Skip to content

Hidung Gatal: Punca, Simptom dan Rawatan

Hidung yang gatal boleh menjadi suatu keadaan yang menjengkelkan. Kebiasannya ia hanya berlaku selama beberapa saat sebelum anda bersin. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana bersin tidak menghilangkan rasa gatal. Jika anda mengalami hidung gatal berpanjangan yang tidak hilang apabila anda bersin, terdapat beberapa keadaan yang boleh menjadi punca seperti virus, alahan, dan ketumbuhan dalam hidung.

Punca hidung gatal

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah hidung gatal. Ia adalah:

1. Virus



Rasa gatal dalam hidung boleh berpunca dari virus seperti selesema. Walaupun selesema kerap terjadi dalam cuaca sejuk, anda juga boleh mengalaminya pada waktu yang lain. Hidung yang gatal merupakan tanda badan anda memberi klu tentang selesema yang akan dialami. Apabila kuman yang menyebabkan selesema memasuki hidung dan sinus, badan akan cuba mengeluarkannya dengan cara menghasilkan mukus. Bersin juga merupakan salah satu cara badan cuba mengeluarkan kuman.

2. Alahan atau alergi

Alahan berlaku sebagai respon sistem imun badan terhadap bahan di sekitar kita. Apabila kita mempunyai alahan terhadap sesuatu bahan, badan akan menyangka bahan tersebut sebagai bendasing, contohnya seperti virus selesema. Ramai orang mempunyai alahan terhadap bulu haiwan, debu dan debunga. Alahan boleh terjadi mengikut musim tertentu ataupun sepanjang tahun. Ia boleh menyebabkan keradangan dalam hidung yang menyebabkan rasa gatal.

3. Bendasing dalam udara

Terdapat bendasing dalam udara yang boleh menyebabkan iritasi pada laluan pernafasan. Mereka yang mengalami keadaan ini dipanggil nonallergic rhinitis. Simptomnya lebih kurang sama dengan alahan bermusim tetapi badan tidak menghasilkan respon imun. Selain itu, anda juga boleh mengalami hidung berair ataupun tersumbat. Antara bahan ialah wangian, asap dan produk pencuci.



4. Sinusitis (Keradangan sinus)

Sinusitis adalah jangkitan pada sinus iaitu ruangan di sekitar kawasan hidung. Ia boleh terjadi secara acute iaitu jangka pendek ataupun kronik iaitu jangka lama. Dalam sinusitis kronik, saluran pernafasan dan ruangan sinus menjadi radang dan bengkak. Ia boleh terjadi selama 12 minggu dan turut disertai simptom berikut:

  • Kesukaran bernafas melalui hidung
  • Kelesuan
  • Aakit pada kawasan sekitar hidung dan mata

5. Nasal polyp iaitu ketumbuhan dalam hidung

Nasal polyp sering tejadi kepada mereka yang mengalami sinusitis kronik. Ianya adalah ketumbuhan bersaiz kecil dan lembut, bukan kanser, dan tergantung daripada permukaan kawasan dalam hidung. Ia juga boleh terjadi disebabkan asthma, alahan ataupun ubatan. Ketumbuhan yang  bersaiz lebih besar mungkin akan menyebabkan rasa kurang selesa, kesukaran bernafas dan hilang deria bau.

6. Migrain

Ramai yang tidak tahu bahawa sakit kepala bukannya satu satunya tanda migrain. Serangan migrain boleh terjadi dalam pelbagai bentuk seperti:

Terdapat juga serangan migrain tanpa sakit kepala. Migrain juga datang dalam beberapa tahap, hidung yang gatal mungkin merupakan tanda awal serangan migrain.

7. Hidung kering



Apabila permukaan saluran pernafasan menjadi kering, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan menyakitkan. Hidung yang kering sering terjadi kerana kekerapan menghembus hidung. Terdapat juga sesetengah ubatan untuk alahan dan selesema yang menyebabkan hidung kering.

8. Ketumbuhan dalam hidung

Ketumbuhan dalam hidung dan sekitar hidung tumbuh disekitar laluan pernafasan. Ia boleh mempunyai ciri kanser(malignant) ataupun tidak (benign). Ia jarang berlaku dan sering tidak menyebabkan apa apa simptom. Antara simptom yang mungkin terjadi ialah kesukaran bernafas dan hilang deria bau.

9. Mesin CPAP iaitu alat bantuan pernafasan

Jika anda menggunakan mesin CPAP bagi membantu masalah tidur anda, ia juga boleh menjadi punca hidung anda gatal. Bahkan ini merupakan antara perkara yang kerap diadu oleh pengguna mesin CPAP.

Cara mengatasi dan rawatan hidung gatal

Terdapat beberapa perkara yang boleh diamalkan di rumah bagi mengatasi hidung gatal:

  • Elakkan punca. Jika hidung gatal terjadi disebabkan oleh bulu haiwan, debu dan debunga ataupun asap atau wangian,cuba untuk jauhkan diri.
  • Ambil ubat alergi dari farmasi. Ia dapat membantu masalah alahan dalam rumah dan bermusim. Terdapat jenis pil dan ubat sembur hidung.
  • Ambil ubat selesema. Bincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat selesema.
  • Kurangkan menghembus hidung. Kerap menghembus hidung akan menyebabkan luka, kering dan iritasi pada permukaan hidung.
  • Elakkan mengorek hidung ataupun memasukkan tisu ataupun Q tip bagi cuba membuang kotoran dalam hidung. Hidung kita  boleh mengeluarkannnya dengan sendiri.
  • Gunakan pelembap udara bagi menambahkan kelembapan udara.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya. Jika anda mengalami selesema, anda perlu berehat dan tunggu sehingga selesema beransur pulih.
  • Banyakkan minum air bagi mengekalkan hidrasi dalam badan bagi membantu badan melawan jangkitan.
  • Ambil makanan tambahan seperti madu, anggur dan omega-3 suplemen bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Tickle in nose – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 18 =