Skip to content

Kaki Bengkak: Punca, Penyebab dan Cara Rawatan

Apakah itu punca kaki bengkak?

Artikel ini akan membincangkan berkenaan punca kaki bengkak, rawatan dan tips-tips untuk mengurankan bengkak tersebut

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Kaki Bengkak
  3. Rawatan Kaki Bengkak
  4. Bila Perlu berjumpa Doktor
  5. Kaki bengkak ketika hamil

Pengenalan


Kaki bengkak merupakan keadaan yang mungkin selalu dialami oleh sesetengah individu terutamanya wanita yang sedang mengandung. Keadaan seperti ini seringkali menimbulkan kerisauan dan mengganggu aktiviti harian seseorang.



Masalah ini biasanya adalah disebabkan oleh pengumpulan cecair pada bahagian kaki yang menyebabkan ia kelihatan seperti sembab. Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua belah kaki atau mungkin hanya pada sebelah kaki sahaja bergantung kepada punca masalah tersebut.

Punca Kaki Bengkak


Terdapat beberapa punca yang membawa kepada masalah kaki menjadi bengkak. Antaranya adalah mempunyai jenis gaya hidup seperti:

1. Berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan peredaran darah daripada bahagian kaki hingga bahagian atas menjadi berkurangan. Akibatnya, ia menyebabkan cecair terkumpul pada bahagian kaki lalu menyebabkan kaki menjadi bengkak.

2. Duduk atau berdiri dalam masa yang lama



Apabila otot tidak digerak dalam tempoh yang lama, darah tidak dapat dipam secara lancar ke bahagian jantung dan akhirnya menyebabkan cecair akan terkumpul di bahagian kaki.

3. Ubat-ubatan

Bengkak pada kaki juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti:

  • Ubat darah tinggi. Ada sesetengah ubat tekanan darah mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan kaki menjadi bengkak. Ubat ini adalah amlodipine. Jika anda mengalami kesan sampingan ini, anda perlulah memberitahu doktor anda
  • Steroid.
  • Ubat antidepresi jenis tertentu.

4. Penyakit tertentu

Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit tertentu. Antaranya seperti:

  • Kegagalan buah pinggang
  • Lemah jantung
  • Kegagalan hati
  • Jangkitan kuman dibahagian kaki
  • Deep Vein Thrombosis: Salur darah pada bahagian kaki yang tersumbat dengan kehadiran darah beku.
  • Untut: Penyakit ini disebabkan berlakunya sumbatan pada saluran limfa yang berpunca daripada parasit yang berada didalamnya. Akibatnya, lebihan cecair yang keluar daripada saluran darah tidak dapat diserap semula lalu menyebabkan cecair tersebut terkumpul di dalam tisu kaki.
  • Pre-eclampsia: Merupakan keadaan tekanan darah tinggi yang berlaku kepada wanita yang mengandung. Walaubagaimanapun, terdapat juga wanita mengandung yang mempunyai tekanan darah yang normal mengalami masalah ini.

5. Trauma

Jika pesakit mengalami trauma pada kaki, ia juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian tersebut. Patah kaki, kaki terseliuh dan sebagainya boleh menyebabkan kawasan tersebut mengalami bengkak

Periksa Simptom anda Di Sini



Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Kaki Bengkak


Jika masalah ini disebabkan perkara yang tidak serius maka anda boleh cuba merawatnya dirumah. Berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan masalah bengkak kaki.

1. Tinggikan kaki waktu tidur

Bahagian kaki perlu ditinggikan dengan cara meletakkan sesuatu dibawah kaki seperti beberapa buah bantal atau barang yang lain. Objektifnya adalah untuk menurunkan cecair daripada kaki tersebut turun ke bawah dan bengkak kaki itu akan semakin berkurangan.

2. Elakkan dari duduk terlalu lama.

Duduk yang terlalu lama akan menyebabkan cecair dalam badan turun mengikut graviti dan berkumpul di kaki. Ini menyebabkan kaki anda mudah mengalami masalah ini. Jika boleh selalu bergerak supaya cecair dari kaki dapat dipam semula ke dalam jantung

3. Kurangkan pengambilan garam

Sifat garam ini dia suka pegang atau tarik air. Semakin banyak garam yang kita ambil, semakin banyak badan boleh pegang atau tarik air. Ini menyebabkan lebih banyak air berkumpul dalam badan dan menyebabkan masalah ini berlaku.

4. Kurangkan berat badan



Berat badan yang kurang akan menyebabkan kapasiti badan menyimpan air semakin berkurangan

5. Gunakan Stokin khas

Pesakit boleh menggunakan stokin ataupun stoking jenis tekanan (compression stocking)/(Alternatif). Ia akan memberi tekanan pada bahagian kaki dibawah untuk mengelakkan masalah ini berlaku

Jika masalah kaki ini adalah disebabkan penyakit tertentu seperti kegagalan buah pinggang, lemah jantung, kegagalan hati atau penyakit-penyakit lain, pesakit hendaklah sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor di klinik atau hospital.

Bila perlu berjumpa doktor?


Walaupun anda mungkin selalu mengalami masalah ini, dalam keadaan tertentu, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapati berlaku sesuatu pada bengkak tersebut.

Keadaan tersebut adalah seperti:

  • Kaki terasa sakit dan terasa lebih panas daripada biasa.
  • Bengkak tersebut berlaku disekeliling luka yang terdapat pada bahagian kaki
  • Pesakit mengalami demam
  • Bengkak menjadi semakin teruk
  • Wanita yang mengandung dan mengalami bengkak yang amat teruk atau sakit kepala yang teruk
  • Mengalami sesak nafas

Kaki bengkak semasa mengandung


Wanita yang mengalami ini sewaktu mengandung mungkin adalah sesuatu perkara yang biasa atau boleh menjadi suatu masalah yang serius. Biasanya bagi wanita yang hamil, hormon estrogen yang dihasilkan oleh badan adalah lebih tinggi berbanding ketika tidak hamil.

Keadaan seperti ini akan memberikan beberapa kesan pada badan termasuklah pengembangan salur darah. Salur darah yang mengembang pada bahagian kaki akan membuatkan cecair lebih mudah terkumpul dan akhirnya menyebabkan ia menjadi bengkak. Dengan pemakaian Compression stocking(Alternatif) boleh mengurangkan simptom ini.



Selain itu, terdapat juga masalah lain yang membawa kepada simptom ini iaitu pre-eclampsia. Ia berlaku pada pesakit mengalami tekanan darah tinggi sewaktu mengandung serta terdapat kandungan protein di dalam air kencingnya.

Oleh kerana protein banyak terlepas ke dalam air kencing, darah tidak akan mampu lagi untuk menahan air keluar dari salur darah. Keadaan ini menyebabkan air dikeluarkan dengan banyak pada bahagian kaki sehingga menyebabkan simptom ini berlaku.

Oleh sebab itulah, selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi dan ujian kandungan protein dalam air kencing terhadap wanita yang mengandung dan mengalami masalah ini atau mengalami pertambahan berat badan yang mendadak.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2014, April 11). Leg swelling.
  2. Swollen feet and legs (edema). (n.d.). – Foot smart
  3. Physical activity and adults. (n.d.). – WHO
  4. What you should know about swelling in your legs. (2015, July 13). Clevel and clinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − seven =