Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome/PCOS) juga dikenali sebagai sindrom Stein-Leventhal merupakan masalah ketidak seimbangan hormon yang dialami oleh kaum wanita. Masalah ini dikenalpasti berpunca daripada penghasilan hormon androgen atau hormon ‘lelaki’ yang terlalu banyak.

Masalah ini boleh menyebabkan penghasilan bulu/ rambut dan jerawat yang banyak. Selain itu ia juga menggalakkan pembentukan sista (cysts) pada ovari dan akan mengganggu sistem kitaran haid normal.

Sindrom ini juga merupakan sindrom yang sukar untuk dikenalpasti dengan hanya sekali ujian pemeriksaan. Malah doktor perlu melakukan pemeriksaan dengan mencari klu seperti pertumbuhan bulu/rambut yang terlalu banyak atau sistem kitaran haid yang tidak sekata sebagai petunjuk kepada masalah ini.

Punca PCOS

Pengkaji masih belum menemukan punca PCOS sebenar. Tetapi ramai yakin bahawa ia berpunca daripada penghasilan hormon lelaki(androgen) yang berlebihan dan perkara ini menghalangkan ovari untuk menghasilkan telur(ovum) secara normal.

Genetik, kerintangan insulin dan keradangan dalam badan telah dikaitkan dengan penghasil androgen yang berlebihan

Genetik

Kajian menunjukkan masalah ini selalunya berlaku di dalam keluarga yang terdekat.

Kerintangan insulin

Sebanyak 70% daripada pesakit PCOS mempunyai masalah kerintangan insulin. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh badan berfungsi untuk memasukkan gula ke dalam sel. Kerintangan insulin pula bermaksud insulin yang dihasilkan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan ini merupakan salah satu punca kencing manis.

Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya, maka pancreas akan cuba menghasilkan dengan lebih banyak insulin. Insulin yang berlebihan pula akan merangsang ovary untuk menghasilkan lebih banyak hormon lelaki.

Punca kerintangan insulin adalah obesity. Oleh sebab itulah, majority mereka yang menghidap masalah ini adalah orang yang berlebihan berat badan

Simptom PCOS

Mengenalpasti PCOS dikalangan wanita amatlah sukar. Ini disebabkan simptom PCOS adalah berbeza mengikut pelbagai ciri wanita yang berbeza. Kebanyakkan wanita yang obes atau mempunyai berat badan yang berlebihan sering mendapat masalah ini. Namun, terdapat juga sesetengah wanita yang mempunyai berat badan yang normal turut mendapat PCOS.

Malangnya, hampir 50% wanita yang mempunyai masalah ini tidak dapat dikesan mempunyai masalah ini. Oleh sebab itulah PCOS dianggap sebagai pembunuh senyap.

Berikut merupakan beberapa simptom yang sering dialami oleh pesakit:

  1. Rantaian butiran sista (Cysts) pada ovary.
  2. Rintangan terhadap insulin.
  3. Hormon testosteron yang tinggi yang menyebabkan pertumbuhan rambut/bulu yang banyak & berjerawat.
  4. Ovulasi terganggu.
  5. Kenaikkan berat badan yang ketara.
  6. Kenaikkan berat ternampak lebih besar dibahagian pinggang.
  7. Tompokan gelap pada bahagian leher, bawah lengan, payudara dan peha.
  8. Terdapat kutil di bahagian ketiak dan leher.
  9. Sakit di bahagian pelvik.
  10. Kegelisahan dan tertekan.
  11.  Masalah tidur seperti berdengkur dengan kuat.

PCOS dan kehamilan

PCOS dihidapi oleh hampir 6 hingga 15 % wanita pada peringkat umur mengandungkan anak. Wanita yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk hamil. Jika disahkan hamil, wanita yang mempunyai masalah ini akan menghadapi beberapa risiko ketika hamil dan saat mereka melahirkan bayi.

Wanita yang mempunyai PCOS akan menghadapi risiko keguguran 3 kali ganda berbanding dengan wanita yang normal. Mereka juga mempunyai risiko yang tinggi yang membawa kepada preeklampsia, diabetes penghadaman (gestational diabetes), bayi besar dan kelahiran bayi pramatang. Ia turut membawa kepada masalah saat kelahiran atau memerlukan pembedahan.

Rawatan

Tiada ubat yang benar-benar menyembuhkan PCOS buat masa ini. Namun, simptom-simptomnya boleh dikawal.

Beberapa kaedah untuk mengawal simptom PCOS antaranya:

Mengambil ubat pencegah kehamilan.

Pengambilan ubat estrogen and progestin boleh menyeimbangkan semula hormone di dalam badan, membantuk proses ovulasi dan mengurangkan simptom seperti bulu yang lebat dan mengurangkan risiko untuk terkena kanser Rahim.

Ubat Metformin

Ubat ini selalunya digunakan untuk pesakit kencing manis. Tetapi ia juga membantu bagi mereka yang mengalami PCOS kerana membantu dalam peningkatan fungsi insulin. Dan ia juga membantu dalam pengurangan berat badan dan membetulkan semual kitaran haid.

Mengambil spironolactone

Ubat ini akan menghalang kesan hormone androgen pada kulit. Ubat ini boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Oleh itu, jika menggunakannya, perlu disertai dengan ubat pencegah kehamilan.

Ubat Clomiphine

Ubat ini merupakan salah satu ubat kesuburan bagi wanita. Ia membantu wanita yang mempunyai PCOS untuk mengandung. Akan tetapi, ia akan meningkatkan risiko untuk mendaoat anak kembar.

Mengurangkan berat badan

Pengurangan berat badan akan menyebabkan kerintangan insulin berkurangan. Oleh itu, hormon androgen di dalam badan akan berkurangan dan mengurangkan simptom.



Rujukan:

  1. Does PCOS affect pregnancy? (2013, May)
  2. Mayo Clinic Staff. (2014, September 3). Polycystic ovary syndrome
  3. PCOS pregnancy and delivery complications. (2016)
  4. Polycystic ovary syndrome fact sheet. (2014, December)
  5. Roos, N. (2011, October 13). Risk of adverse pregnancy outcomes in women with polycystic ovary syndrome: population based cohort study. British Medical Journal, 343
    bmj.com/content/343/bmj.d6309
  6. Trikudanathan, S. (2015, January). Polycystic ovarian syndrome. Medical Clinics of North America, 99(1), 221–235
    ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25456652

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *