Skip to content

Pneumothorax: Punca, Simptom dan Rawatan

Masalah pneumothorax merupakan satu keadaan dimana udara memasuki kawasan di sekitar paru paru dan ruangan ini dikenali sebagai ruangan pleura. Ini boleh menyebabkan paru paru terlibat dihimpit oleh kumpulan udara tadi menyebabkan masalah pernafasan. Udara boleh masuk ke dalam ruangan sekitar paru paru apabila terdapat kecederaan pada bahagian thoraks atau dada menyebabkan koyakan pada lapisan luaran paru paru. Hal ini mengganggu keseimbangan tekanan dalam paru paru menyebabkan paru paru gagal mengembang dengan normal.

Punca kecederaan pada dada dan permukaan paru paru termasuk penyakit paru paru, kecederaan dari kemalangan atau bersukan, penggunaan mesin pembantu pernafasan atau ventilator, perubahan tekanan udara yang dialami ketika aktiviti meyelam skuba atau mendaki gunung. Ia juga boleh terjadi secara tiba tiba dikenali sebagai spontaneous pneumothorax.

Perubahan tekanan dalam kawasan sekitar paru paru menyebabkan paru paru menjadi kempis dan tidak dapat mengekalkan struktur asalnya. Jika hanya terdapat sedikit udara dalam ruangan sekitar paru paru, ia boleh sembuh dengan sendirinya tanpa komplikasi. Namun, dalam kes yang menyebabkan jumlah udara yang banyak terperangkap di dalam ruangan sekitar paru paru, ia boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Jenis dan punca pneumothorax



Secara amnya, terdapat 2 jenis penumothoraks, iaitu berpunca daripada trauma atau kemalangan ataupun tanpa trauma. Kedua duanya boleh menyebabkan tension pneumothoraks iaitu satu keadaan di mana kumpulan udara dalam ruangan paru paru meningkatkan tekanan. Ini sering terjadi dalam kes trauma dan memerlukan rawatan kecemasan.

1. Pneumothorax traumatik

Ia berlaku setelah kemalangan atau kecederaan berlaku pada dada atau dinding paru paru. Trauma akan merosakkan struktur sekitar paru paru dan menyebabkan kebocoran udara masuk ke dalam ruangan pleura.

Antara kecederaan yang boleh menyebabkan pneumothorax ialah:

  • Kecederaan pada dada seperti kemalangan kereta
  • Tulang rusuk patah
  • Kesan hentakan kuat pada dada seperti dalam aktiviti sukan ragbi
  • Luka tikaman atau tembakan peluru pada dada
  • Prosedur perubatan yang boleh merosakkan struktur sekitar paru paru seperti penggunaan ventilator, biopsi tisu paru paru dan memasukkan kateter ke dalam saluran darah utama, CPR

Perubahan tekanan udara ketika menyelam skuba dan mendaki gunung juga boleh menyebablan pneumothoraks traumatik. Ia terjadi apabila lepuhan udara timbul pada permukaan paru paru dan pecah seterusnya menyebabkan paru paru kempis.



Tanda tandanya sangat serius dan boleh menyebabkan komplikasi maut seperti serangan jantung, kegagalan sistem pernafasan dan maut. Oleh itu, rawatan kecemasan awal sangat kritikal.

2. Pneumothoraks bukan traumatik

Ia berlaku bukan disebabkan trauma sebaliknya secara tiba tiba. Oleh itu ia juga dipanggil spontaneous pneumothoraks.

Terdapat 2 jenis; primer dan sekundari. Jenis yang pertama sering berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai penyakit paru paru, kebanyakannya lelaki kurus dan tinggi. Jenis kedua pula terjadi dalam golongan lebih berusia yang mempunyai masalah paru paru.

Antara keadaan yang menyebabkan anda terdedah untuk mengalami jenis sekundari ialah:

  • Penyakit paru paru tersumbat kronik COPD seperti emphysema dan radangan bronkus
  • Jangkitan paru paru akut atau kronik seperti tuberculosis atau pneumonia
  • Kanser paru paru
  • Cystic fibrosis iaitu penyakit genetik yang menyebabkan pengumpulan mukus dalam paru paru
  • Asthma, iaitu penyakit radang paru paru

Periksa Simptom anda Di Sini

Simptom dan Tanda pneumothorax

Terdapat beberapa simptom dan tanda yang menunjukkan seseorang itu sedang mengalami pneumothorax. Ia adalah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan

Anda memerlukan ujian pengimejan seperti X ray dan sebagainya bagi melihat kumpulan udara dalam ruangan sekitar paru paru.



  • Ujian x ray dada
  • CT scan
  • Ultrasound bahagian thoraks

Rawatan pneumothorax

Pneumothorax adalah merupakan salah satu keadaan yang mudah menyebabkan kehilangan nyawa tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, itu rawatan ini perlu dilakukan dengan segera jika seseorang itu sedang menghadapi masalah ini. Ia adalah:

1. Membuang kumpulan udara

Doktor akan memasukkan jarum dan tiub pada dada bagi membuang udara yang terkumpul. Tiub akan dimasukkan diantara tulang rusuk anda dan dibiarkan selama beberapa hari sehingga udara sudah dibuang dan paru paru dapat mengembang seperti biasa.

2. Pleurodesis

Dalam prosedur ini, doktor akan melekatkan lapisan yang melitupi permukaan paru paru bagi menghalang udara masuk ke dalam ruangan pleura yang boleh menyebabkan penumothoraks.

3. Pembedahan

Pembedahan diperlukan dalam kes di mana anda mengalami beberapa episod pneumothoraks  ataupun mempunyai masalah paru paru yang lain. Terdapat beberapa jenis pembedahan iaitu thoracotomy dan thoracoscopy.

Kesan jangka panjang pneumothorax

Pneumothoraks dengan kumpulan udara yang sedikit tidak menyebabkan komplikasi dan akan sembuh setelah rawatan. Namun, bagi penumothoraks bersaiz besar, anda berisiko untuk mengalaminya lagi terutamanya jika anda mengalami trauma dan masalah paru paru yang lain.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Light RW. (n.d.). Pneumothorax. – Merck Manual
  2. Luh S. (2010). Diagnosis and treatment of primary spontaneous pneumothorax. DOI: 10.1631/jzus.B1000131
  3. Lung: Collapsed lung. (2013). – Clevel ann Clinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + two =