Apakah punca dan rawatan kepada masalah sakit bahu? Artikel ini akan membincangkan punca dan rawatan yang boleh dilakukan dirumah untuk masalah ini.
Masalah Sakit Bahu
Sakit bahu selalunya terjadi apabila anda melakukan aktivit melibatkan pergerakkan tangan. Ia mungkin berpunca daripada sendi bahu tersebut atau daripada kawasan sekitar sendi seperti otot, ligamen dan juga tendon. Masalah bahu yang berpunca daripada sendi selalunya akan menjadi lebih sakit apabila sendi tersebut digerakkan.
Selain daripada itu, terdapat juga penyakit-penyakit lain yang boleh menyebabkan bahu menjadi sakit iaitu seperti serangan sakit jantung dan masalah batu hempedu . Kesakitan pada bahu yang berasal daripada struktur selain daripada bahu tersebut adalah dikenali sebagai ‘referred pain‘ iaitu kesakitan yang dirujukkan kepada masalah lain.
Selalunya, jika ia adalah ‘Referrred pain‘, kesakitan bahu tidak akan menjadi teruk apabila bahu digerakkan.
Apakah punca sakit bahu?
Sakit bahu yang ringan biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Terdapat pelbagai perkara yang menjadi punca kepada masalah ini. Antaranya:
- Urat tegang yang disebabkan oleh senaman yang berlebihan.
- Tendonitis juga disebabkan oleh senaman yang berlebihan ataupun mengangkat sesuatu benda yang berat mengatasi kebiasaan.
- Sendi bahu yang tidak stabil/mudah terkeluar (mungkin disebabkan kerana sering terkeluar ketika diserang sawan)
- Tulang bahu yang terkeluar daripada soketnya (shoulder dislocation)
- Patah tulang bahu
- Bahu terkehel
- Sendi bahu beku (frozen shoulder)
- Saraf yang terhimpit
- Osteoarthritis: Sendi yang semakin terhakis selalunya disebabkan faktor penuaan.
- Rheumatoid arthritis
- Systemic Lupus erythematosus
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Bila perlu berjumpa doktor?
Pesakit yang mengalami masalah ini boleh membuat rawatan sendiri di rumah sekiranya sakit tersebut tidak terlalu serius dan telah dikenalpasti berpunca daripada sesuatu masalah yang tidak berisiko tinggi seperti bersenam secara berlebihan ataupun mengangkat barang yang berat.
Namun, bagi sesetengah keadaan, pesakit perlu segera berjumpa dengan doktor. Antara keadaan yang memerlukan pesakit berjumpa dengan doktor adalah:
- Sendi tersebut kelihatan tidak normal
- Kesakitan sendi yang melampau
- Bahu tersebut tidak boleh digerakkan walaupun sedikit disebabkan oleh kesakitan yang melampau
- Bengkak
- Masalah bahu yang disebabkan oleh trauma seperti jatuh dari motosikal.
Jika bahu menjadi terlalu sakit, bengkak serta sukar untuk digerakkan, pesakit dinasihati untuk berjumpa dengan doktor kerana berkemungkinan mengalami patah tulang bahu.
Rawatan sendiri di rumah
Untuk merawat rasa sakit bahu yang tidak serius, pesakit boleh:
1. Mengambil ubat tahan sakit
Jika mengalami sakit-sakit badan dan sendi disebabkan senam yang berlebihan atau mengangkat barang yang berat, ia boleh dirawat dengan mengambil ubat tahan sakit jenis ‘non-steroidal anti-inflammatory drugs’ (ubat meredakan radang/bengkak jenis bukan steroid).
Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan keradangan di kawasan tersebut. Ubat ini juga perlu diambil selepas makan kerana kesannya boleh menyebabkan gastrik.
2. Mendapatkan rehat yang cukup
Kurangkan aktiviti yang menggunakan sendi bahu secara berlebihan supaya kawasan sakit tersebut dapat sembuh dengan sepenuhnya.
3. Rawatan ais
Ais boleh digunakan sebagai rawatan untuk mengurangkan bengkak atau sakit yang disebabkan trauma. Namun, jika sakit anda mengalami sakit yang terlalu teruk, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan sekiranya terdapat tulang yang patah.
Penyakit lain yang berkaitan:
Sakit Tumit | Sakit Pergelangan Tangan |
Sakit Belakang | Sakit Leher |
Sakit Rusuk | Sakit Lutut |
Sakit Otot | Sakit Muka |
Sakit Sendi | Sakit Tapak Kaki |
Sakit Pinggang | Sakit Bahu |
Rujukan:
- Chorley J, et al. Traumatic causes of acute shoulder pain and injury in children and adolescents.
- Shoulder pain – Healthline.