25/09/2020

The Diagnosa

Dapatkan Tips kesihatan dan penjelasan kepada penyakit anda disini

kanser pundi kencing

Kanser Pundi Kencing: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah kanser pundi kencing dan rawatannya?

Artikel ini akan membincangkan berkenaan punca kepada masalah kanser ini, gejala yang mungkin dihadapi dan juga rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Jenis Kanser
  3. Punca Kanser Pundi Kencing
  4. Simptom Kanser Pundi Kencing
  5. Ujian Pengesahan
  6. Tahapan Kanser
  7. Rawatan
  8. Kesan Jangka Panjang
  9. Pencegahan

Pengenalan


Mengikut statistik dari NHS United Kingdom, sebanyak 10000 pesakit didiagnos dengan kanser pundi kencing setiap tahun. Rata ratana adalah perokok.

Kanser ini berlaku pada tisu di pundi kencing iaitu organ yang menyimpan air kencing. Setiap tahun sebanyak 45000 lelaki dan 17000 wanita disahkan mengalami kanser ini.

Jenis Kanser Pundi Kencing


Terdapat beberapa jenis masalah kanser ini. Pentingnya untuk tahu jenis kanser ini kerana ia mempunyai sedikit kelainan dari sudut rawatan dan keagresifan kanser tersebut juga berlainan.

  • Transitional cell carcinoma. Ini adalah jenis yang kerap ditemui dan bermula dari transitional cell di lapisan dalam tisu pundi kencing. Transitional cell adalah sejenis sel yang boleh merubah bentuknya apabila pundi kencing meregang.
  • Squamous cell carcinoma. Ini adalah jenis kanser yang jarang ditemui. Ia bermula dari sel squamous yang terlibat dengan jangkitan ataupun iritasi.
  • Adenocarcinoma. Ini juga adalah jenis kanser yang jarang ditemui dan ia bermula daripada glandular sel pada pundi kencing setelah mengelami iritasi yang lama. Glandular sel adalah sel yang menghasilkan mukus.

Punca kanser pundi kencing


Punca sebenar kanser in masih belum ditemui. Ia terjadi apabila terdapat sel abnormal yang membiak dengan cepat dan tanpa kawalan dan merebak ke tisu lain.

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko

  • Terdedah kepada bahan kimia menyebabkan kanser
  • Merokok
  • Jangkitan pundi kencing yang berpanjangan
  • Kurang pengambilan air
  • Pengambilan diet tinggi lemak
  • Sejarah kanser dalam keluarga
  • Sejarah rawatan dengan ubat kemoterapi Cisplatin

Kaum lelaki berusia lebih 55 tahun dan berkulit putih lebih terdedah kepada jenis kanser ini.

Simptom Kanser Pundi Kencing


Kebanyakan pesakit mempunyai darah dalam air kencing tetapi tidak merasa sakit sewaktu kencing. Sesetengah tanda seperi kelesuan, susut berat badan, sakit pada tulang menandakan kanser telah melarat.

Ujian pengesahan


Doktor akan melakukan ujian di bawah bagi mengenal pasti keadaan anda:

  • Ujian air kencing. Untuk melihat sama ada terdapat darah di dalam air kencing.
  • Pemeriksaan dalaman, di mana doktor perlu memasukkan jari ke dalam vagina atau dubur bagi merasakan jika terdapat benjolan yang menandakan ketumbuhan
  • Cystoscopy, iaitu doktor memasukkan tiub kecil dengan kamera ke dalam saluran kencing untuk melihat di dalam pundi kencing
  • Biopsi dimana doktor mengambil sampel tisu dari pundi kencing untuk dihantar ke makmal
  • CT scan bagi melihat struktur pundi kencing
  • Ujian X ray

Tahapan kanser


Doktor akan memeriksa tahap kanser berdasarkan tahap 1 sehingga 4 untuk mengenal pasti sejauh mana kanser telah merebak.

  • Tahap 0 bermakna kanser belum merebak melebihi dinding pundi kencing
  • Tahap 1, kanser sudah merebak melebihi dinding tetapi belum melebihi lapisan otot
  • Tahap 2, kanser merebak ke lapisan otot
  • Tahap 3, kanser merebak ke tisu sekitar pundi kencing
  • Tahap 4, kanser merebak ke kawasan sekitar pundi kencing dan bahagian badan lain

Rawatan


Untuk memberikan rawatan kepada kanser ini, tahapan kanser tersebut perlu diketahui terlebih dahulu. Ini kerana setiap tahapan mempunyai cara rawatan yang berlainan.

1. Tahap 0 dan 1

Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan dari pundi. Pesakit juga perlu menjalani kemoterapi ataupun immunoterapi dimana pesakit perlu makan ubat yang menyebabkan sel imun badan menyerang sel kanser.

2. Tahap 2 dan 3

Ketika tahapan ini, sebahagian daripada pundi kencing akan dibuang terutamanya yang berdekatan dengan kanser tersebut. Pembedahan rekonstruktrasi juga perlu dilakukan agar saluran buang air kencing masih boleh berfungsi seperti biasa.

Selain dari itu, pesakit juga perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk membunuh lebihan sel kanser yang mungkin berada di dalam badan.

4. Tahap 4

Ketika telah mencapai tahap 4, kanser telah merebak ke kawasan yang lain. Selalunya rawatan adalah lebih kepada paliatif iaitu untuk meredakan simptom yang pesakit ada dan membuatkan pesakit lebih selesa. Pesakit juga mungkin akan menjalani kemoterapi supaya kanser tersebut tidak cepat mendatangkan simptom kepada pesakit

Kesan jangka panjang


Bagi mereka di tahap 0, mereka mempunyai peluang 98% untuk hidup dalam jangka masa 5 tahun. Bagi pesakit tahap 1 mempunyai peluang hidup sebanyak 88%, pesakit tahap 2 mempunyai peluang sebanyak 63%, pesakit tahap 3 mempunyai peluang hidup sebanyak 46% dan pesakit tahap 4 mempunyai 15% peluang untuk hidup.

Pencegahan kanser


Disebabkan punca sebenar kepada kanser ini masih tidak diketahui, maka perlunya anda untuk mengelakkan faktor risiko seperti dibawah ini untuk mengurangkan risiko kanser ini. Faktor risiko tersebut adalah:

  • Berhenti merokok
  • Elakkan menghidu asap rokok
  • Elakkan bahan yang boleh mencetuskan kanser
  • Minum banyak air

Rujukan:

  1. Bladder Cancer – Healthline