Skip to content

Mata Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan

Mata bengkak atau kelopak mata bengkak adalah salah satu masalah yang selalu berlaku dalam masyarakat. Ia boleh berlaku disebabkan trauma di bahagian tersebut hinggalah disebabkan jangkitan kuman.

Punca mata bengkak

Terdapat pelbagai punca kepada masalah ini. Ia adalah:

  • Alahan
  • Digigit semut atau pijat
  • Ketumbit
  • Konjunktivitis
  • Trauma atau kecederaan pada kawasan tersebut
  • Celluitis – Jangkitan kuman dikawasan kulit berderkatan
  • Kanser mata

Simptom

Terdapat beberapa simptom lain yang boleh berlaku ketika anda menghadapi masalah ini. Ia adalah:



Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Masalah Mata Bengkak

Penting bagi seorang doktor untuk mengetahui punca kepada masalah ini tersebut kerana daripada situ barulah rawatan yang tepat boleh diberikan pada pesakit.

1. Ketumbit

Ketumbit berlaku disebabkan sumbatan pada kalenjar dibahagian kelopak mata. Jangkitan kuman dikawasan kalenjar tersebut pula akan menyebabkan bahagian kelopak mata menjadi bengkak dan sakit.

Selepas nanah di keluarkan daripada ketumbit tersebut, selalunya keadaan mata akan bertambah baik.



Rawatan yang selalu disyorkan pada pesakit adalah tuam dengan benda panas. Pesakit boleh menggunakan sudu yang dicelur dalam air panas kemudian dibalut dengan kain. Sebelum tuam, rasa dulu dengan menggunakan supaya suhu tidak terlalu tinggi hingga menyebabkan kawasan mata melecur.

Jika suhu suduhnya sudah suam, barulah ditekan pada bahagian ketumbit untuk mengeluarkan nanah dikawasan tersebut

2. Konjunctivitis

Jangkitan ini berlaku satu lapisan mata iaitu konjunktiva. Pesakit selalunya mengalami masalah mata merah.

Pesakit boleh membersihkan tahu mata dengan menggunakan air suam dan juga kapas. Jika doktor merasakan masalah tersebut disebabkan jangkitan bakteria, selalunya doktor akan memberikan ubat titis yang mempunyai antibiotik di dalamnya.

3. Cellulitis

Merupakan jangkitan kuman di kawasan mata. Kelopak mata akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pada ketika ini pesakit perlu mengambil antibiotik daripada jenis syrup ataupun tablet.

4. Alahan



Bengkak pada mata disebabkan alahan juga dikenali sebagai angioedema. Selalunya ia bukan sahaja melibatkan bengkak pada bahagian mata, tetapi juga bengkak pada mulut.

Jika terlalu teruk, bahagian tekak dan saluran pernafasan juga boleh bengkak dan menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas.

Rawatan yang selalu diberikan oleh doktor adalah suntikan steroid untuk menghalang dan menurunkan respons alahan pada ketika itu. Jika terlalu teruk, doktor mungkin akan menyuntik ubat adrenaline untuk merawat pesakit.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Carlisle, R. T., & Digiovanni, J. (2015, July). Differential diagnosis of the swollen red eyelid. American Family Physician, 92(2), 106-112. 
  2. Eyelid problems. (n.d.). – NHS UK
  3. Eyelid – swelling. (n.d.). – Helathy Children
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − five =