Skip to content

Kaki Terseliuh: Cara Rawatan dan Punca

Kaki terseliuh adalah satu keadaan dimana terdapat kecederaan pada sendi dibahagian buku lali.

Ianya selalu berlaku apabila buku lali itu bengkuk ke bahagian dalam. Ianya boleh menyebabkan kecederaan ataupun kerosakan pada ligamen dibahagian buku lali.

Ramai daripada kita pernah mengalami masalah ini. Ada kalanya ia boleh baik dengan sendiri. Tetapi ada juga waktu ia perlu mengambil ubat tahan sakit dan sebagainya

Punca kaki terseliuh



Masalah ini selalunya berlaku apabila buku lali kaki seseorang itu tergeliat menyebabkan kecederaan berlaku pada ligamen.

Ketika melakukan aktiviti fizikal, masalah ini boleh berlaku apabila buku lali bengkok ke bahagian dalam secara tiba-tiba.

Kecederaan ini boleh menyebabkan kawasan kaki tersebut bengkak dan lebam.

Simptom

Anda mungkin menghadapi kaki terseliuh bila mempunyai simptom-simptom ini:

  • Bengkak kaki
  • Sakit di bahagian kaki tersebut
  • Kaki tidak boleh menampung berat badan
  • Kaki lebam

Kaki mungkin menghadapi kecederaan lain selain daripada kecederaan pada ligamen. Ia boleh disebabkan patah tulang dikawasan tersebut. Oleh itu, perlunya pemeriksaan daripada doktor untuk mengetahui jenis kecederaan yang berlaku.



Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara rawatan kaki terseliuh

Cara rawatan yang perlu dilakukan ketika mana menghadapi masalah ini boleh diringkaskan dengan mengikut singkatan perkataan RICE. Iaitu R untuk Rest, I untuk Ice, C untuk compression dan E untuk Elevation

1. Rest (Rehat)

Anda diminta untuk berehat dan tidak berjalan terlalu banyak. Ini akan memberikan masa untuk kawasan tersebut sembuh dengan baik.

2. Ice (Ais)

Gunakan ais atau pek ais dan letak pada kawasan yang bengkak. Ia boleh menyebabkan saluran darah dikawasan tersebut mengecut dan mengelakkan daripada bengkak menjadi terlalu besar.

3. Compression (Tekanan)

Tekanan pada bahagian yang terlibat akan mengurangkan perkumpulan darah di bahagian tersebut. Ini akan menyebabkan bengkak tidak terlalu besar dan kesakitan pada buku lali tersebut tidak terlalu teruk.



4. Elevation (Angkat kaki)

Dinasihatkan ketika baring, kaki diangkat lebih tinggi berbanding dari aras badan. Ini akan mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat dan bengkak tidak menjadi terlalu besar.

5. Ubat

Selain itu, anda juga boleh mengambil ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit seperti Naproxen dan ibuprofen boleh mengurangkan sakit dengan cara mengurangkan keradangan di kawasan kaki tersebut.

Apakah perkara yang dilarang?

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dibuat kepada buku lali anda jika sedang menghadapi masalah kaki terseliuh ini. Ia adalah:

1. Jangan tuam guna bahan panas

Bahan yang panas jika dituam pada bahagian yang cedera akan menyebabkan salur darah mengembang. Ini akan menyebabkan pendarahan di bawah kulit lebih banyak berlaku dan bengkak akan semakin besar

2. Jangan pergi urut



Urutan pada kawasan yang bengkak akan menyebabkan kecederaan semula pada kawasan yang terlibat. Ini akan menyebabkan bengkak menjadi semakin besar dan kecederaan menjadi semakin teruk.

3. Elakkan berjalan tanpa tongkat

Apabila terdapat kecederaan pada kaki, dinasihatkan untuk menggunakan tongkat kerana ia boleh mengelakkan bahagian yang cedera tersebut semakin sakit dan cedera

4. Elakkan balut dengan terlalu ketat

Ada sesetangah orang suka memberi tekanan pada kawasan bengkak tersebut dengan membalutnya dengan kain. Ia dibenarkan tetapi elakkan membalut dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyekat perjalan darah ke kawasan tersebut.

Cara-cara pencegahan

Kaki yang mempunyai sejarah terseliuh boleh berlaku semula. Oleh itu, anda boleh melakukan perkara ini untuk mengurangkan risiko:

  • Gunakan kasut yang sesuai untuk aktiviti fizikal.
  • Pastikan tiada lubang pada padang ketika anda bermain dikawasan tersebut
  • Bersihkan halangan yang mengganggu tempat anda melakukan aktiviti fizikal
  • Pastikan buku lali anda kuat dan fleksibel
  • Tidak melompat daripada kawasan yang tinggi

Ujian pengesahan

Doktor pada mulanya akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan ianya bukan disebabkan patah tulang. Jika keadaan tersebut teruk, doktor mungkin akan mengesyorkan:

1. X-ray



Dengan melakukan x-ray, kita dapat memastikan sama ada pesakit mengalami patah tulang ataupun tidak.

2. MRI

Imbasan jenis ini pula perlu dilakukan jika merasakan terdapat kecederaan yang teruk pada ligamen ataupun tisu dibahagian tersebut.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2014). Sprained ankle.
  2. Sprained ankle. (n.d.). AOFAS.org
  3. Sprained ankle. (2012). orthoinfo

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 7 =