Skip to content

Ketuat: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Apakah punca kepada masalah ketuat dan cara untuk merawatnnya?

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan punca ketuat dan cara merawatnya secara lengkap.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Ketuat
  3. Punca Ketuat
  4. Kesudahan penyakit ini
  5. Diagnosa penyakit lain
  6. Ujian pengesahan
  7. Rawatan

Masalah Ketuat


Ketuat adalah pembahagian sel secara berlebihan dan tidak normal pada bahagian kulit disebabkan ‘Human Papilloma Virus'(HPV). Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenalpasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan.



Rawatan kepada masalah ini kebanyakkan akan menemui kegagalan. Berita baiknya, kebanyakan daripada masalah ini selalunya akan baik dengan sendiri selepas 2-3 tahun.

Jika benjolan itu semakin membesar dan mengganggu pesakit, barulah pesakit akan mendapatkan rawatan daripada doktor

Sebilangan kecil daripada virus tersebut juga boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi kanser kulit.

Simptom Ketuat


Ketuat selalunya dapat diketahui dengan melihat kulit yang lebih tebal berbanding kulit yang lain. Selalunya ia berlaku pada satu tompok sahaja. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis

  1. Ketuat biasa: iaitu penebalan kulit pada satu tompok sahaja. Ia seolah seperti satu benjolan yang kecil
  2. Ketuat rata: Kulit yang terlibat rata dan tiada benjolan. Tetapi kulit tersebut kelihatan tebal dan keras.
  3. Ketuat dalam: Kulit tersebut membentuk sedikit benjolan tetapi akarnya memasuki kulit dengan lebih dalam. Ia selalu berlaku pada kawasan kaki dan menyebabkan rasa sakit ketika melangkah disebabkan benjolan tersebut

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Ketuat




Punca kepada masalah ketuat adalah disebabkan virus yang dinamakan sebagai Human Papilloma Virus(HPV)

HPV boleh menyebabkan ketuat berlaku pada kulit dan juga mukosa(iaitu lapisan di dalam saluran pencernaan seperti mulut).

HPV akan menjangkiti lapisan kulit iaitu epithelium. Sel epithelium akan membahagi dengan lebih banyak dan membentuk benjolan kecil dan inilah yang dipanggil sebagai ketuat

Prognosis(Kesudahan)


65% daripada mereka yang  menghadapi masalah ini akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 2 tahun. Apabila ketuat hilang, ia tidak meninggalkan sebarang parut. Akan tetapi, parut boleh berlaku disebabkan cara rawatan yang berbeza-beza.

Kegagalan dalam rawatan selalu berlaku terutamanya pada mereka yang mengalami masalah sistem imun.

Benjolan tersebut selalunya tidak mendatangkan apa-apa masalah. Akan tetapi ia akan menyebabkan masalah kosmetik jika berlaku pada kawasan yang boleh dilihat oleh orang lain seperti muka.


Diagnosa-diagnosa lain


Terdapat beberapa diagnosa lain yang menyebabkan simptom yang sama:

  1. Kematu(Corn)
  2. Jangkitan kulat
  3. Seborrheic keratosis

Ujian Pengesahan


Diagnosa kepada masalah ini adalah lebih kepada pemeriksaan fizikal. Bermaksud tanpa melakukan pengambilan sampel darah ataupun sampel kulit, perawat kesihatan boleh menentukan seseorang itu mempunyai masalah ini ataupun tidak dengan hanya melakukan pemeriksaan fizikal.



Rawatan Ketuat


Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Akan tetapi perlu diketahui bahawa majoriti daripada benjolan ini boleh hilang dengan sendirinya. Jika anda merasakan perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda dan  ia tidak terlampau besar, membiarkan ia baik dengan sendirinya adalah sesuatu perkara yang boleh dibuat.

Akan tetapi jika benjolan itu semakin membesar ataupun mengganggu penampilan anda, beberapa rawatan boleh digunakan.

1. Ubat sapu

Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu

2. Cryotherapy

Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik

Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.

Bacaan seterunya: Jerawat(Punca dan Cara Rawatan)



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Silverberg NB. Human papillomavirus infections in children. Curr Opin Pediatr. 2004 Aug. 16(4):402-9.
  2. Bellew SG, Quartarolo N, Janniger CK. Childhood warts: an update. Cutis. 2004 Jun. 73(6):379-84.
  3. Kwok CS, Gibbs S, Bennett C, Holland R, Abbott R. Topical treatments for cutaneous warts. Cochrane Database Syst Rev. 2012 Sep 12. 9:CD001781.
  4. Cockayne S, Hewitt C, Hicks K, et al. Cryotherapy versus salicylic acid for the treatment of plantar warts (verrucae): a randomised controlled trial. BMJ. 2011 Jun 7. 342:d3271.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − twelve =