Skip to content

Sakit Muka: Punca, Simptom dan Rawatan

Sakit Muka adalah sakit yang berlaku pada bahagian muka termasuk mata dan mulut. Walaupun sakit ini selalu berlaku disebabkan kecederaan ataupun sakit kepala, tetapi sakit dibahagian muka juga boleh disebabkan sesuatu keadaan yang serius.

Punca Sakit Muka

Masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti jangkitan kuman hinggalah disebabkan kerosakan saraf pada bahagian muka.Punca yang selalu menyebabkan masalah ini adalah:

  • Jangkitan kuman pada kawasan mulut
  • Ulser
  • Nanah di dalam gusi
  • Nanah di dalam kulit dibahagian muka
  • Sakit kepala
  • Kecederaan bahagian muka
  • Sakit gigi
  • Gusi bengkak

Beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit kepala yang serius adalah:

Jenis sakit bahagian muka



Jenis sakit ini bergantung kepada punca masalah tersebut. Sakit yang berdenyut dan berlaku di bahagian mulut selalunya adalah disebabkan jangkitan pada gigi ataupun nanah yang terbentuk pada gusi. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi jika menghadapi masalah tersebut.

Sakit pada bahagian pipi yang menjadi semakin teruk apabila menundukkan muka selalunya disebabkan keradangan sinus(sinusitis).

Sakit kepala pada sebelah bahagian kepala dan muka sahaja pula selalunya disebabkan masalah migrain.

Untuk mengetahui punca sakit yang sebenar, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang sebenar.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bilakah ia menjadi suatu yang berbahaya?

Sakit yang merebak daripada dada kebahagian muka ataupun leher mungkin menunjukkan pesakit mengalami serangan sakit jantung. Pesakit dinasihatkan untuk terus pergi ke Jabatan kecemasan.

Bagaimanakah punca sakit muka diketahui?



Apabila berjumpa dengan doktor, pastikan anda menceritakan perkara ini kepada doktor. Ia adalah:

  • Bahagian yang sakit
  • Kekerapan sakit itu berlaku
  • Jenis sakit yang anda rasakan: Sebagai contoh sakit yang berdenyut, mencocok ataupun rasa terbakar
  • Berapa lama sakit tersebut berlaku
  • Apakah perkara yang menyebabkan sakit tersebut semakin teruk ataupun berkurangan
  • Simptom-simptom lain

Terdapat beberapa ujian lain yang mungkin akan dilakukan bergantung kepada sejarah yang diambil dari pesakit.

X-ray dilakukan untuk melihat struktur tengkorak bahagian muka yang mungkin mengalami masalah. Ia juga boleh mengesan sama ada pesakit mengalami keradangan sinus.

Rawatan sakit muka

Rawatan sakit kepala juga bergantung kepada punca yang menyebabkan perkara tersebut. Sebagai contoh

1. Kayap: Kayap adalah disebabkan virus cacar air yang kembali aktif semula. Ia memerlukan ubat anti-virus seperti acyclovir untuk membunuh virus tersebut

2. Nanah pada gusi: Nanah tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Kemudian, diikuti dengan pengambilan antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.

3. Keradangan sinus: Selalunya pesakit akan diberi antibiotik. Pesakit yang kerap mengalami masalah ini perlu dirujuk kepada doktor ENT(Ear, Nose, throat)

4. Migrain: Pesakit akan diberi ubat tahan sakit dan dinasihatkan untuk mengelakkan perkara yang boleh mencetuskan migrain tersebut berlaku.



5. Gusi bengkak: Gusi bengkak selalunya disebabkan tar yang terbentuk pada gigi. Pesakit perlu jumpa doktor gigi untuk membersihkan tar yang terbentuk pada gigi.

Ini hanyalah rawatan asas sebahagian daripada punca kepada masalah sakit muka. Pesakit diminta untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih.

Penyakit lain yang berkaitan:

Sakit TumitSakit Pergelangan Tangan
Sakit BelakangSakit Leher

Sakit Rusuk
Sakit Lutut
Sakit OtotSakit Muka
Sakit SendiSakit Tapak Kaki
Sakit PinggangSakit Bahu

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Face pain. health.harvard.edu/
  2. Shingles (herpes zoster).
  3. Sinusitis (sinus infection).

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × three =