Skip to content

Kanser Tekak: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser kepala dan leher (HNC) merupakan kanser ke-8 yang paling biasa berlaku kepada populasi di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 9 daripada 100,000 orang akan mengalami kanser tekak, dan 54% adalah berbangsa Cina. Nisbah lelaki dan wanita ialah 7.6: 1. Namun, nisbah ini telah menunjukkan penurunan kerana terdapat jumlah peningkatan perokok di kalangan wanita.

Kanser HNC ini terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung kepada lokasi seperti kanser tekak, kanser hidung, kanser mulut dan kanser kelenjar air liur. Artikel pada kali ini akan memberi fokus kepada kanser tekak seperti simptom dan cara rawatannya.

Kanser tekak mempunyai nama yang berbeza, bergantung pada bahagian tekak yang terlibat seperti oropharynx, hypopharynx, nasopharynx, dan larynx (kotak suara).

Simptom dan Tanda Kanser Tekak



Simptom kanser ini mungkin sukar dikenal pasti pada peringkat awal penyakit ini berlaku. Tetapi, simptom yang paling biasa ialah sakit tekak yang berterusan. Simptom yang lain termasuklah:

  • Batuk berterusan
  • Kesukaran untuk menelan
  • Benjolan di mulut, tekak atau leher
  • Suara menjadi garau atau perubahan suara yang lain
  • Sakit pada telinga atau rahang mulut
  • Tompok-tompok putih atau luka dalam mulut dan tekak
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit kepala
  • Pengurangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Bengkak mata, rahang, tekak atau leher
  • Pendarahan di mulut atau hidung
  • Kurang selera makan

Beberapa simptom kanser ini memberi petunjuk khusus untuk bahagian yang terlibat. Contohnya, perubahan suara mungkin merupakan tanda kanser larynx (kotak suara), tetapi jarang sekali berlaku kepada kanser pharynx.

Periksa Simptom anda Di Sini

Jenis Kanser Tekak

Terdapat beberapa jenis kanser tekak. Ia adalah:

1. Kanser oropharyngeal



Kanser ini lazimnya berlaku di mulut dan bahagian atas tekak. Sebilangan besar adalah kanser jenis karsinoma sel skuamosa. Sel skuamosa adalah sejenis sel yang melapisi bahagian dalam orofaring.

2. Kanser hypopharynx

Ia mempengaruhi bahagian bawah pharynx, atau kerongkong.

3. Kanser larynx

Kanser ini terjadi di bahagian larynx, atau peti suara.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor Risiko dan Punca Kanser Tekak

1. Tembakau

Penggunaan tembakau, termasuk rokok, cerut, paip, dan tembakau mengunyah, merupakan faktor risiko tunggal yang menyebabkan kanser tekak iaitu sebanyak 85%.

2. Alkohol



Pengambilan alkohol yang kerap boleh meningkatkan risiko kanser tekak. Ii kerana, minuman beralkohol mengandungi etanol yang boleh menyebabkan iritasi kepada sel-sel yang melapisi bahagian tekak. Apabila alcohol diambil dalam jangka masa yang lama (walaupun dengan jumlah yang sederhana), iritasi pada sel ini boleh mengakibatkan kanser.

3. Human papillomavirus (HPV)

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa jangkitan virus HPV adalah faktor risiko kanser oropharynx. Kira-kira 1 daripada 3 kanser tekak berkait rapat dengan jangkitan HPV, terutamanya kepada pesakit usia muda. Aktiviti seksual, termasuk seks oral dengan seseorang yang mempunyai HPV adalah cara yang paling lazim yang membuatkan seseorang mendapat HPV.

4. Pemakanan tidak seimbang

Diet yang rendah dalam pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekurangan vitamin A boleh meningkatkan risiko kanser tekak. Selain itu, mengunyah kacang sirih yang mengandungi perangsang ringan juga meningkatkan risiko seseorang terdedah kepada kanser tekak.

5. Jantina

Lelaki lebih cenderung menghidap kanser tekak berbanding wanita.

6. Umur



Orang yang berusia melebihi 45 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser tekak, walaupun kanser ini boleh terjadi kepada individu tanpa mengira umur.

