Skip to content

Kudis Api (Impetigo): Punca, Simptom dan Rawatan

Kudis api juga dikenali sebagai Impetigo di dalam bidang perubatan. Penyakit kulit ini adalah disebabkan jangkitan bakteria yang dipanggil sebagai Staphylococcus areus. Ia sangat mudah merebak ke kawasan kulit yang lain terutamanya kawasan yang luka, melecet ataupun yang sedang mengalami penyakit cacar air(chicken pox).

Pesakit selalunya adalah dikalangan kanak-kanak kerana mereka selalu bermain benda yang kotor dan kawasan yang selalu dihadapi adalah pada bahagian muka.

Berapa jenis-jenis kudis api?

Kudis api terbahagia kepada 2 jenis iaitu:



1. Nonbullous Impetigo

Nonbullous bermaksud tiada kantung air/vesikel yang terhasil ketika penyakit ini berlaku. Majoriti iaitu sebanyak 70% mereka yang menghadapi kudis api terdiri daripada jenis ini. Ia selalu berlaku pada kawasan muka, kaki dan tangan yang mengalami luka dan melecet.

Kudis api jenis ini juga dipanggil sebagai Impetigo contagiosa kerana ia sangat mudah merebak kepada orang lain dan juga kepada kawasan kulit disekelilingnya. (Contagiosa adalah sama maksud kepada perkataan contagious yang bermaksud merebak).

Kuman bakteria yang boleh menyebabkan penyakit ini adalah Staphylococcys areas dan Streptococcus pyogenes.

2. Bullous Impetigo



Bullous Impetigo bermaksud kudis api tersebut akan mempunyai kantung air/vesikel sama seperti cacar air(chicken pox). Masalah ini boleh berlaku tanpa trauma pada kulit.

Jenis kudis api ini berlaku disebabkan toksin yang dihasilkan oleh kuman Staph. areus menyebabkan lapisan epidermal kulit tercabut. Kemudian air risa pun terkumpul diantara lapisan tersebut menghasilkan kantung air. Setelah lapisan kulit itu tercabut dan mengeluarkan airnya, ia boleh menyebabkan terhasilnya ulcer yang besar pada kulit tersebut.

Bagaimana kudis api terjadi?

Mereka yang mempunyai kulit yang normal selalunya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang menyebabkan kudis api ini iaitu Staph aureas dan Strep pyogenes ini. Ini kerana kedua-dua bakteria ini merupakan salah satu bakteria yang semulajadi wujud pada kulit manusia.

Kedua-dua bakteria ini memerlukan struktur yang terletak pada bawah kulit untuk membenarkan ia membiak iaitu fibronektin. Ketika bahagian dalam kulit terdedah disebabkan luka, bakteria akan lebih mudah masuk dan menyebabkan jangkitan pada kawasan tersebut.

Beberapa cara yang boleh menyebabkan jangkitan kudis api ini berlaku adalah:

  • Tabiat selalu menggaru. Perkara ini selalu berlaku pada kanak-kanak kerana mereka selalu menggaru muka mereka walaupun tangan mereka kotor
  • Chicken pox(cacar air)
  • Ekzema
  • Kudis buta
  • Luka pembedahan
  • Gigitan seranggan
  • Jangkitan kulat pada kulit

Mereka yang menghadapi masalah sistem imun juga akan lebih mudah menghadapi masalah ini. Contohnya adalah pesakit kencing manis, HIV, mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang dan pesakit yang mengambil ubat yang akan melemahkan sistem imun mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Chicken pox(cacar air) dan Kudis buta

Periksa Simptom anda Di Sini



Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom Kudis Api

Seperti yang dinyatakan diatas, kudis api ini terbahagi kepada 2. Oleh itu, ia mempunyai 2 simptom yang sedikit sebanyak berbeza

Nonbullous Impetigo(Kudis apa yang selalu berlaku)

Impetigo ini selalu berlaku pada kanak-kanak dan ia bermula dengan kawasan kecil terlebih dahulu. Kemudian ia akan semakin merebak dan melibatkan kawasan kulit yang lebih besar. Kawasn tersebut akan bernanah kemudian ia mengering dan berkerak serta mengeluarkan cecair berwarna kuning seperti madu.

Kawasan kudis api itu boleh merebak ke kawasan lain dengan cara menggaru.

Bullous Impetigo

Impetigo jenis ini akan menyebabkan terhasilnya kantung pada kulit yang mempunyai air/vesikel sama ada bersaiz kecil ataupun besar. Kantung tersebut akan pecah dan kering.

Komplikasi

Pesakit boleh menghadapi beberapa komplikasi seperti

  • Sepsis: iaitu jangkitan kuman tersebut telah memasuki darah
  • Cellulitis: Iaitu jangkitan kuman pada tisu disekitar kudis api tersebut
  • Jangkitan kuman pada bahagian sendi
  • Jangkitan kuman pada bahagian tulang
  • Demam Scarlet
  • Acute Glomerulonephritis

Mereka yang menghadapi masalah impetigo ini juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Penyakit ini dipanggil sebagai Acute glomerulonephritis dan selalunya ia berlaku pada kanak-kanak.



Masalah ini berlaku apabila antigen(iaitu bahan pada bakteria) pada bakteria mempunyai struktur yang sama dengan sel di kawasan buah pinggang. Ini menyebabkan antibodi yang dihasilkan oleh badan, bukan sahaja menyerang bakteria tersebut, tetapi ia juga akan menyerang organ buah pinggang menyebabkan kerosakan buah pinggang secara akut akan berlaku.

Selalunya pesakit yang mengalami masalah ini akan mengadu:

Ujian Pemeriksaan

Penyakit ini hanya perlu disahkan dengan melakukan pemeriksaan fizikal sahaja. Dengan melihat ciri-ciri penyakit kulit tersebut, kudis apa dapat dikenal pasti dengan mudah.

Jika ubat yang diberikan kepada pesakit tidak berkesan, sampel daripada kulit tersebut akan diambil untuk mengetahui jenis bakteria yang menyebabkan masalah tersebut. Daripada jenis bakteria tersebut pula, antibiotik yang sesuai akan diberikan kepada pesakit.

Rawatan Kudis Api

Kudis api yang tidak terlalu teruk boleh dirawat dengan penggunaan krim antibiotik sahaja. Tetapi jika kawasan kulit yang telibat adalah banyak, pesakit akan diberikan ubat antibiotik yang perlu dimakan. Ia bertujuan untuk membunuh semua bakteria yang mungkin akan menjangkiti bahagian kulit.

Ada beberapa perkara yang pesakit perlu buat ketika dalam rawatan ini. Ia adalah:

  1. Elakkan daripada garu kawasan kudis api
  2. Perlu selalu membasuh tangan
  3. Jika tergaru di kawasan kudis, pesakit perlu terus membasuh tangan. Jika tidak pesakit akan memegang kawasan kulit yang lain dan menyebabkan ia lebih mudah merebak
  4. Kawasan kudis perlu dibersihkan dengan air sebelum menyapu krim antibiotik padanya
  5. Jika kudis itu masih tidak baik, bawak berjumpa doktor semula.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan



  1. Moulin F, Quinet B, Raymond J, Gillet Y, Cohen R. [Managing children skin and soft tissue infections]. Arch Pediatr. 2008 Oct. 15 Suppl 2:S62-7.
  2. Hirschmann JV. Impetigo: etiology and therapy. Curr Clin Top Infect Dis. 2002. 22:42-51.
  3. Moran GJ, Amii RN, Abrahamian FM, Talan DA. Methicillin-resistant Staphylococcus aureus in community-acquired skin infections. Emerg Infect Dis. 2005 Jun. 11(6):928-30.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − two =