Skip to content

Keguguran: Punca, Simptom dan Rawatan

Definisi keguguran adalah kandungan yang tidak menjadi sebelum ia mencapai 20 minggu. Dijangka lebih kurang 10% mereka yang hamil akan mengalami masalah ini. Dan 80% daripada jumlah tersebut selalunya berlaku pada bulan pertama.

Bagaimana keguguran berlaku?

Kebanyakan masalah keguguran adalah disebabkan genetik bayi yang tidak normal yang berlaku pada awal kandungan. Ini akan menyebabkan bayi tidak dapat membesar dan keguguran pun berlaku.Masalah  ini selalunya berlaku pada 4-8 minggu kandungan.

Jenis Keguguran

Terdapat 4 jenis keguguran yang selalu dialami oleh pesakit. Jenis keguguran tersebut adalah



1. Kandungan yang terancam (Threatened Miscarriage)

Dalam keguguran jenis ini, ibu yang sedang mengandung akan mengalami pendarahan. Tetapi lubang serviks tidak terbuka.Pada keadaan ini, jika pendarahan tersebut berhenti dan lubang serviks tidak terbuka, maka pesakit akan meneruskan kehamilannya seperti biasa.

Jika selepas itu lubang serviks terbuka, maka pesakit dikatakan mengalami keguguran yang tidak boleh dihalang (Inevitable miscarriage)

2. Keguguran yang tidak boleh dihalang (Inevitable miscarriage)

Pesakit yang mengalami pendarahan daripada vagina juga akan diperiksa. Jika lubang serviks terbuka, pesakit akan mengalami keguguran. Selalunya dalam masalah jenis ini, pesakit akan mengalami sakit ari-ari yang kuat berserta rasa senggugut



3. Keguguran yang penuh (complete miscarriage)

Dalam masalah jenis ini, tisu bayi akan dikeluarkan secara keseluruhan daripada rahim. Pesakit juga akan menjalani ujian imbasan ultrasound untuk memeriksa dinding endometrial di dalam rahim. Selalunya jika tisu bayi telah keluar sepenuhnya, dinding endomterial akan menipis.

Jika ia masih tebal, maksudnya terdapat lebihan tisu bayi yang tertinggal dalam rahim tersebut dan prosedur pembersihan rahim perlu dilakukan untuk mengelakkan pendarahan yang teruk.

4. Keguguran yang terlepas/atau tanpa simptom (missed miscarriage)

Pesakit selalunya tidak mengalami sebarang simptom keguguran seperti pendarahan daripada vagina atau sakit perut. Keguguran tersebut hanya diketahui apabila pemeriksaan ultrasound dibuat dan mendapati tiada denyutan jantung pada kandungan tersebut.

Selalunya doktor akan memberi masa lagi untuk membuat scan setelah seminggu atau dua minggu. Jika tiada denyutan jantung, maka bayi disahkan keguguran. Maka, pesakit telah mengalami keguguran yang dikenali sebagai ‘missed miscarriage’

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca keguguran

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini. Ia adalah

  • Bahan genetik yang tidak normal: Ini merupakan faktor utama penyebab kepada masalah keguguran. Pesakit yang semakin meningkat usia, akan lebih mudah mendalami masalah ini
  • Usia ibu yang semakin meningkat
  • Ibu yang mengalami masalah kencing manis (selalunya mereka yang menggunakan insulin disebabkan kencing manis yang tidak terkawal)
  • Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Ibu yang mempunyai penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus: Dalam penyakit ini pesakit akan kerap kali mengalami keguguran kerana sel pertahanan badan akan menyerang bayi ketika sedang hamil
  • Jangkitan pada ibu seperti Rubella, cytomegalovirus, mycoplsma dan juga toxoplasmosis.
  • Merokok
  • Minum arak
  • Penyalahgunaan dadah
  • Masalah hormon seperti hipotiroid, hipertiroid, hiperprolactinemia dan polycystic ovarian syndrome

Simptom dan tanda tanda keguguran

Terdapat beberapa simptom yang menunjuk seseorang itu mengalami masalah ini. Beberapa simptom tersebut adalah:



  • Darah yang keluar dari vagina
  • Sakit bahagian ari-ari
  • Tisu badan yang keluar daripada vagina (mungkin tisu tersebut adalah bayi yang sudah keguguran)

Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom dan tanda yang sama seperti:

Penyiasatan

Pesakit akan diperiksa menggunakan ultrasound untuk melihat keadaan di dalam rahim. Beberapa jenis keadaan untuk pesakit ini adalah:

1. Kandungan sudah tiada dalam rahim

Selalunya doktor akan mengimbas kandungan terlebih dahulu untuk melihat samada kandungan tersebut masih ada ataupun tidak. Jika sudah tiada, mungkin ia sudah dikeluarkan ketika pendarahan berlaku dan pesakit akan perasaan adanya tisu badan yang keluar sekali. Mungkin tisu tersebut adalah bayi yang sudah mengalami keguguran.

2. Kandungan masih ada dalam rahim dan denyutan jantung bayi ada

Jika kandungan tersebut ada dan denyutan jantung kelihatan, pesakit akan diperiksa daripada bahagian bawah untuk merasa sama ada laluan serviks sudah terbuka ataupun belum.

Jika serviks masih tertutup, pesakit mengalami ‘threatened miscarriage’. Kandungan tersebut berkemungkinan selamat jika pendarahan sudah berhenti. Jika serviks sudah terbuka, pesakit akan mengalami keguguran dan bayi akan keluar daripada rahim setelah beberapa hari.



3. Kandungan bayi ada tetapi tiada denyutan jantung

Keadaan ini juga dipanggil sebagai keguguran. Pesakit mungkin akan mengelami pendarahan ataupun tidak sewaktu scan ultrasound dilakukan.

Rawatan

Rawatan pesakit yang mengalami masalah ini bergantung kepada jenis masalah tersebut.

1. Keguguran yang penuh (complete miscarriage)

Ini bermaksud pesakit telah mengeluarkan seluruh kandungannya tanpa meninggalkan sisa. Bagi pesakit ini tidak perlu sebarang rawatan. Tetapi jika risau dengan pendarahan yang berlaku, pesakit mungkin akan diminta untuk tinggal di hospital bagi tujuan pemantauan

2. Keguguran yang terlepas pandang (missed miscarriage)

Pesakit selalunya mempunyai pendarahan sedikit ataupun tiada pendarahan langsung dan hanya disedari kandungan tidak menjadi setelah membuat imbasan ultrasound.

Jika kandungan tersebut masih awal lagi, pesakit akan diperiksa semula pada minggu hadapannya untuk memastikan denyuntan jantung ada ataupun tidak. Jika masih tiada, barulah kita mengatakan pesakit telah mengalami keguguran.



  1. Pesakit jenis ini boleh buat 2 jenis rawatan:
    Pesakit akan diberi seminggu ataupun 2 minggu untuk menunggu kandungan itu keluar sendiri
  2. Doktor akan masukkan ubat pada pangkal serviks untuk memaksa rahim mengeluarkan kandungan tersebut tidak mahu keluar, pesakit akan menjalani satu prosedur untuk menyedut dan mencuci rahim

Jika cara 1 tidak jadi, pesakit akan disuruh untuk melakukan cara kedua

3. Keguguran yang tidak penuh atau tidak sempurna (incomplete miscarriage)

Dalam masalah jenis ini, sedikit tisu kandungan masih lagi tertinggal di dalam rahim menyebabkan pesakit mengalami pendarahan secara berterusan. Bagi pesakit jenis ini, mereka perlu dibuat prosedur untuk mencuci rahim

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Nelson DB, Hanlon AL, Wu G, Liu C, Fredricks DN. First trimester levels of BV-associated bacteria and risk of miscarriage among women early in pregnancy. Matern Child Health J. 2015 Dec. 19 (12):2682-7.
  2. Farren J, Jalmbrant M, Ameye L, Joash K, Mitchell-Jones N, Tapp S, et al. Post-traumatic stress, anxiety and depression following miscarriage or ectopic pregnancy: a prospective cohort study. BMJ Open. 2016 Nov 2. 6 (11):e011864.
  3. Creinin MD, Schwartz JL, Guido RS, Pymar HC. Early pregnancy failure–current management concepts. Obstet Gynecol Surv. 2001 Feb. 56(2):105-13.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 16 =