Skip to content

10 Cara Hilangkan Kembung Perut Dengan Mudah

Apakah cara untuk hilangkan masalah kembung perut? Artikel ini akan membincangkan cara untuk hilangkan kembung perut dengan mudah

Pengenalan

Perut kembung adalah simptom umum yang sering terjadi kepada setiap individu samada golongan lelaki atau wanita tanpa mengira faktor usia

Gejala perut kembung bukanlah suatu yang dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan jika ia mampu reda dengan sendirinya dalam tempoh 2 atau 3 hari dan tidak menjadi lebih teruk.



Begitu juga jika ia disebabkan faktor yang berkait dengan pengambilan makanan dan minuman. Kebanyakkan kes terjadinya kembung perut adalah disebabkan ruang perut dipenuhi dengan udara atau gas menyebabkan perut mengembung dan tidak selesa.

Sering kali individu yang mengalaminya akan mengadu akan rasa tidak selesa pada bahagian perut dan pada masa yang sama merasai terdapat perubahan pada struktur perut di mana ia sedikit mengembung.

Kembung perut juga boleh disertai dengan beberapa simptom lain seperti :

  • Kesakitan
  • Banyak buang angin ( kentut )
  • Sendawa
  • Cepat rasa kenyang

Tidak kurang juga mengalami gejala loya. Semakin meningkat kuantiti gas di dalam perut, maka semakin buruk juga simptom-simptom yang dialami.

Apakah yang menyebabkan simptom kembung perut terjadi ?

1. Peningkatan Gas Dalam Kandungan Perut



Fenomena ini boleh terjadi akibat beberapa faktor. Ia selalu disifatkan dengan rasa penuh di dalam perut yang disertai dengan ketidakselesaan. Hal ini boleh terjadi dengan pengambilan makanan tertentu seperti sayur-sayuran brokoli, kobis dan sebagainya.

2. Gangguan Pencernaan

Sistem pencernaan boleh terganggu apabila seseorang makan terlalu banyak dalam satu hidangan, pengambilan alkohol, dan juga ubat yang boleh memberikan kesan iritasi pada lapisan perut seperti Ibuprofen ( sejenis ubat tahan sakit ).

3. Jangkitan Kuman

Bagi kes-kes yang terjadinya jangkitan pada bahagia perut selalunya akan terjadi juga gejala lain seperti muntah, loya, cirit-birit, demam dan sakit perut. Beberapa jenis kuman yang boleh menjadi penyebabnya adalah :

  • Escherichia coli
  • Helicobacter pylori
  • Norovirus
  • Rotavirus.

4. Alahan Makanan

Nama lain bagi alahan makanan adalah “ Food Intolerance ” iaitu suatu tindak balas sistem imunisasi badan terhadap pengambilan makanan-makanan tertentu seperti susu lembu, telur , gandum dan sebagainya.

Bagi individu yang tidak mempunyai alahan, maka kesan tindak balas tersebut tidak terjadi padanya.



5. Sembelit

Selain itu, kembung perut juga boleh terjadi semasa sembelit dan biasanya untuk tempoh yang singkat sahaja.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Hilangkan Masalah Kembung Perut

Tahap ketidakselesaan dan kesakitan yang mungkin turut serta dalam gejala kembung perut berbeza-beza tahapannya bagi setiap individu. Ada yang mampu hadapinya tanpa apa-apa ubatan atau rawatan sehingga ia hilang.

Pada masa yang sama terdapat juga individu yang mengalaminya dengan teruk sehingga terganggu aktiviti seharian. Oleh itu, mengetahui tips-tips untuk mengatasinya menjadi suatu keperluan.

1. Mengurangkan Makanan Tinggi Serat Dalam Satu Hidangan

Hidangan tinggi kandungan tidak dapat dinafikan mempunyai banyak maanfaat kesihatan. Namun apabila seseorang itu mengalami simptom kembung perut yang teruk, langkah yang terbaik adalah mengurangkan pengambilannya dahulu.

Pengurangan pengambilan buah-buahan dan sayuran-sayuran dengan kuantiti yang banyak dalam satu hidangan buat sementara waktu mungkin membantu dalam hal ini.

2. Kurangkan Minuman Air Bergas Atau Berkabonat



Minuman-minuman bergas yang mudah didapati di mana-mana kedai samada kedai runcit atau pasaraya mempunyai kandungan gas yang tinggi lalu menyebabkannya memenuhi ruang perut.

Anda boleh menggantikannya dengan air masak. Ia lebih sihat dan membawa banyak manfaat kepada tubuh badan.

3. Makan Dalam Kuantiti Sederhana

Pengambilan hidangan bersaiz besar pada satu masa antara faktor utama kembung perut. Bagi mereka yang telah terbiasa dengan tabiat ini boleh cuba untuk menukarkan gaya pemakanan tersebut.

Saiz hidangan yang besar ditukar kepada hidangan yang lebih kecil dan boleh cuba makan dengan lebih kerap jika memang jenis individu yang kuat makan.

Kaedah ini selain dapat mengurangkan rasa kembung juga turut membantu proses pencernaan berjalan dengan lebih lancar.

4. Diari Pemakanan

Catatan diari pemakanan penting bagi mereka yang mempunyai masalah alahan makanan. Masalah kembung perut sering terjadi bagi individu yang alah pada “ Lactose ”. Salah satu komponen karbohidrat dalam kebanyakkan produk-produk tenusu.



Fungsi catatan ini lebih kurang sama konsepnya dengan diari alahan ekzema atau penyakit asma. Ia membantu anda untuk mengenal pasti makanan manakah yang memberikan kesan alahan pada diri anda agar anda lebih berwaspada pada masa hadapan.

5. Elakkan Gula-Gula Getah

Bagi sesetengah individu, kandungan gula dalam gula-gula getah boleh menyebabkan kembung perut. Selain itu, udara yang banyak memasuki ruang perut akibat aktiviti kunyahan memburukkan lagi keadaan.

Jika anda gemar mengunyah gula-gula getah agar nafas segar, anda boleh cuba menukarkannya kepada gula – gula yang mengandungi mint.

6. Teh Pudina

Khasiat pudina itu banyak dan antaranya ialah melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan rasa kekejangan perut ( rasa memulas ). Selain itu, juga membantu dalam mengurangkan pengeluaran kandungan asid dalam perut.

7. Kurangkan Makanan Bergoreng Dan Berlemak

Makanan bergoreng dan berlemak menyebabkan terjadinya kembung perut kerana ia melambatkan proses sistem pencernaan badan. Hal ini menyebabkan makanan terkumpul di dalam perut dan usus untuk suatu tempoh yang lebih lama berbanding individu yang mengamalkan pengambilan diet yang seimbang.



Oleh itu, tidak salah untuk memakan makanan seperti ini. Cumanya anda perlu mengurangkannya samada dari sudut kuantiti dalam setiap hidangan atau mengehadkan kekerapan pengambilannya.  

8. Pengambilan Serat

Di awal perbincangan kita ada nyatakan bahawa kandungan serat yang terlalu tinggi dalam satu hidangan boleh menyebabkan kembung perut. Hal sedemikian benar dan pada masa yang sama pengambilan kuantiti serat yang sederhana pula mampu meredakan simptom ini.

Kandungan serat boleh mengelakkan sembelit dan kembung perut. Oleh itu, jika anda bercadang untuk mengaplikasikan kaedah ini, pastikan peningkatan kuantiti serat dalam diet anda berlaku dalam keadaan beransur-ansur dan bukannya mendadak supaya proses penyesuaian badan anda dapat berjalan dengan baik.

9. Banyakkan Mengunyah Sebelum Menelan

Aktiviti kunyahan walaupun nampak mudah tetapi ia membawa manfaat kesihatan yang besar pada kesihatan terutamanya bagi sistem pencernaan. Lebih banyak kunyahan yang dilakukan lebih mudah bagi makanan-makanan tersebut untuk melalui sistem penghadaman dan proses penyerapan juga mampu berjalan dengan lebih efisien.

Ini bermakna makanan yang telah diambil tidak akan tersimpan lama di dalam perut atau usus.

10. Ubat Probiotik



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , probiotik ialah mikroorganisma hidup yang apabila diambil dalam kuantiti mencukupi dapat memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

Ia boleh didapati dalam bentuk makanan dan minuman seperti susu kultur, yogurt, keju lembut, jeruk sayur-sayuran dan tempe. Kini ia juga boleh didapati dalam bentuk pil suplemen di farmasi-farmasi yang berdekatan.

Menurut kajian, selain dari mengurangkan kembung perut ia juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang.

Akhir sekali walaupun kebanyakan kes kembung perut itu biasanya hilang dalam tempoh beberapa hari, namun anda perlu berwaspada jika mengalami beberapa tanda seperti yang dinyatakan selanjutnya di bawah :

  • Kesakitan yang teruk
  • Demam
  • Muntuh lebih dari 24 jam
  • Berak atau muntah darah
  • Perut kembung dengan sangat cepat dalam tempoh yang singkat secara kerap

Jika berlakunya hal-hal yang sedemikian, anda disarankan untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut dengan segera kerana ia merupakan petanda-petanda yang simptom kembung perut itu mungkin disebabkan oleh masalah penyakit tertentu yang dihidapi oleh seseorang.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Abdominal Bloating – Healthline
  2. What Causes Abdominal Bloating – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 14 =