Kalau orang dahulu, jarang untuk lihat remaja yang tidur pada lewat malam. Tetapi masa telah berubah dan kita dapat lihat ramai daripada remaja malahan kanak-kanak tidak tidur diawal waktu. Persoalannya disini, adakah tidur lewat malam bagi golongan remaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada meraka? Jawapannya adalah
Remaja yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan terdedah kepada aktiviti yang berisiko termasuk yang boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada diri mereka. Mungkin sebelum ini ibubapa menyalahkan smartphone. Akan tetapi ada perkara lain yang boleh mempengaruhi seseorang remaja itu untuk lebih cenderung melakukan aktiviti jenayah dan tidak cukup tidur menjadi salah satu faktornya.
Dr Michelle Short daripada Flinders University telah mengumpulkan sebanyak 24 kajian dimana dalam kajian tersebut Dr Michelle melihat corak tidur dan jugak peratusan mereka yang melakukan perkara yang berisiko(seperti hisap dadah, bergaduh, membawa kereta secara berbahaya). Kajian ini telah melibatkan sebanyak 500,000 orang peserta.
Remaja yang tidak mendapatkan tidur yang cukup akan mempunyai risiko sebanyak 50% untuk terlibat dalam masalah alkohol, penggunaan dadah, terlibat dengan keganasan, seks bebas dan memandu secara berbahaya berbanding mereka yang tidak secukupnya. Dapatan ini telah diterbitkan dalam Jurnal Sleep Medicine Reviews.
Dr Michelle menyatakan bahawa walaubagaimanapun kajian ini masih lagi tidak mampu memfokuskan punca sebenar. Ia hanya menunjukkan risiko terhadap tidur yang tidak mencukupi. Dalam kajian ini juga menunjukkan, walaupun seseorang remaja itu tidak cukup tidur selama beberapa hari sahaja, ia masih menyebabkan kesan yang sedemikian. Bahkan kesannya akan bertambah dengan masa.
“Jika pada masa hadpaan kajian yang lebih kuat telah membuktikan perkara ini, maka salah satu intervensi untuk menyelesaikan masalah keselamatan jalan raya, penyalahgunaan dadah dan alkohol akan mendapat manfaat dengan mengamalkan tidur yang mencukupi,” Kata Doktor Michelle.
Menariknya, sebelum ini juga ada kajian yang menunjukkan bahawa kurang tidur pada orang dewasa boleh meningkatkan risiko masalah cardiovascular(iaitu masalah serangan sakit jantung dan stroke). Dan ia juga dikaitkan masalah alzheimer juga
Rujukan: