Skip to content

Kajian terbaru: Gula penyebab masalah mental?

Rasanya semua orang tahu bahawa gula merupakan salah satu ‘perencah’ tambahan yang selalu kita letakkan dalam makanan. Tujuannya untuk menyedapkan lagi makanan tersebut. Tetapi tahukah kita bahawa terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan kesan sampingan pada ketika jika mengambilnya pada tempoh yang lama.

Kajian terbaru telah menemukan bahawa mereka yang mengambil makanan yang mempunyai gula yang tinggi akan mempunyai faktor risiko untuk mengalami masalah mental. Sebagai contoh skizofrenia, kemurungan, penyakit kerisauan. Perkara ini selalunya berlaku 5 tahun selepas itu. Berbanding dengan lelaki yang kurang pengambilan gulanya, risiko mereka adalah lebih rendah

Kajian tersebut telah diterbitkan dalam journal berprestij iaitu Nature.



Ia melibatkan jumlah perserta yang ramai iaitu 5000 lelaki dan juga 2000 wanita serta diikuti selama 22 tahun. Ia menunjukkan lelaki yang mengambil lebih daripada 67g(lebih kurang 7 sudu teh) gula dalam sehari akan mempunyai risiko sebanyak 23 peratus untuk mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan lelaki yang mengambil kurang daripada 39.5g(4 sudu teh). Penemuan ini tidak dipengaruhi dengan faktor lain seperti umur, sosioekonomi, cara hidup dan sebagainya.

Peserta wanita dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah mental jika mempunyai pengambilan gula yang tinggi, tetapi para saintis gagal untuk membuktikan ia tidak dipengaruhi dengan faktor-faktor lain.

Komen saintis yang melakukan kajian tersebut

“Makanan yang mempunyai gula yang tinggi telah terbukti mempengaruhi kesihatan kita. Tetapi dalam kajian kami ia telah menemukan kemungkinan pengambilan gula yang tinggi juga akan menyebabkan masalah mental, terutamanya pada kaum lelaki,” Anika Knuppel, Saintis yang mengetuai kajian tersebut.

Kajian yang lebih perlu dilakukan untuk melihat kesan gula dengan masalah mental dalam populasi yang lebih besar.

“Makanan yang manis telah terbukti menyebabkan perasaan yang positif dan gembira dalam waktu yang pendek,” Tambah Anika. “Mereka yang mempunya mood yang kurang akan makan makanan yang manis untuk menghilangkan rasa negatif dalam minda mereka dan membuatkan mereka gembira. Tetapi kajian kami menunjukkan mereka yang mengambil gula yang tinggi akan mempunyai masalah mental dalam setelah beberapa tahun”.



Rakyat di Malaysia mengambil gula dalam kadar yang tinggi dan kebanyakkan daripada mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka ambil itu mempunyai gula yang tinggi. Ini menyebabkan kita menjadi salah sebuah negara yang mempunyai penyakit kronik yang tinggi seperti kencing manis dan darah tinggi.

BAHKAN KITA JUGA MUNGKIN MENJADI NEGARA YANG MEMPUNYAI MASALAH MENTAL YANG TINGGI

Rujukan:

Anika Knüppel, Martin J. Shipley, Clare H. Llewellyn & Eric J. Brunner. Sugar intake from sweet food and beverages, common mental disorder and depression: prospective findings from the Whitehall II study. Scientific Reports 7, Article number: 6287 (2017). doi:10.1038/s41598-017-05649-7

Sumber featured image: hidabroot.com

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =