Skip to content

Ubat Lomotil: Dos, Kegunaan dan Kesan Sampingan

Apakah dos dan kegunaan ubat lomotil? Artikel ini akan membincangkan dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat ubat lomotil ini

Kegunaan

Ubat ini digunakan untuk mengurangakan simptom cirit-birit yang anda alami.

Di pasaran, Lomotil terdapat dalam bentuk cecair dan Tablet. Ubat Lomitil ini mengandungi bahan aktif yang benama diphenoxylate HCl 2.5mg dan atropine sulfate 0.023mg.

Cara Ubat Berfungsi



Lomotil bertindak dengan cara mengurangkan pergerakan otot di dalam usus besar. Oleh itu, ia akan melambatkan pergerakan usus, maka hasilnya bilangan dan kekerapan buang air besar anda akan berkurang.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Nama-nama Brand

Lomotil, Beamotil, Dhamotil, Pharmaniaga Diphenoxylate A.

Cara Pengambilan Lomotil

Telan keseluruhan ubat, Tablet Lamotil tidak perlu dikunyah mahupun dipecahkan sebelum makan. Minum air yang cukup semasa penganbilan ubat ini. Setiap tablet atau 5ml cecair ubat ini mengandungi bahan aktif diphenoxylate HCl 2.5mg dan atropine sulphate 0.025mg.

Arahan pengmbilan untuk dos dewasa:

Pada permulaan ambil 5mg bersamaan 2 biji, untuk empat kali sehari dan kemudian dos akan dikurangkan kepada sebiji sehari sekiranya rawatan cirit-birit itu telah berkesan. Dos maksimum sehari ialah 20mg atau 8 biji sehari sahaja.



Tetapi selalunya doktor akan memberikan 1 biji sebanyak 3 kali sehari sahaja.

Dos Kanak-kanak 2 sehingga 12 tahun dalam bentuk cecair.

Kebiasaannya ubat cecair ini perlu dimakan sebanyak empat kali sehari dan doktor akan mengira jumlah dos yang spesifik kepada anak anda. Oleh itu patuhilah arahan dos yang diberikan. Jangan gunakan sudu isi rumah kerana anda mungkin tidak mendapat dos yang cukup dan tepat. Sukatlah ubat anak kecil menggunakan picagari yang sesuai.

Peringatan

Ubat ini juga boleh menyebabkan mengantuk, pening dan hendaklah diingatkan jika anda mengalami cir-ciri yang disebutkan dia ats, janganlah memandu kereta, menunggang motosikal mahupun mengendalikan mesin.

Lomotil ialah ubat cirit birit yang dilarang untuk diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Mengikut Protokol Pediatrik Malaysia, kanak-kanak tidk dibenarkan dan diromendasikan untuk diberi ubat cirit birit yang mengandungi bahan aktif utama seperti diphenoxylate, loperamide dan kaolin. Ubat ini juga dikelaskan di bawah kategori C iaitu hanya boleh dipreskrib dan didispens oleh ahli farmasi yang berlesen.

Sedikit perkongsian kupasan daripada akaun facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikongsikan daripada akaun Public Health Malaysia pada 17 Nov 2018 yang lalu.  Siaran itu menyatakan bahawa seorang kanak-kanak berusia bawah 2 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas setelah ibunya memberikan beberapa biji tablet Lomotil untuk menghentikan cirit-birit yang dialami anaknya itu.

Mangsa gagal diselamatkan kerana keadaannya yang sangat kritikal. Masalah kesukaran bernafas itu disebabkan oleh kesan keracunan daripada ubat itu, dan menyebabkan bekalan oksigen ke otak terhenti. Kisah yang menyayat hati ini merupakan kes yang benar-benar terjadi akibat keracunan ubat-ubatan di kalangan anak kecil.

Hendaklah diingatkan pembaca haruslah patuh pada arahan dan bertanya untuk kepastian kepada ahli farmasi mahupun doktor sebelum meninggalkan klinik atau farmasi untuk memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan jelas.



Kesan Sampingan Lomotil

Namun diingatkan sekali lagi, bahawa kesan sampingan sebegini jarang-jarang berlaku dan berbeza untuk setiap individu kerana metabolisma badan setiap individu adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Sekiranya, kesan sampingan yang dialami seperti yang disenaraikan di bawah berlarutan, segeralah menghubungi doktor anda.

  • Dehidrasi (Dahaga yang melampau, kencing berkurang)
  • Kekejangan otot
  • Keletihan atau terasa lemah

Kesan Terlebih Dos Lomotil

Gejala overdos mungkin termasuk:

  • Mengantuk yang teruk
  • Otot terasa lemah
  • Degupan jantung yang cepat
  • Demam yang tinggi
  • Masalah pernafasan (cepat/lambat/tidak teratur)
  • Sawan
  • Kehilangan kesedaran

Interaksi Antara Ubat

Lazimnya ubat Lomotil akan berinteraksi dengan:

  • Benzodiazepines (Ubat yang membantu mengurangkan keresahan dan ubat membantu untuk tidur seperti lorazepam dan alprazolam)
  • Opiods (Ubat yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit seperti tramadol, morphine dan codeine)
  • Penyekat Monoamine oxidase ( ubat yang digunakan untuk merawat depresi, penyakit Parkinson)
  • Anesthetics (Ubat yang digunakan semasa pembedahan)
  • Tranquilizers (Ubat penenang)
  • Methocarbamol, cyclobenzaprine (Ubat yang membantu untuk merehatkan/rileks otot)
  • Alkohol

Cara Penyimpanan

Simpan di empat yang kering dan di suhu bilik. Simpan di tempat yang tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Jangan makan sekiranya ubat ini telah melepasi tarikh luputnya. Sebagai contoh “EXP: NOV 2022”, tarikh tamat tempoh ini merujuk kepada hari terakhir pada bulan yang dinyatakan itu. Tetapi kebanyakan kilang ubat kini telah menulis tarikh luputnya dengan lengkap seperti “30112022” di tepi atau belakang strip ubat.

Selain itu, anda juga dinasihatkan agar tidak memakan mana-mana ubat-ubatan setelah anda dapati perubahan pada rupa tablet ini. Pelupusan, jangan buang ubat bersama-sama air sisa atau sampah dari rumah. Beranyalah ahli farmasi tentang cara membuang ubat yang tidak diperlukan lagi.

Rujukan:

  1. Risalah produk Lomotil
  2. MIMS Malaysia
  3. Facebook KKM dan Public Health Malaysia
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 3 =