Skip to content

Perut Berangin: Punca, Simptom dan Rawatan

Setiap orang akan mengalami perut berangin. Bahkan terdapat orang yang melepaskan kentut lebih kurang 20 kali dalam sehari. Dan jika seseorang itu tidak dapat melepaskannya daripada dubur, terkadang ia juga boleh dikeluar daripada mulut.

Perut berangin boleh menyebabkan sakit yang sedikit sehinggalah sakit yang benar-benar teruk. Walaupun simptom ini boleh berlaku selepas daripada makan ataupun minum, tetapi kadang-kadang ia juga boleh menunjukkan pesakit yang lebih serius.

Apakah simptom perut berangin?

Angin di dalam perut boleh menyebabkan beberapa simptom iaitu:



Kebanyakan masalah ini bukanlah sesuatu serius dan tidak memerlukan rawatan. Ia akan baik dengan sendirinya.

Tetapi jika ianya terlalu kerap ataupun menyebabkan sakit perut yang teruk, anda diminta untuk berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Apakah punca kepada perut berangin?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah perut berangin iaitu:

  • Mengambil minuman berkarbonat
  • Mengunyah gula getah(menyebabkan seseorang itu menelan udara dengan lebih banyak)
  • Merokok
  • Mengambil kopi
  • Menggunakan gigi palsu

Dalam keadaan ini, angin tersebut akan dikeluarkan daripada perut dengan cara sendawa. Tetapi jika tidak sendawa, angin tersebut akan masuk ke dalam usus dan keluar sebagai kentut.



Bahkan di dalam usus juga terdapat bakteria yang boleh menguraikan makanan yang tidak boleh dicernakan oleh badan manusia. Ini akan menyebabkan penghasilan gas juga dan ia dilepaskan melalui dubur sebagai kentut.

Oleh itu, terdapat beberapa jenis makanan yang akan menyebabkan anda lebih kerap melepaskan angin iaitu:

  • Brokoli
  • Kekacangan
  • Bunga kobis
  • Asparagus
  • Keju
  • Roti
  • Susu
  • Kentang
  • Mee
  • Gandum

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah kaedah untuk mengelak masalah ini?

Perubahan dalam diet adalah sesuatu yang perlu dilakukan bagi mereka yang kerap mengalami masalah ini. Sediakan diari untuk mengenalpasti makanan apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku. Tulis apa yang anda makana dan pastikan sama ada makanan tersebut menyebabkan perut berangin ataupun tidak.

Kemudian cuba elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Lihat sama ada masalah tersebut berulang kembali ataupun tidak.

Anda juga boleh mengelakkan masalah ini dengan:

  • Mengurangkan pengambilan air berkarbonat
  • Tidak terlalu laju mengunyah makanan ataupun meminum air
  • Elakkan daripada mengunyah gula getah
  • Berhenti merokok
  • Jika memakai gigi palsu, pastikan gigi itu melekat dengan sempurna

Punca lain yang menyebabkan perut berangin

Terdapat beberapa penyakit yang juga boleh menyebabkan perut sentiasa berangin. Ia adalah:

Radang UsusGERD
SembelitKanser Usus
GastrikBatu Hempedu
Kanser Perut

Bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda menghadapi tanda-tanda ini berserta simptom perut berangin, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Tanda-tanda tersebut adalah:

Cadangan untuk Ubat ini



GavisconGaviscon double action

Periksa Simptom anda Di Sini

Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Rujukan:

  1. Gas in the digestive tract. (n.d.).-Hopkinsmedicine
  2. Mayo Clinic Staff. (2018). Gas and gas pains.
  3. Symptoms and causes of gas in the digestive tract. (2016).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + 13 =