Skip to content

Ubat Antasid: Dos, Kegunaan dan Kesan Sampingan

Apakah dos dan kegunaan ubat antasid? Artikel ini akan membincangkan berkenaan dos, kegunaan dan kesan sampinga ubat ini.

Pengenalan

Antasid tergolong dalam kumpulan ubat yang meneutralkan asid dalam perut kita. Ubat ini mengandungi bahan-bahan alkali seperti aluminium, kalsium, magnesium, atau sodium bikarbonat yang berperanan untuk melawan tahap asid cecair dalam perut kita yang amat tinggi, iaitu asid hidroklorik. Secara normalnya, tahap pH asid dalam perut kita adalah antara 1.5 hingga 3.5.

Apakah Kegunaan Antasid?

Ubat ini sering digunakan untuk merawat gejala:



Ubat ini akan meneutralkan cecair asid hidroklorik dalam perut kita. Melalui reaksi ini, ubat ini dapat melegakan gejala seperti kekerapan batuk kering, rasa pahit dalam mulut, dan sakit ketika baring.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenama Antasid dalam Pasaran

Terdapat banyak jenama antasid terkenal yang banyak dijual di serata Malaysia. Antara jenama yang boleh kita dapatkan di farmasi yang terdekat ialah:

  1. Gaviscon.
  2. Gelusil.
  3. Maalox.
  4. Mylanta.
  5. Riopan.
  6. Rolaids.
  7. Tums.

Bagaimanakah Ubat Ini Berfungsi?

Untuk pengetahuan anda, perut kita menghasilkan cecair khas iaitu asid hidroklorik. Cecair ini memainkan peranan penting dalam sistem pencernaan kita. Namun begitu, jika perut kita menghasilkan asid hidroklorik secara berlebihan, cecair tersebut akan memberi kesan negatif kepada badan kita kerana tahap keasidannya yang amat tinggi.

Berbeza dengan kumpulan ubat lain yang berfungsi dengan mengurangkan jumlah asid hidroklorik yang dihasilkan oleh perut, antasid berfungsi dengan meneutralkan atau mengurangkan tahap keasidan cecair perut kita. Oleh sebab itu, organ-organ kita dapat elak daripada menghadapi kesan sampingan asid hidroklorik.

Cara Penyimpanan Antasid

  • Sentiasa simpan di tempat yang kering.
  • Sentiasa simpan di tempat yang mempungai suhu bilik.
  • Lindungi ubat ini daripada sebarang cahaya.
  • Simpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  • Untuk ubat jenis cecair, elakkan simpan dalam peti sejuk.
  • Pastikan ubat tersebut belum capai tarikh luput sebelum digunakan.
  • Tidak membuang ubat yang tidak digunakan atau telah melebihi tarikh luput dalam mangkuk tandas.
  • Untuk lupuskan ubat ini, sila serahkan semula kepada pihak farmasi untuk dilupuskan dengan selamat.

Kesan Sampingan

Jarang sekali antasid menyebabkan kesan sampingan. Namun begitu, jika anda menghadapi sebarang kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera.



Antara kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku ialah:

  • Sembelit.
  • Cirit-birit.
  • Perut kembung.
  • Reaksi alahan.
  • Meningkatkan tahap sensitif kepada sesetengah makanan.

Interaksi antara Antasid dengan Ubat Lain

Beberapa jenis ubat akan terkesan jika pesakit mengambil ini. Berikut adalah antara interaksi antasid bersama ubat-ubat yang lain:

  • Mengurangkan kesan ubat velpatasvir.
  • Mengurangkan kesan ubat polystyrene sulfonate.
  • Bagi antasid yang mengandungi aspirin, akan meningkatkan kesan warfarin, heparin, dan ubat antiplatelet. Interaksi antara ubat ini akan meningkatkan pendarahan pesakit.
  • Menghasilkan gangguan penyerapan ubat:
  • Tetracycline.
  • Cimetidine.
  • Ciprofloxacin.
  • Chloroquine.
  • Hydroxychloroquine.
  • Rosuvastatin.
  • Iron.
  • Vitamin tambahan.

Kesan Terlebih Dos Antasid

Kebanyakan kes berlaku akibat pesakit mengambil ubat ini tanpa mematuhi cara-cara yang telah disuruh oleh doktor. Banyak antasid mengandungi kalsium. Jika anda antasid dengan dos yang berlebihan, ia akan menyebabkan anda mengambil kalsium secara berlebihan.

Terlebih pengambilan kalsium boleh menyebabkan:

  • Pening kepala.
  • Rasa mual.
  • Kesan kepada mentaliti pesakit.
  • Pembentukan batu karang.
  • Alkalosis.

Jika anda mengalami sebarang gejala tersebut, berhenti ambil antasid dan segera dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan doktor di klinik yang berdekatan.

Peringatan Sebelum Mengambil Antasid

Berikut adalah antara perkara-perkara yang perlu kita ambil perhatian sebelum mendapatkan ubat antasid. Antaranya ialah:

  • Maklumkan kepada doktor jika anda sedang merancang untuk mengandung, sedang mengandung, atau dalam tempoh menyusukan anak.
  • Maklumkan kepada doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat yang lain.
  • Maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai penyakit lain. Contohnya ialah sakit jantung dan buah pinggang. Hal ini kerana kandungan antasid boleh memberi kesan buruk kepada pesakit yang menghidapi penyakit ini.
  • Maklumkan kepada doktor jika anda sedang menjalani terapi dialisis.
  • Dapatkan nasihat daripada doktor jika pesakit yang akan mengambil ubat ini ialah kanak-kanak.
  • Dapatkan nasihat daripada doktor untuk memastikan jenama yang sesuai dengan situasi anda.

Ubat Gastrik yang lain

Ubat OmeprazoleUbat Pantoprazole
Ubat EsomeprazoleUbat Rabeprazole
Ubat AntasidUbat Gastrik

Rujukan:



  1. Antasids – Drugs
  2. Antasids – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × two =