Skip to content

Menopause: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Menopause didefinasikan sebagai seorang wanita yang tidak datang bulan (period) selama 12 bulan berturut-turut. Wanita tersebut juga tidak akan mengandung disebabkan keadaan tersebut. Selalunya ia berlaku di antara umur 45 hingga 55 tahun. Tetapi ia juga boleh berlaku sebelum dan selepas umur ini juga.

Masalah ini boleh menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan seperti kenaikan berat badan dan badan menjadi panas dan kemerah-merahan. Untuk kebanyakan wanita, rawatan perubatan selalunya tidak diperlukan.

Bila menopause bermula dan sampai bila simptom tersebut bertahan?

Kebanyakan wanita mula mempunyai simptom ini 4 tahun sebelum datang bulan berhenti. Simptom selalunya berterusan 4 tahun juga selepas kali terakhir datang bulan.



Masalah ini selalunya berlaku pada umur 51 tahun. Terdapat pelbagai faktor yang akan menentukan bila anda mula menghadapi masalah ini seperti faktor genetik dan juga kesihatan ovari.

Perimenopause‘ adalah keadaan dimana terdapat perubahan hormon yang berlaku dalam badan bagi persediaan menopause. Dalam keadaan ini, pesakit akan mengalami simptom-simptom tersebut

Simptom dan tanda tanda menopause

Terdapat pelbagai simptom menopause dan selalunya ia menjadi lebih teruk jika masalah tersebut berlaku secara tiba-tiba. Keadaan pesakit seperti mempunyai kanser, merokok dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat mungkin akan meningkatkan tahap keterukan simptom tersebut

Simptom sebelum haid berhenti sepenuhnya adalah:

  • Datang bulan yang tidak menentu
  • Darah haid sama ada akan lebih banyak ataupun berkurangan daripada yang biasa
  • Pesakit akan mengadu panas, berpeluh waktu malam dan muka kemerah-merahan

Simptom-simptom lain termasuk:

  • Susah nak tidur
  • Faraj menjadi kering
  • Pertambahan berat badan
  • Kemurungan
  • Asyik risau
  • Susah untuk tumpukan perhatian
  • Kurangnya rasa untuk melakukan hubungan seks
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar


Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi

Beberapa komplikasi yang berlaku disebabkan menopause adalah:

  • Bahagian seks wanita yang semakin mengecut (Vulvovaginal atrophy)
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Osteoporosis yang menyebabkan tulang pesakit mudah patah
  • Mood yang selalu terganggu

Kenapa menopause berlaku?

Menopause adalah proses semulajadi disebabkan seseorang itu mengalami penuaan dan hormon reproduktif yang terhasil semakin berkurangan.

Badan mengalami beberapa perubahan disebabkan kurangnya hormon-hormon ini iaitu:

  • Estrogen
  • Progesteron
  • Testosteron
  • Follicle-stimulatin hormone (FSH)
  • Luteinizing hormone (LH)

Perkara ini selalunya berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun lebih dan akan menunjukkan simptom-simptom tersebut apabila hormonnya berkurangan.

Akan tetapi, ada juga sesetangah keadaan yang menyebabkan seseorang itu menopause awal. Beberapa sebab tersebut adalah:

  • Bilateral oophorectomy: Pembedahan untuk membuang kedua-dua belah ovari
  • Menghentikan fungsi ovari: Dengan pemberian ubat. Ia dilakukan selalunya disebabkan faktor kesihatan
  • Radioterapi pada bahagian pelvis iaitu bahagian bawah abdomen untuk merawat kanser
  • Kecederaan dibahagian pelvis yang merosakkan fungsi ovari

Penyiasatan

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah ini, selalunya tidak memerlukan pengambilan darah terutamanya bagi yang menopause pada umur yang sudah lanjut.

Ini kerana ia merupakan perkara yang normal. Jika seseorang itu berumur dalam lingkungan 50 tahun dan telah berhenti datang haid selama 12 bulan, maka wanita tersebut telah pun mengalami menopause secara semulajadinya



Rawatan Menopause

Selalunya masalah ini tidak memerlukan sebarang rawatan. Rawatan hanya diperlukan jika ia mengganggu kualiti hidup anda. Terapi hormon merupakan salah satu rawatan yang berkesan bagi mereka yang berumur 60 tahun kebawah ataupun dalam 10 tahun pertama bermulanya simptom menopause.

Ia boleh mengurangkan simptom

  • Badan merasa panas
  • Berpeluh waktu malam
  • Muka dan badan kemerah-merahan
  • Faraj menjadi kering
  • Osteoporosis

Terdapat jugak beberapa ubat ubatan lain yang boleh membantu dalam masalah keguguran rambut, kekeringan faraj dan kulit dan sebagainya. Tetapi sebelum mendapatkan ubat tersebut, pesakit perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan simptom menopause di rumah secara semulajadi. Ia adalah:

1) Sentiasa berada dalam keadaan sejuk

Anda boleh menggunakan pakaian yang longgar terutamanya waktu malam untuk mengelakkan rasa panas. Elakkan penggunakan selimut tebal supaya anda tidak berasa panas ataupun berpeluh dengan banyak. Gunakan penghawa dingin untuk memastikan bilik anda sentiasa sejuk

2) Bersenam dan uruskan berat badan anda

Kurangkan pengambilan kalori untuk mengelakkan berat badan anda meningkat. Jika boleh, bersenamlah 20-30 minit dalam sehari. Senaman yang kerap bagus untuk:



  • Meningkatkan penggunaan tenaga
  • Membantu untuk lebih mudah tidur
  • Menyebabkan mood menjadi baik

3) Sentiasa Berkomunikasi dengan orang lain

Jika anda menghadapi tekanan ataupun kemurungan, sila kongsikan perkara tersebut kapada orang yang terdekat. Minta pertolongan doktor jika ia menjadi semakin teruk

4) Menjaga kulit

Krim pelembab perlul sentiasa digunakan untuk mengelakkan kulit menjadi kering

5) Berhenti merokok dan berhenti pengambilan alkohol

Berhenti merokok jika anda merokok. Dan elakkan terdedah daripada asap rokok. Ia boleh menyebabkan simptom menopause anda menjadi semakin teruk

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Black cohosh [Fact sheet]. (2017). ods.od.nih.gov/factsheets/BlackCohosh-HealthProfessional/
  2. Cetisli NE, et al. (2015). The effects of flaxseed on menopausal symptoms and quality of life.
  3. Gold EB. (2012). The timing of the age at which natural menopause occurs. DOI: 10.1016/j.ogc.2011.05.002
  4. How do I know Iā€™m in menopause? (n.d.).
  5. Menopause. (2015). nhs.uk/conditions/menopause/
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × two =