Skip to content

Susah Tidur Malam : Punca, Simptom dan Rawatan

Susah tidur malam atau masalah Insomnia merupakan salah satu penyakit di dalam perubatan. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah ini jika dia susah untuk tertidur atau susah untuk tidur dalam satu jangkamasa yang lama atau normal.

Mereka yang mengalami susah tidur malam ini selalunya akan kelihatan letih setelah bangun daripada tidur.

American Psychiatric Association telah menggariskan definisi untuk mereka yang mengalami penyakit insomnia(Insomnia disorder) dan perlu memenuhi kriteria ini:

  • Masalah susah tidur berlaku sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu selama lebih kurang 3 bulan.
  • Masalah susah tidur itu memberi gangguan emosi dan juga pekerjaan pesakit.

Punca masalah susah tidur




Jenis insomnia ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

  • Insomnia Primer: Ini membawa maksud masalah susah tidur itu bukan disebabkan penyakit yang anda ada.
  • Insomnia Skunder: Masalah tidur tersebut adalah disebabkan penyakit seperti asma, kemurungan, sakit sendi, kanser dan sebagainya.

Beberapa punca insomnia adalah:

Punca Insomnia primer:

  • Stress yang berkait dengan masalah besar di dalam dirinya atau keluarga
  • Persekitaran yang dicemari dengan bunyi yang kuat, cahaya yang terang dan suhu.
  • Perubahan pada waktu tidur disebabkan kita pergi ke negara lain

Punca Insomnia skunder:

  • Masalah psikatri seperti kemurungan atau anxiety
  • Pengambilan kafein atau rokok
  • Hipertiroid
  • Ubat untuk masalah asma, darah tinggi dan sebagainya

Faktor risiko untuk susah tidur malam


Insomnia boleh berlaku pada semua umur dan kebanyakkannya akan memberi kesan kepada kaum perempuan berbanding kaum lelaki.

Terdapat beberapa faktor risiko lain yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Ia adalah:

  • Stress yang teruk ditempat kerja
  • Gaji rendah
  • Melancong ke tempat yang berbeza zon masa
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Perubahan dalam waktu berkerja

Beberapa jenis penyakit seperti obes dan masalah jantung juga boleh menyebabkan masalah susah tidur malam.



Menopause juga boleh menyebabkan insomnia

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom insomnia


Mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur ini selalunya akan mempunyai beberapa simptom ini:

  • Bangun terlalu awal pada waktu pagi
  • Tidur yang tidak menyegarkan
  • Susah untuk tidur

Simptom insomnia ini akan menyebabkan simptom yang lain seperti:

Mereka juga akan bermasalah dalam menumpukan kerja-kerja seharian mereka.

Rawatan masalah insomnia


Pesakit mungkin perlu untuk mencuba beberapa jenis rawatan sebelum menemukan sesuatu yang berkesan untuk dirinya.

1. Cognitive Behavioral therapy

American College of Physicians(ACP) mengesyorkan rawatan Cognitive Behavioral Therapy(CBT) dimana di dalam rawatan ini cara pesakit berfikir dan menyelesaikan masalah akan diperbaiki supaya cara berfikir pesakit menjadi normal semula.



2. Sleep hygiene

Dalam rawatan ini, pesakit diminta untuk membersihkan diri sebelum ingin tidur. Ini akan membantu pesakit menjadi relaks dan mudah untuk tidur

Beberapa perubahan lain yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah:

  • Elakkan pengambilan kafein sebelum tidur
  • Elakkan senaman ketika waktu tidur
  • Kurangkan berbaring di atas katil ketika mana anda tidak berniat untuk tidur

3. Ubat-ubatan

Ada sesetengah pengamal perubatan memberikan ubat jenis anti-histamine iaitu ubat yang selalu digunakan untuk selesema atau alahan kepada pesakit ini. Kerana salah satu kesan sampingannya adalah pesakit akan mengantuk.

Setelah rawatan yang diatas tadi telah dilakukan, tetapi pesakit masih mengalami masalah kesukaran untuk tidur ini, maka doktor mungkin akan memberikan ubat ini kepada pesakit

  • Eszopiclone
  • Zolpidem

Komplikasi insomnia


Badan dan otak kita memerlukan tidur supaya mereka mempunyai masa untuk merawat diri mereka sendiri. Ia juga adalah penting untuk tujuan pembelajaran dan juga untuk mengingati sesuatu.

Jika anda kerap mengalami insomnia, anda berkemungkinan juga untuk mengalami:



  • Tekanan darah tinggi, obesiti dan kemurungan
  • Susah untuk menumpukan perhatian
  • Mudah marah
  • Reaksi yang lambat hingga boleh menyebabkan kemalangan jarlan raya.

Cara untuk mengelakkan masalah susah tidur

  • Tidur pada waktu yang sama setiap hari dan begitu juga apabila bangun dari tidur
  • Elakkan tidur lama di waktu siang haru
  • Jangan melihat telefon ataupun buku sebelum tidur
  • Elakkan kopi
  • Bersenam selalu
  • Elakkan daripada mengambil makanan yang berat sebelum tidur
  • Kemaskan bilik tidur supaya nampak teratur
  • Jangan gunakan katil selain daripada untuk tidur
  • Jika tidak boleh tidur, buat sesuatu yang boleh membuatkan anda relaks seperti membaca dan sebagainya.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th ed.). Washington, DC: American
  2. Psychiatric Association Publishing. DOI:
    doi.org/10.1176/appi.books.9780890425596
  3. Insomnia. (n.d.). Sleep Foundation
  4. Insomnia. (n.d. NIH
  5. What are sleep disorders? (2017). – psychiatry.org
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 3 =