Skip to content

Kerap Sendawa: Punca, Rawatan dan cara mengelakkan

Sendawa adalah perbuatan mengeluarkan udara daripada perut melalui mulut. Ia selalunya berlaku apabila perut menjadi penuh disebabkan terdapat banyak udara di dalamnya dan menyebabkan seseorang itu kerap sendawa.

Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa.

Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain.

Punca Kerap Sendawa



Sendawa selalunya berlaku apabila seseorang itu kerap menelan udara. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang lebih banyak menelan udara. Punca-punca tersebut adalah:

  • Makan atau minum dengan terlalu laju
  • Minum minuman berkarbonat
  • Gigi palsu yang tidak melekat dengan sempurna
  • Gelisah atau risau

Bayi dan kanak-kanak selalunya akan menelan udara dengan lebih banyak terutamanya ketika menyusu. Disebabkan itulah, bayi perlulah disendawakan selepas menyusu untuk mengeluarkan lebihan udara yang ditelan ketika menyusu.

Beberapa punca yang lain adalah:

1. Aerophagia

Aero bermaksud udara. Phagia bermaksud makan atau menelan. Oleh itu, Aerophagia bermaksud menelan atau memakan udara disebabkan berapa punca seperti:

  • Bercakap ketika makan
  • Mengunyah gula getah
  • Hisap gula-gula
  • Merokok
  • Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan sempurna
  • Serangan panik

2. Makanan

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan masalah kerap sendawa ini berlaku seperti:

  • Brocolli
  • Kancang pea
  • Bawang
  • Bunga kobis
  • Kismis
  • Labu
  • Air berkarbonat


Mengambil makanan yang tinggi dengan kanji dan serat akan meningkatkan kebarangkalian untuk sendawa kerana bahagian makanan ini tidak boleh diuraikan oleh enzim badan. Oleh itu, bakteria di dalam usus akan menguraikan bahan tersebut menyebabkan terhasilkan gas di dalam saluran pencernaan.

Ini akan menyebabkan perut terasa penuh dengan angin dan anda akan selalu sendawa.

3. Ubat-Ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang menyebabkan sendawa kerap berlaku iaitu

  • Ubat kencing manis jenis Acarbose
  • Ubat julap yang mengandungi gula seperti lactulose dan sorbitol
  • Ubat tahan sakit jenis NSAIDS seperti Diclofenac(juga terkenal dengan nama voltaren/Voren), Mefenamic acid(terkenal dengan nama Ponstan), Naproxen(terkenal dengan nama Synflex).

Penggunaan ubat tahan sakit ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah gastrik yang berakhir dengan kerap sendawa.

4. Penyakit

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah kerapa sendawa ini. Ia adalah:

Rawatan Kerap Sendawa

Sendawa biasa selalunya tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Tetap jika ia terlalu kerap, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Rawatan di rumah

Jika anda selalu sendawa, anda boleh cuba beberapa perkara ini untuk mengelakkan masalah tersebut daripada selalu berlaku.

Ia adalah:



  • Elakkan makan daripada terlalu cepat
  • Elakkan daripada makan gula getah
  • Elakkan minum air berkarbonat
  • Betulkan gigi palsu jika mempunyai masalah
  • Kena tahu makanan yang menyebabkan masalah kerap sendawa

Perubatan

Bila berjumpa dengan doktor, sejarah anda akan diambil untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Beberapa ujian akan dibuat jika didapati anda mengalami penyakit yang disyaki oleh doktor sebagai contoh:

  • Oesophago-gastro-duodeno scope(OGDS): Prosedur memasukkan kamera ke dalam perut untuk melihat kawasan tersebut mempunyai masalah gastrik ataupun GERD
  • Ujian Helicobacter pylori: Untuk mengesan sama ada masalah gastrik pesakit adalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori tersebut ataupun tidak.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara untuk Mengelakkan Masalah Kerap Sendawa.

Sendawa adalah sesuatu yang normal. Tetapi jika ianya kerap anda perlu berjumpa dengan doktor. Walaubagaimanapun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan masalah tersebut iaitu:

  • Makan ketika duduk
  • Makan jangan terlalu cepat
  • Elakkan daripada mengambil air berkarbonat
  • Elakkan daripada mengunyah gula getah
  • Elakkan daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan anda sendawa

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Gas in the digestive tract. (n.d.).
  2. Mayo Clinic Staff. (2018). Gas and gas pains
  3. Mayo Clinic Staff. (2018). Gastritis.
  4. Modi R, et al. (2013). Belching, bloating, and flatulence.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + eleven =