Skip to content

Pulmonary Embolism: Punca, Simptom dan Rawatan

Pulmonary embolism atau embolisma paru paru merupakan suatu keadaan di mana terjadinya ketulan darah beku yang menyebabkan saluran darah di paru paru tersumbat.

Ia boleh merosakkan struktur paru paru kerana kekurangan bekalan darah, paras oksigen yang tidak mencukupi dan juga merosakkan organ organ lain. Darah beku yang terjadi lebih dari satu ataupun bersaiz besar boleh membawa maut.

Ia juga merupakan antara punca kematian secara tiba tiba yang sering dilaporkan. Namun begitu, jika keadaan ini dapat dikenal pasti dengan lebih awal, anda dapat menerima rawatan kecemasan dengan cepat membolehkan risiko untuk mengalami kerosakan paru paru berkurangan.

Punca darah beku dalam paru paru



Ketulan darah beku boleh berpunca dari pelbagai sebab. Ia seringkali terjadi disebabkan deep vein thrombosis, iaitu ketulan darah beku dalam saluran darah dalaman, kebiasaannya di kawasan betis ataupun pelvis. Ketulan darah beku ini kemudiannya dibawa oleh peredaran darah masuk ke sistem saluran darah di paru paru menyebabkan ketulan darah beku tersebut tersumbat dalam saluran darah paru paru.

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan terjadinya ketulan darah beku iaitu:

  • Kecederaan seperti trauma yang menyebabkan tulang patah, ataupun saluran darah terkoyak
  • Kurang pergerakan dalam tempoh yang lama. Graviti akan menyebabkan darah terkumpul di sesuatu kawasan dalam badan, menyebabkan terjadinya ketulan darah beku. Kebiasaannya, pesakit yang mengalami sakit kronik yang menyebabkan mereka hanya terbaring di atas katil sepanjang hari adalah lebih berisiko.
  • Mereka yang sering mengembara jauh seperti menaiki kapal terbang dalam tempoh yang lama.
  • Keadaan perubatan lain yang menyebabkan darah mudah menggumpal seperti pesakit kanser, rawatan kemoterapi, wanita mengandung dan juga pengambilan pil hormon.

Periksa Simptom anda Di Sini

Faktor risiko darah beku dalam paru paru

Berikut merupakan beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya ketulan darah beku:

  • Kanser
  • Sejarah perubatah keluarga yang mengalami darah beku
  • Tulang pinggul atau kaki patah
  • Keadaan yang menyebabkan darah mudah menggumpal seperti masalah penggumpalan darah seperti kekurangan faktor, mutasi gene prothrombin
  • Sejarah serangan sakit jantung atau seranhan angin ahmar
  • Pembedahan besar
  • Obesiti
  • Gaya hidup yang kurang aktif
  • Usia melebihi 60 tahun
  • Pengambilan pil hormon seperti estrogen atau testosterone

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan Tanda Pulmonari Embolism

Simptom dan tanda darah beku dalam paru paru terjadi bergantung kepada saiz ketulan darah beku dan lokasi di mana darah beku tersebut tersumbat.



Tanda utama darah beku dalam paru paru ialah kesukaran bernafas yang boleh terjadi secara mengejut atau perlahan lahan.

Tanda tanda lain adalah:

  • Rasa berdebar debar
  • Kulit dan bibir yang kebiruan atau pucat
  • Sakit dada yang mencucuk dan merebak ke tangan, rahang dan leher
  • Pengsan
  • Degupan jantung tidak sekata
  • Pening kepala
  • Bernafas secara laju
  • Muntah darah
  • Degupan nadi yang lemah

Cara mengenal pasti darah beku dalam paru paru

Dalam sesetengah kes, darah beku dalam paru paru sukar dikenal pasti. Terutamanya dalam kalangan mereka yang turut mengalami penyakit jantung atau paru paru yang lain seperti asma ataupun tekanan darah tinggi.

Doktor akan meminta maklumat daripada anda berkenaan dengan sejarah kesihatan anda dan juga tahap kesihatan anda.

Setelah itu, doktor akan menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti keadaan tersebut dan mencari puncanya.

  • Ujian X ray dada bagi melihat dengan lebih jelas struktur jantung dan paru paru, serta ujian X ray di bahagian kaki dan pelvis bagi melihat sekiranya terdapat tulang patah
  • Electrocardiography atau ECG bagi memeriksa aktiviti elektrik dalam jantung
  • Ijian MRI yang menggunakan gelombang radio dan medan magnetik bagi mengesan ketulan darah beku
  • Ujian CT scan bagi melihat keratan rentas struktur paru paru
  • Pulmonary angiography di mana bahan kontras dimasukkan ke dalam saluran darah bagi melihat gangguan dalam saluran darah paru paru
  • Ujian darah bagi melihat kandungan D dimer iaitu sejenis protein yang terhasil daripada proses penggumpalan darah beku

Rawatan darah beku dalam paru paru

Rawatan akan bergantung kepada saiz dan lokasi ketulan darah beku tersumbat. Sesetengah ubatan boleh membantu mencairkan ketulan darah beku. Ubat tersebut adalah:

  • Ubat pencair darah seperti heparin dan warfarin yang juga digunakan dalam pesakit serangan jantung bagi mencegah terjadinya ketulan darah beku
  • Ubat pelarut ketulan darah beku iaitu thrombolytics bagi mempercepatkan proses melarutkan ketulan darah beku.

Kedua dua ubat ini membawa risiko pendarah berlebihan dan perlu digunakan di bawah pengawasan doktor.

Keadaan ini juga dalam sesetengah kes memerlukan pembedahan bagi membuang ketulan darah yang besar terutamnya yang menghalang peredaran darah ke jantung dan paru paru.



  • Vein filter iaitu doktor memasukkan alat penapis dalam saluran darah utama jantung bagi menghalang ketulan darah beku daripada kaki atau pelvis masuk ke dalam paru paru
  • Pembuangan darah beku menggunakan kateter bagi menyedut keluar ketulan darah beku

Perubahan Gayan Hidup Jangka Panjang

Anda mungkin perlu mengambil ubat pencair darah seperti heparin dan warfarin bagi mencegah terjadinya ketulan darah beku. Anda juga perlu memakai stokin khas iaitu TED stocking bagi mengelakkan terjadinya ketulan darah beku dan mengekalkan kelancaran pengaliran darah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Avgerinos E. (n.d.). Pulmonary embolism. – Vascular
  2. Deep venous thrombosis (DVT). (2013). – Melbourne Haematology
  3. How is pulmonary embolism treated? (2011). – National Institute of Health
  4. Pulmonary Embolism – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 11 =