Kerap Kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat.
Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka.
Jika seseorang itu bangun 2 kali pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain.
Punca Kerap Kencing Malam
Penyebab kepada kencing waktu malam boleh berlaku disebabkan gaya hidup hinggalah disebabkan penyakit.
1) Sebab-sebab perubatan
Terdapat pelbagai sebab perubatan yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah ini. Punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami kencing malam selalunya adalah disebabkan kencing kotor (Jangkitan kuman pada tempat buang air kencing)
Walaubagaimanapun terdapat beberapa penyakit lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:
- Jangkitan pada bahagian prostat
- Kanser pada bahagian pundi kencing ataupun prostat
- ‘Overactive’ bladder
- Kencing manis
- Asyik risau
- Jangkitan buah pinggang
- Masalah saraf seperti multiple sclerosis, penyakit Parkinson dan masalah saraf tunjang
- Pengambilan ubat lawas air kencing
***Ubat lawas air kencing selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi dan juga darah tinggi
ARTIKEL BERKENAAN: Kencing kotor
2) Kehamilan
Kencing malam boleh bermula pada waktu awal mengandung. Tetapi ia juga boleh berlaku kemudian, dimana rahim yang mengandungi bayi akan menekan pundi kencing
3) Gaya hidup
Mereka yang mengambil air secara berlebihan selalunya akan mengalami kencing yang banyak juga. Diterukkan lagi pengambilan kafein, ia memang akan menyebabkan seorang itu akan lebih kerap kencing
Penyiasatan
Mencari punca kepada masalah kerap kencing waktu malam boleh menjadi sesuatu yang sukar. Doktor akan bertanya beberapa jenis soalan untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
Beberapa jenis soalan tersebut adalah:
- Bila simptom ini mula berlaku
- Berapa kali pesakit membuang air diwaktu malam
- Ada tak insiden dimana pesakit terkencing di atas katil
- Ada tak mengambil apa-apa ubat
Terdapat juga beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca kepada perkara tersebut. Ujian tersebut adalah:
- Pemeriksaan gula dalam darah
- Pemeriksaan air kencing
- Ultrasound scan
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Rawatan Kerap Kencing Malam
Jika kencing kerap tersebut disebabkan pengambilan ubat-ubatan, dinasihatkan anda untuk berjumpa doktor supaya ubat tersebut boleh ditukarkan ataupun diberhentikan penggunaannya setakat itu
Rawatan nocturia kadang-kadang boleh digunakan dengan menggunakan ubat seperti
- Ubat Anticholinergic
- Desmopressin
Nocutria ataupun kerap kencing malam ini boleh menunjukkan sesuatu keadaan yang serius seperti penyakit kencing manis dan sebagainya
Rujukan:
- Kim J, et al. (2016). Nocturia: The circadian voiding disorder.
- Mayo Clinic Staff. (2014, November 26). Overactive bladder: Preparing for your appointment.
- Nocturia. (2013, June 4), – Mayoclinic
- Nocturia or frequent urination at night. (n.d.). sleep Foundation
- Sumber featured image: nafc.org