Skip to content

Hidung Berbau: Punca dan Cara Rawatan

Menghidu sesuatu yang busuk dari kawasan persekitaran kita merupakan sesuatu yang normal namun bagaimana pula dengan bau busuk yang datang dari dalam hidung atau hidung berbau?

Terdapat pelbagai jenis keadaan kebanyakannya berkaitan dengan sinus, boleh mencetuskan bau busuk di dalam hidung.

Keadaan ini hanya sementara dan bukan disebabkan oleh perkara yang membahayakan nyawa. Ia barangkali disebabkan mukus atau polyp yang menghalang laluan pernafasan.

Punca hidung berbau busuk



Terdapat beberapa punca yang menyebabkan hidung anda seolah-olah berbauh busuk.

1. Nasal polyp

Ia merupakan ketumbuhan bersaiz kecil, lembut dan tidak mempunyai ciri kanser yang tumbuh di dinding saluran pernafasan dan sinus. Ia berbentuk seperti titisan air tumbuh disebabkan inflamasi kronik yang berpanjangan.

Jika anda menghidapi asthma, alahan ataupun jangkitan sinus yang kerap, risiko anda mengalami nasal polyp lebih tinggi.

Simptom nasal polyp termasuk bau busuk dalam hidung dan kurang deria rasa dan bau. Disebabkan saiznya yang kecil, kehadiran nasal polyp sering tidak disedari dan tidak mengganggu pernafasan. Namun begitu, polyp juga boleh terjadi bersaiz besar.



Boleh juga polyp terjadi dengan banyak sehingga saluran pernafasan menjadi tersumbat menyebabkan:

  • Kurang deria bau
  • Kesukaran bernafas
  • Kesukaran bersuara atau suara menjadi sengau

Antara simptom lain ialah:

Hidung yang berbau disebabkan polyp boleh terjadi kerana pengumpulan cecair dalam polyp. Cecair tersebut datang daripada permukaan saluran pernafasan yang berfungsi untuk melembabkan dan memerangkap debu dan bendasing dari sampai ke paru paru.

Rawatan

Nasal polyp boleh dirawat dengan ubat corticosteroid iaitu ubat bagi mengawal keradangan dan mengecutkan saiz polyp. Kebiasaannya corticosteroid jenis sembur dalam hidung digunakan seperti Fluticasone dan Mometasone.

Jika ianya tidak berhasil, doktor akan memberikan anda ubat corticosteroid jenis makan seperti prednisolone, walaupun ubat ini mempunyai kesan sampingan yang lebih serius.

Dalam kes yang lebih serius, pembedahan endoskopik diperlukan. Prosedur ini melibatkan penggunaan endoskop iaitu sejenis skop yang fleksible dengan kamera dihujungnya melalui ruangan hidung dan sinus. Ia boleh membuang polyp ataupun apa saja halangan yang menghalang laluan udara.

2. Jangkitan sinus



Jangkitan sinus atau sinusitis mempunyai pelbagai jenis dan kesemuanya boleh menybebabkan bau busuk dalam hidung. Nama lainnya ialah sinusitis dan ia boleh terjadi disebabkan virus atau bakteria.

Kulat juga boleh menyebabkan jangkitan sinus. Ia boleh terjadi secara sederhana dan serius. Jangkitan kulat biasanya lebih sukar untuk dirawat berbanding virus dan bakteria. Jangkitan kulat menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Ia terjadi lebih kerap dikalangan mereka yang mempunyai sistem imun lemah seperti orang tua dan pesakit kemoterapi.

Sinusitis jangka pendek berlaku selama 7 hingga 10 hari manakal sinusitis kronik berlaku sehingga 12 minggu. Selain hidung berbau, sinusitis juga boleh menyebabkan:

  • Kurang deria rasa dan bau
  • Sakit kepala
  • Lelehan cecair di belakang hidung
  • Kelesuan

Rawatan

Rawatan sinusitis bergantung kepada jenis kuman yang menjangkitinya. Jangkitan bakteria akan memerlukan antibiotik. Jangkitan virus jarang diberi antiviral sebaliknya dinasihatkan untuk berehat dan minum air secukupnya kerana ia boleh hilang dengan sendirinya.

3. Post nasal drip

Ia terjadi apabila mukus berbau di dalam hidung terkumpul dan menjadi pekat sehingga meleleh ke dalam tekak. Fungsi mukus adalah untuk:

  • Mengekalkan kelembapan ruangan hidung
  • Melawan jangkitan
  • Melembapkan udara
  • Menghalang bendasing masuk ke dalam hidung

Ia biasanya bercampur dengan air liur dan ditelan tanpa disedari. Selesema, alahan dan jangkitan sinus boleh memekatkan mukus dan menjadikannya lebih sukar untuk ditelan.



Ia bermula tanpa bau ataupun perubahan pada pernafasan. Lama kelamaan apabila hidung berbau dan kesukaran bernafas terjadi, anda perlu segera berjumpa doktor.

Jika terdapat darah dalam mukus anda, ia mungkin merupakan tanda jangkitan atau luka di dalam hidung dan anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

Antara tanda lain lelehan belakang hidung ialah:

Rawatan

Pengambilan air yang banyak dan penggunaan semburan hidung cecair saline boleh membantu masalah ini. Anda juga boleh mengubah posisi tidur dengan kepala sedikit tinggi dan menggunakan pelembap udara untuk melembapkan ruangan hidung.

Doktor juga boleh memberikan anda antihistamine iaitu ubat anti radang bagi mengawal simptom. Jika ia disebabkan oleh jangkitan bakteria, anda mungkin memerlukan antibiotik.

4. Gigi reput

Gigi reput terjadi apabila bakteria yang terkumpul di gigi menghakis permukaan gigi. Pengumpulan bakteria boleh menyebabkan hidung berbau dan nafas berbau.



Rawatan

Penjagaan kebersihan gigi termasuk menggosok gigi dan mengflos setiap hari selain berjumpa dengan doktor gigi adalah cara terbaik untuk menghalang gigi reput dan masalah gigi serta gusi.

Jika doktor gigi mendapati kaviti atau masalah lain yang perlu diperbetul seperti periodontitis( masaah gusi), anda memerlukan rawatan lanjut.

5. Tonsil stone

Keadaan ini dipanggil tonsil stone atau biji tonsil/batu tonsil. Struktur tonsil mempunyai lurah dan celah yang memerangkap:

  • Air liur
  • Mukus
  • Sisa makanan
  • Sel mati

Pengumpulan bahan di atas boleh mengeras dan menjadi objek kecil dipanggil bijian tonsil. Bakteria boleh hidup pada bijian tonsil ini menyebabkan bau busuk dalam hidung dan mulut. Mulut yang kotor dan tonsil yang besar meningkatkan risiko ini.

Rawatan

Dengan mengamalkan penjagaan kebersihan mulut dan pengambilan air yang banyak, keadaan ini dapat dielakkan. Berkumur juga boleh membuang bijian tonsil. Dalam kes lebih serius, anda mungkin memerlukan rawatan laser.



6. Phantosmia

Keadaan ini berpunca daripada halusinasi sistem olfaktori iaitu sistem bau. Ia menyebabkan seseorang itu menghidu bau yang tidak wujud, tetapi sesorang itu menyangka bau tersebut ada dalam hidung atau kawasan sekitar.

Phantosmia terjadi setelah jangkitan saluran pernafasan atau kecederaan kepala. Keadaan seperti penyakit Parkinson, ketumbuhan otak atau sinus yang radang boleh mencetuskan keadaan ini. 

Kebanyakan orang akan sembuh dengan sendiri. Namun, merawat punca terjadinya phantosmia boleh membuang bau busuk tersebut.

7. Penyakit buah pinggang kronik

Keadaan ini menyebabkan buah pinggang mula kehilangan fungsinya. Antara fungsi buah pinggang adalah untuk menapis keluar bahan buangan dalam darah bagi dibuang melalui air kencing. Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, bahan buangan akan berkumpul dalam badan.

Bahan buangan ini menghasilkan bau seperti ammonia yang dihidu dalam hidung. Rasa ammonia juga dapat dirasa dalam mulut seperti rasa besi.

Ini terjadi pada pesakit buah pinggang kronik tahap 4 atau 5. Pada tahap ini, anda juga mempunyai simptom lain seperti sakit di tepi abdomen, perubahan warna air kencing dan kelesuan.



Bila perlu berjumpa doktor?

Jika hidung anda berbau melebihi satu minggu dan tiada punca dapat dikenal pasti, segeralah berjumpa doktor.

Memandangkan ia berpunca dari jangkitan sinus, nasal polyp dan keadaan lain, anda juga boleh mengalami simptom lain. Jika anda mengalami sakit tekak, ataupun demam berpanjangan, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Bad smell in nose – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 2 =