim. Pesakit akan diminta untuk batuk bagi melihat sama ada terpancutnya air ketuban daripada pangkal rahim tersebut. Jika ada, bermaksud ia disebabkan pecah air ketuban.

Selain daripada itu, ujian kertas litmus juga boleh digunakan. Ini kerana cecair amniotik adalah bersifat alkali. Jika air ketuban pecah, ia akan menukarkan warna kertas litmus dari merah ke warna biru apabila diletakkan di kawasan pangkal rahim.

2. Penggunaan Ultrasound

Ultrasound digunakan untuk mengesahkan sesuatu kandungan itu mempunyai masalah kekurangan air ketuban ataupun tidak. Selain dari itu, ultrasound juga digunakan untuk melihat keadaan bahagian saluran kencing pesakit, sama ada bayi mengalami masalah buah pinggang ataupun tidak.

Rawatan

Rawatan adalah bergantung kepada keadaan bayi dan juga kandungan air ketuban.

Sebagai contoh jika bayi normal dan air ketuban kurang tetapi tidaklah sampai tiada langsung, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad terlebih dahulu dan diminta untuk minum dengan lebih kerap jika tiada masalah lain. Kandungan tersebut akan di lihat menggunakan ultrasound beberapa kali untuk melihat sama ada kandungan air ketubannya sudah menjadi normal ataupun tidak. Jika semakin berkurangan mungkin pesakit akan diminta untuk bersalin awal sama ada menggunakan ubat ataupun melakukan pembedahan.

Jika ketika itu, bayi menunjukkan yang di sedang lemas. Maka pembedahan perlu dilakukan dengan segera untuk mengeluarkan bayi tersebut.

Terdapat juga beberapa keadaan lain yang mempunyai cara rawatan berbeza. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui rawatan apa yang terbaik bagi anda.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Sahin E, Madendag Y, Tayyar AT, et al. Perinatal outcomes in uncomplicated late preterm pregnancies with borderline oligohydramnios. J Matern Fetal Neonatal Med. 2017 Aug 16. 1-4.
  2. Oligohydramnios. (2011, June). March of Dimes
  3. Fanaroff AA, Martin RJ. Neonatal-Perinatal Medicine: Diseases of the Fetus and Infant. 6th ed. St Louis, MO: Mosby; 1997. 315-9.
  4. Jones KL. Oligohydramnios sequence. In: Jones KL, ed. Smith’s Recognizable Patterns of Human Malformation. 5th ed. Philadelphia, PA: WB Saunders; 1997.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =