Skip to content

Jerawat Hidung: Punca dan Cara Rawatan

Jerawat di dalam hidung merupakan suatu keadaan menjengkelkan dan ia merupakan tanda jangkitan di dalam hidung.

Liang roma anda boleh tersumbat dengan lebihan minyak ataupun sel mati. Jerawat terjadi apabila minyak dan sel mati terkumpul di dalam liang roma tersebut. Walaupun ia kerap terjadi pada kawasan muka, ia juga boleh terjadi di dalam hidung.

Mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit kencing manis lebih terdedah kepada keadaan ini kerana mereka lebih mudah mendapat jangkitan.

Punca Jerawat Hidung



Liang roma bukan sahaja mengumpul minyak namun turut menarik perhatian bakteria menyebabkan radang dan kemerahan serta jerawat yang sakit dan pedih. Bakteria ini akan menyebabkan jangkitan seperti nasal vestibulitis dan nasal furuncles.

1. Nasal vestibulitis

Ia juga disebut sebagai folliculitis. Ia menyebabkan terjadinya benjolan kecil yang merah dan radang di sekitar lubang hidung.

Bakteria yang sering menyebabkannya ialah staphylococcus. Sesetengah tabiat seperti mengorek hidung ataupun menghembus hidung secara kerap boleh menyumbang kepada keadaan ini.

2. Nasal furuncles dan cellulitis



Nasal furuncle adalah bisul yang terjadi dalam hidung. Ia lebih serius kerana ia boleh menyebabkan cellulitis iaitu jangkitan kulit yang tersebar dengan pantas ke dalam saluran darah. Ia menyebabkan kulit bengkak, merah dan radang. Dalam sesetengah kes, cellulitis boleh membawa maut.

Bakteria staphylococcus, streptococcus dan methicilin resistant staphylococcus (MRSA) boleh menyebabkan cellulitis. Jangkitan MRSA lebih serius kerana ia sukar dirawat dan adalah kebal terhadap banyak jenis antibiotik. Selalunya perkara ini boleh mengancam nyawa seseorang.

3. Tumbuh rambut

Jerawat dalam hidung juga boleh disebabkan oleh rambut yang baru tumbuh. Sesetengah orang mengalami jerawat dalam hidung setelah mencuba produk untuk membuang bulu hidung.

Periksa Simptom anda Di Sini

Bila perlu berjumpa doktor?

Segera berjuma doktor sekiranya anda mempunyai gejala di bawah:

  • Pandangan kabur
  • Pening
  • Ruam merah yang bengkak dan sakit

Cavernous sinus thrombosis

Jerawat yang dijangkiti di dalam hidung adalah merbahaya kerana terdapat salur darah di kawasan tersebut yang bersambung ke otak.



Cavernous sinus adalah saluran darah besar di pangkal otak. Apabila terdapat jangkitan kuman dalam hidung ia boleh menyebabkan darah beku, darah beku ini boleh menyumbati saluran darah dikawasan tersebut. Antara tandanya ialah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pengesanan Punca

Doktor akan mengambil maklumat terperinci tentang jerawat anda seperti keadaan dan saiz jerawat, lelehan nanah dari jerawat dan juga simptom lain.

Doktor kemudian akan melakukan pemeriksaan terhadap jerawat. Jika tiada simptom lain dan pemeriksaan menunjukkan tanda jerawat yang biasa, maka tidak perlu untuk melakukan ujian yang lain.

Jika terdapat tanda lain seperti masalah Cavernous Sinus Thrombosis, Ujian pengimejan seperti MRI atau CT scan pada kepada boleh membantu mengenal pasti tanda jangkitan pada sinus.

Doktor juga akan mengambil darah dan mengambil sampel dari jerawat untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti jangkitan dan bakteria jika diperlukan

Rawatan jerawat hidung

Rawatan akan bergantung kepada puncanya. Jerawat yang kecil akan hilang dengan rawatan di rumah.

Jangkitan bakteria dirawat dengan antibiotik. Ini termasuk antibiotik dalam bentuk minyak sapu seperti neumycin atau fusidic acid. Jangkitan lebih serius memerlukan antibiotik melalui secara oral(tablet). Jarang sekali, ia memerlukan pembedahan kecil bagi membuang nanah.

Rawatan di rumah



  • Ubat tahan sakit dari farmasi. Ini dapat melegakan kesakitan dan melegakan radang (NSAID). Antara contoh ialah ibuprofen dan acetaminophen.
  • Menuam dengan tuala hangat pada kawasan hidung selama 15 minit setiap hari bagi melegakan kesakitan.
  • Menyapu minyak bagi melegakan simptom. Antara minyak yang bagus untuk jerawat ialah thyme, cinnamon dan rosemary, tea tree dan neem. Minyak ini sangat pekat dan boleh menyebabkan iritasi. Oleh itu pastikan anda mencairkannya dengan mencampurkan dengan minyak zaitun atau kelapa.
  • Elakkan mengorek hidung dan menghembus hidung dengan terlalu kuat atau kerap. Ini boleh melukakan hidung dan menyebabkan jangkitan.
  • Elakkan menyentuh hidung dan muka dengan tangan kotor bagi mengelakan perpindahan bakteria penyebab jerawat.
  • Ambil banyak vitamin D melalui diet dan gaya hidup.
  • Kawal stres kerana stres boleh menyebabkan penghasilan minyak berlebihan penyebab jerawat
  • Biarkan jerawat sembuh dengan sendiri dan bantuan ubat
  • Elakkan memicit, memecahkan ataupun memegang jerawat kerana ia menjadikan pori terdedah kepada jangkitan bakteria.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Pimple in nose – Heatlhline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × three =