Skip to content

Hilang Selera Makan: Punca dan Rawatan

Hilang selera makan merupakan salah satu perkara yang pernah dialami oleh semua orang. Tetapi ada beberapa keadaan yang menyebabkan selera makan tersebut hilang dalam satu tempoh yang lama hingga menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Ia juga boleh berserta dengan simptom yang lain seperti badan menjadi lemah dan juga berat badan berkurangan.

Dalam artikel ini, kita akan menceritakan punca kepada masalah hilang selera makan, komplikasi dan cara rawatannya.

Punca hilang selera makan




Masalah ini boleh disebabkan masalah fizikal dan juga masalah psikologi. Ia selalunya berlaku secara sementara jika masalah terebut disebabkan jangkitan kuman atau masalah pencernaan.

Sesetengah orang akan mengalami masalah ini disebabkan masalah perubatan seperti kanser pada tahap terakhir.

1. Punca yang kerap berlaku

Punca ini selalunya menyebabkan masalah hilang selera makan secara sementara sahaja. Apabila masalah tersebut sudah hilang, maka selera makan pun akan menjadi normal semula.

Beberapa punca tersebut adalah:



2. Masalah perubatan

Masalah atau penyakit kronik boleh menyebabkan hilang selera makan yang berterusan. Masalah tersebut adalah:

3. Kesan Sampingan Ubat

Terdapat pelbagai ubat yang boleh mengganggu selera makan seseorang. Ubat dan rawatan tersebut adalah:

  • Julap
  • Beberapa jenis antibiotik
  • Rawatan Immunoterapi
  • Rawatan Kemoterapi
  • Rawatan Radioterapi
  • Ubat bius

4. Masalah Psikologi

Masalah psikologi atau mental juga boleh mengganggu selera makan seseorang. Masalah tersebut adalah:

  • Kemurungan
  • Serangan panik
  • Stress
  • anxiety
  • Masalah Bulimia atau anorexia nervosa

5. Beberapa jenis kanser

Hilang selera makan atau berat badan berkurangan secara mendadak boleh disebabkan beberapa jenis kanser seperti kanser pankreas, kanser ovari, kanser perut dan juga kanser usus.



Disamping hilang selera, pesakit juga akan mengalami beberapa simptom yang lain seperti:

Jika anda mengalami simptom ini, anda perlulah terus berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.

Ujian pengesahan


Kurang selera makan yang disebabkan perkara yang jelas seperti jangkitan kuman, demam, kesan sampingan ubat-ubatan selalunya tidak memerlukan ujian khas.

Tetapi jika masalah kurang selera makan itu berlaku dalam satu tempoh yang lama dan juga menyebabkan berat badan berkurang secara mendadak, maka perlunya ujian untuk mengesan punca kepada masalah tersebut.

1. Ujian darah

Ujian darah seperti full blood count boleh melihat bilangan sel darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan juga platlet. Ia sedikit sebanyak boleh memberikan klu jika terdapat kanser darah.

Ujian juga boleh digunakan untuk melihat fungsi hati dan juga fungsi buah pinggang

2. Pengimejan



Pengimejan seperti CT-Scan atau MRI boleh mengesan kanser di dalam badan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan


Rawatan untuk masalah ini adalah bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah kurang selera ini berlaku.

1. Rawatan tertumpu untuk punca

Jika punca tersebut akan sembuh dalam masa yang singkat, maka rawatan hanya bertumpu kepada penyakit tersebut sahaja sehinggalah ia sembuh. Setelah sembuh, selera makan itu sendiri akan menjadi normal

Sebagai contoh penyakit tibi, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kurang selera makan dan juga berat badan akan turun secara mendadak. Pesakit ini selalunya akan diberikan ubat anti-tibi untuk membunuh kuman tibi tersebut.

Dengan masa kuman tibi akan mati, dan selera makan pesakit juga akan bertambah.

2. Suplemen untuk meningkatkan selera makan

Tetapi jika penyakit tersebut adalah penyakit kronik seperti kanser, HIV dan sebagainya, maka pesakit boleh diberikan vitamin untuk meningkatkan selera makan.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Appetite loss and cancer treatment. (2018, September 14) – cancer.gov
  2. Das, D., & Roy, T. (2017). A practical approach to loss of appetite. Progress in Medicine, 1, 181–186
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 3 =