Skip to content

Kenapa Pesakit Kencing manis Asyik Kencing sahaja?

Pesakit kencing manis akan mempunyai beberapa simptom termasuk pesakit akan mengalami satu keadaan dinamakan sebagai Polyuria dalam istilah perubatan.

Poly bermaksud banyak. Urea bermaksud air kencing. Polyuria bermaksud kencing dengan isipadu yang banyak dan pesakit akan sering ke tandas sebab nak kencing sahaja

Perkara Asas Tentang kencing manis

Mereka yang menghadapi kencing manis ataupun dalam istilah perubatan dipanggil sebagai diabetes, akan mengalami kegagalan untuk mengawal kandungan gula dalam darah.



Ia boleh disebabkan kerintangan insulin iaitu insulin tidak dapat berfungsi dengan efisien untuk membawa gula ke dalam sel. Ia juga boleh disebabkan kekurangan hormon insulin.

Masalah pada hormon insulin ini akan menyebabkan gula(Glukosa) tidak dapat dibawa masuk ke dalam sel. Maka, banyaklah gula di dalam darah.

Perkara inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami kencing manis

Kenapa Pesakit Kencing Manis Asyik rasa nak kencing sahaja?

Gula yang banyak di dalam darah tidak akan berada di situ buat selama-lamanya. Ia akan pergi ke buah pinggang dan tersingkir ke dalam air kencing.

Perlu diketahui selalunya tiada gula yang disingkirkan daripada buah pinggang ke dalam air kencing. Tetapi disebabkan kepakatan gula terlalu tinggi di dalam darah, maka ia ditapis dan disingkirkan ke dalam air kencing.



Bila kepekatan gula dalam air kencing tinggi, maka secara pasifnya air daripada saluran darah akan bergerak ke dalam air kencing tadi menyebabkan isipadu air kencing cepat bertambah.

Disebabkan itu, pundi kencing akan cepat penuh dan pesakit akan kerap pergi ke tanda untuk membuang air kencing.

Selain daripada itu, kencing manis juga akan merosakkan penapis buah pinggang menyebabkan protein akan keluar daripada saluran darah masuk ke dalam air kencing. Perkara ini juga akan meningkatkan Tekanan Onkotik(Oncotic pressure). Tekanan onkotik adalah salah satu daya tarikan air. Ia wujud disebabkan wujudnya protein.

Jika di dalam air kencing banyak protein, maka daya tarikan air tadi semakin kuat dan semakin banyak air yang akan terkumpul di dalam air kencing.

Pesakit ini selalunya akan mengadu kerap buang air dan waktu malam pula terpaksa bangun lebih daripada 2 kali untuk membuang air. Bahkan ada juga yang terkencing di tempat tidurnya kerana tidak sempat pergi ke bilik air.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom-simptom lain

Kerap kencing merupakan salah satu daripada simtom kencing manis. Terdapat beberapa simptom lagi yang mungkin menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah kencing manis seperti:

Kebanyakan simptom-simptom ini selalunya berlaku pada pesakit kencing manis yang betul-betul tidak terkawal berserta bacaan gula yang tinggi.

Bagi pesakit yang baru sahaja terkena kencing manis, selalunya tidak mempunyai simptom yang diperkatakan.



Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 19 =