7. Sistem imun yang lemah

Individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah  mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah kepada kanser tekak kerana badan mereka tidak mampu untuk melawan jangkitan virus atau bakteria dengan berkesan.

Ujian Pemeriksaan

Selain daripada mendapatkan sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit, doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan lain seperti laringoskopi, iaitu suatu prosedur yang menggunakan kamera untuk melihat dan memeriksa kondisi larynx pesakit. Sekiranya ujian ini menunjukkan gambaran tekak yang tidak normal, doktor akan melakukan biopsi, iaitu mengambil sampel tisu untuk diuji sama ada ianya merupakan sel kanser atau sebaliknya.

1. Ujian pengimejan

Ujian ini dilakukan untuk melihat ketumbuhan dengan lebih jelas. Contoh ujian pengimejan yang mungkin doktor lakukan ialah:

2. Imbasan MRI dan CT

Untuk melihat sejauh mana kanser telah merebak.



3. X-Ray dada

Dilakukan jika doktor mengesyaki kanser merebak ke bahagian paru-paru

4. Barium swallow

Ini dilakukan sekiranya anda menghadapi masalah menelan dan bertujuan untuk melihat kondisi tekak serta esophagus.

5. Imbasan PET (Positron Emission Tomography Scan)

Imbasan PET melibatkan suntikan pewarna radioaktif ke dalam darah bagi menghasilkan gambaran bahagian badan yang disyaki terjejas sekirnya kanser merebak.

Rawatan Kanser Tekak

Rawatan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk:

  • Lokasi kanser
  • Tahap kanser
  • Usia pesakit
  • Tahap kesihatan pesakit
  • Kemampuan pesakit

Pembedahan: Doktor akan membuang ketumbuhan dan tisu kanser yang lain. Ini boleh mengakibatkan perubahan kepada bentuk, fungsi kotak suara, epiglotis, dan struktur lain yang berdekatan dengan tekak anda.



Pembedahan laser: Ini mungkin menjadi pilihan pada kanser tekak peringkat awal.

Terapi radiasi: Radiasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk target sel kanser dengan lebih spesifik membunuh sel kanser tersebut.

Kemoterapi: Ubat yang digunakan dalam kemoterapi  juga bertujuan untuk membunuh sel  kanser.

Cara Mencegah Kanser Tekak

Tidak ada cara yang benar-benar spesifik untuk mencegah kanser ini, tetapi anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko seperti:

1. Berhenti merokok

Gunakan produk pengganti nikotin yang boleh didapati di farmasi berdekatan, atau bincang dengan doktor anda mengenai ubat preskripsi bagi membantu anda berhenti merokok

2. Kurangkan pengambilan alcohol

Lelaki disarankan agar tidak minum melebihi dua minuman beralkohol sehari, dan wanita tidak boleh minum lebih dari satu minuman beralkohol setiap hari.



3. Amalkan gaya hidup sihat

Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging tanpa lemak. Kurangkan pengambilan lemak dan natrium serta ambil langkah untuk mengurangkan berat badan yangberlebihan. Libatkan diri dalam aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.

4. Kurangkan risiko jangkitan HPV

Untuk melindungi diri anda, amalkan seks yang selamat seperti pemakaian kondom. Anda juga boleh mendapatkan vaksin HPV di hospital yang menyediakannya.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Wong, Y. F., Yusof, M. M., Ishak, W. Z., Alip, A., & Phua, V. C. (2015). Treatment Outcome for Head and Neck Squamous Cell Carcinoma in a Developing Country: University Malaya Medical Centre, Malaysia from 2003-2010. Asian Pacific Journal of Cancer Prevention, 16(7), 2903-2908. doi:10.7314/apjcp.2015.16.7.2903
  2. Higuera, V. (2019, January 2). What Is Throat Cancer? Healthline.
  3. McBean, B. (2019, October 7). What are the facts about throat cancer? Medical News Today.day.com/articles/312087
  4. Oral and Oropharyngeal Cancer – Risk Factors and Prevention. (2020, April 10). Cancer.Net.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =